POST-MORTEM KEM JAWI


assalamualaikum korang.. dah selesai kem jawi sekolah aq bagi siri yang pertama.. so far perjalannya okay walaupun masa agak singkat sebab kita buat masa bulan puasa.. aq bukan penyelaras pun.. aq cuma guru yang mengajar.. hasil yang aq dapat adalah seperti berikut..

Dapatan yang aq dapat x begitu memuaskan. Sebab daripada 18 orang, cuma 4 orang je yang berjaya lulus.. tu pun dengan bantuan. kenapa jadi macam tu?

1. Masa tak cukup.. sebagaimana yg diketahui, murid yang join kem jawi ni adalah murid yang lemah jawi.. kalau murid yang ada asas kenal huruf, maybe boleh nak adapt.. tp, yang x kenal huruf memang bermasalah lah. nak ajar mengingat bunyi suku kata pun ambik masa sebab kebanyakan daripada mereka ni iq lemah.. proses yang paling baik adalah pengulangan...

2. modul dan soalan, selari ataupun x selari. melalui pengalaman aq sebelum ni, kalau setakat belajar membaca memang x sempat. so, melalui soalan pos tu, aq lebihkan kepada teknik menjawab. alhamdulillah. berbanding kelas lain, kelas aq sipi2x nak lulus... 48, 50++.. okay la.. yang bawah 20 tu memang murid yang blur, x cukup kedatangan dan x kenal huruf. so, kalau betul nak bagi budak2x ni dapat membaca memang pengulangan yang paling bagus sekali.. kalau melalui ujian pos tu, x kompem lagi murid dapat membaca pun.. sbb kalau pakai teknik pun dah boleh jawab jawi ni... kiki...

3. sikap murid. aq rasa, aq dah bagi jalan paling mudah dah. masalahnya.. kebanyakan ambik jalan mudah. berlagak pandai. x nak langsung pakai step yang aq ajar.. belasah la, jawab je asalkan berjawab. murid-murid macam ni kena buat latihan banyak.. kalau setakat 5 jam... mak ai.. memang x sempat la.. serius x sempat. jawi ni teknik banyak.. yg nak kena potong vokal bagai.. mana la budak2x ni sempat nak ingat... hhmmmppphhh.. aq ajar sifir.. dalam buku aktiviti boleh buat. tp, bila dah exam, blur balik... x nak langsung ikut step yg aq ajar. kertas tu kosong macam tu je la.. ye lah.. macam budak  yg main dalam kelas masuk exam. blur sesaje...

apapun, lepas ni ada lagi kem jawi.. aq harap dapat bantu murid yang lain lulus.. aq dah cakap dekat budak2x aq. kalau jumpa lagi sekali dalam kem jawi aq nak tarik telinga. sengeh je deme... sengeh2x jugak.. tau la nanti macam mana... siap korang.. hahahaha...

tu je kot. apapun, tahniah kepada pengurusan. seronok buat modul ni. siapa suka math.. memang lupa nak balik... ngeeee...

Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI