mantiq part II

perkataan mantiq berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'logos' yang membawa 2 maksud iaitu:
i. fa. ka. ra iaitu berfikir
ii. na. to. qa iaitu berkata-kata
secara kesimpulannya, proses berfikir sangat berkait rapat dengan proses berkata-kata
pemikir Yunani berpegang pada maksud pertama yang mana ia mudah untuk difahami
 manakala kebanyakan pemikir arab berpegang kepada maksud kedua...
hal ini dapat diterangkan dengan hujah yang berikut:
mantiq merupakan suatu aturan percakapan...
dan di dalam setiap percakapan manusia atau insan ini, mesti terdapat suatu aturan pemikiran...
atau dengan maksud lain, perkataan yang dikeluarkan oleh manusia ini merupakan manifestasi atau terjemahan kepada pemikiran...
tanpa kata-kata, pemikiran tidak dapat disampaikan dengan baik oleh manusia..
mantiq merupakan 'standard' atau kayu ukur kepada pemikiran manusia..
ia disusun untuk menentukan sama ada sesuatu pemikiran itu adalah logik ataupun tidak..
pusat rujukan kepada ilmu mantiq ini adalah merupakan pemikiran segolongan manusia..
hal ini bertepatan dengan kenyataan yang mengatakan bahawa dua kepala itu adalah lebih baik dari satu..

dalam hal ini, timbul persoalan bagaimana sesuatu penentuan ke atas mantiq akal itu berlaku...
mantiq berlaku apabila berlaku cerapan di dalam pemikiran manusia yang berlaku secara tetap dan berulang-ulang...
sebagai contoh:
benda yang dilambung akan jatuh semula ke tanah...
setiap kali kita melakukan proses yang sama, natijah yang sama juga akan terhasil...
proses yang berlaku dengan tetap dan berulang-ulang itu akhirnya menyimpulkan suatu kenyataan bahawa tidak logik jika sesuatu barang yang dilambung itu tidak akan jatuh semula ke tanah...

part II: tamat

Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI