kesan hb rendah after bersalin



assalamualaikum korang..
kakak dania dah 11 bulan 22 hari..
adeq farah dah 8 hari.. 
semoga dua-dua jadi anak yang solehah...

jadinya, entry kali nie nak share dengan korang kalau hb rendah after bersalin apa akan jadi..
sepatutnya kalau ikut prosedur, before bersalin hb korang akan di check, tp time aq arie tu maybe nurse terlepas pandang. so, after deliver baru doktor sedar yang darah aq nie tak cukup. 7.5 sahaja. so, doktor decide supaya daku diberikan blood transfusion.. betul ke x ejanya.. kene tambah darah. 2 kampit lagi. yang tak bestnya sebab prosedur nie memerlukan aq untuk menetap di wad selama 3 hari. hari jumaat deliver, hari jumaat jugak masuk darah kampit pertama, hari sabtu masuk darah kali kedua, dan hari ahad baru dapat result.

so, oleh kerana jangka waktu antara masuk darah kali pertama dan kedua tu selang sehari.. tempat masuk darah tu dah start bengkak time hari sabtu tu. adoi, sakit rasa.. tp, biarkan je la.. daripada kita pegang baby lepas tu pitam kan..

perpindahan darah nie ada risikonya. sebabnya kita tak tau siapa penderama. walaupun darah tu dah disaring banyak kali. dah dipastikan tak de kuman atau apa-apapun, tp risikonya tetap ada. 2 benda je yang kene risau pasal pindah darah nie. yang pertama, mungkin anda akan dijangkiti virus HIV kalau proses saringan yang dibuat tak dapat detect kuman tu ada dalam darah. and yang kedua, darah korang mungkin tak competent dengan darah penderma yang akan menyebabkan korang allergy. kesannya, mungkin timbul tanda merah, gatal-gatal atau korang akan rasa berdebar-debar, rasa nak pitam dan demam.

so, kalau ada tanda-tanda nie, cepat-cepat bgtau doktor. alhamdulillah. pengalaman aq hari tu tanda la sampai allergy.. so, dipermudahkan.. bacaan akhir hb naik 10.7. so, boleh balik. yeay..


tak sangka orang yang tak suka hospital macam aq nie kena tahan dekat wad lama-lama.. haha.. actually before masukkan darah kampit kedua nie, tangan aq dah sakit dah sebab dah start bengkak. nurse tanya tp aq tipu sebab kalau sakit, doktor akan buat tebukan baru kat sebelah tangan lagi satu. tak kuasa la aq nak layan. so layankan sakit nie je... huhu...

semoga pengalaman aq dapat bagi korang sedikit info..
sekian..


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...