BEST KE DUDUK RUMAH APARTMENT?


assalamualaikum korang. ada orang tanya kat aq, best ke ek duduk rumah apartment ni?

aq terfikir jugak, kenapa la tanya soalan ni kat aq, aq menyewa je la kat sini. apapun, walaupun menyewa masih duduk di rumah yang kategorinya jenis apartment kan.. hahahahaha... sebebenarnya aq pun x boleh beza apartment dengan condo... condo besar lagi ke or maybe mewah lagi.. so, nak bgtau.. apartment ni x la sebesar mana.. kalau anak ramai, memang berhimpit la sikit kot.. 

macam apartment aq, memang masing-masing buat hal masing-masing je. makna kata rukun tetangga tu tak de. lagipun kebanyakan daripada penghuni apartment ni penyewa. penghuninya akan silih berganti dari semasa ke semasa. walaupun aq duduk kat sini dah setahun lebih.. aq x kenal orang pun... huhu... boleh la nak cam jiran sebelah.. tp, yelah .. sebelah kiri je.. kanan, depan, tak tau.. senyap je masing-masing.. wujud ke tidak ke... aq pun tak tau.. jadi, bila tak de semangat kejiranan ni, korang nak buat apapun, buat sendiri-sendiri je la... kalau gaduh suami isteri sampai jerit-jerit pun orang x ambik port pun.. kalau nak bergedung-gedang pasang muzik kuat-kuat pun masing-masing buat bodoh je. paling kuat pun, mengadu kat pengurusan je la.... 

selain daripada tu, susah nak angkut barang.. jenuh la jugak kan.. lagi2x kalau apartment tu x de lif.. mak ai.. jenuh memanjat... kalau nak menghias rumah pun akan buat berperingkat.. kalau nak buat sekaligus memang masak la.. kalau yang jenis sekali shopping terus banyak tu, x yah la duk rumah apartment.. huhu.. jenuh nak angkut bawak naik rumah.. kiki.. kecuali dapat rumah bawah...

dan.. setiap tahun mesti kena bayar strata.. dalam 100++ macam tu.. strata ni ada bagusnya.. apartment yg ada strata insyallah akan bersih.. kalau yang kotor je.. maksudnya tak de la strata... so, every new year, korang kena la standby untuk srata...

untuk access card and sticker kereta, aq rasa taman pun kena pakai kot.. macam kat apartment aq ni memang kena pakai.. kalau x susah nak keluar masuk... and... jangan la careless sampai hilang.. sebab kalau hilang kena la cas...

ada lagi, oleh kerana apartment ni dekat-dekat.. banyak benda boleh dengar.. aq nak cerita pun segan.. yang gaduh tu satu la.. yang intim tu.. adoi mak ai.. malu kot.. kekadang terangsang lebih, sampai tau ke telinga orang rumah sebelah.. jadi, jaga-jaga la... huhu...

dan jugak, hmmm... kat sini org pejabat agama susah kot nak masuk. sebab ada je tengok budak lelaki perempuan tinggal serumah. tanpa segan silu.. ye la.. sbb org sekeliling buat hal masing-masing kan... so, nak cakap macam mana lagi... orang pejabat agama nak masuk pun kena ikut prosedur yang... hhmmmm.. menyusahkan... benda ni aq tau sebab once pernah jadi kat jiran depan rumah ni. bertumbuk.. ingat kan main dengan bini orang.. rupany masing-masing x kawen lagi... astaghfirullah... mintak-mintak kita dijauhkan... mak ayah, tolong la pantau anak-anak.. insyallah, kalau dipantau, susah anak-anak nak buat kesilapan macam ni...


errmmm... so, ni je yg aq boleh share.. yang berada di bawah pengetahuan aq. sekian..


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...