semoga kes cikgu tersebut menang esok.


assalamualaikum korang. aq nak mintak tolong korang doakan semoga kes salah seorang cikgu di sini menang esok. 

aq pun x pasti perkara sebenar yang berlaku. tp, berkaitan undang2x yg tidak membenarkan guru untuk memukul murid. hatta memalukan murid depan khalayak ramai pun x boleh. actually, perkara ni depends on parent. ada parent yg okay, dia tau anak dia macam mana. dia akan benarkan guru untuk mendidik dengan cara rotan ni. macam zaman aq dan mereka yang seangkatan dengan aq. kalau citer apa2x kat mak bapak, mau kita di marahnya balik.. cikgu buat la apapun dekat anak saya, jangan sampai patah kaki tangan sudah la.. cikgu pun berpk jugak, takkan la nak patahkan kaki tangan anak orang. 

tp, lain dengan segelintir mak ayah sekarang ni. disebabkan propa si anak, cikgu pulak yang yang jadi mangsa. kalau dakwa sebab nak bela anak yang betul2x baik x pe. ni anak yang nak dibela tu, Allah... nauzubillah la ujian dapat anak begitu jadi pada kita kan... tp, kalau rasa x nak cikgu mendidik anak di sekolah, buat la home schooling dekat rumah. aq sebagai su pibg pun perasan parent sekarang ni lain macam. tak semua. kalau sekolah aq tu kurang daripada 5 peratus yg parent perangai macam ni. perangai yang macam mana? perangai parent yg x hormat cikgu.. asyik nak cari salah cikgu je. sampaikan kerja bukak tutup pagar pun nak marah cikgu memang melampau aq rasa. sekolah x de orang pun cikgu dipersalahkan. walhal dia pun salah ambik anak lewat sangat. memang bahaya, tp x perlu rasanya untuk salahkan cikgu. cikgu bukan baby sitter di sekolah. 

apa akan jadi bila ada parent macam ni? ya, anak2x akan makin melampau. anak2x pun akan hilang rasa hormat dekat cikgu. kalau dari sekolah rendah macam ni. x mustahil di sekolah menengah, murid boleh ugut untuk rogol cikgu, mencarut dekat cikgu, tumbuk cikgu dan sebagainya. selain itu, daripada peratus parent yang sikit macam ni pun, akan berkembang kepada parent yang lain. lebih2x lagi dengan adanya group whatsapp, telegram macam sekarang ni. kalau rasa cikgu di sekolah kerajaan ni tak de nilai. letak bawah tapak kaki.. boleh di pijak2x.. harap hantar la anak g international school or buat home schooling kat rumah je.. sampaikan anak jd gangster pun nak dipertahankan, x boleh di didik, x boleh di asuh di sekolah... didik la sendiri kat rumah.

aq tak cakap semua ya. 80 peratus parent sangat bagus. backup guru-guru di sekolah lebih dari apa yang ada. bantu semuanya, harta, tenaga. terima kasih kepada anda di luar yang macam ni. semoga Allah membalas segala kebaikan korang di luar sana. so, doakan kes cikgu ni esok berjaya ya, dan semoga parent yg mendakwa tu bukak mata dan sedar. 

walaupun ada akta tersebut, x salah kalau parent bertoleransi. selesaikan cara baik di sekolah. cari jalan terbaik untuk bukan sahaja anak2x, bahkan masyarakat di sekeliling..


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI