Kakak nia and kakak farah masuk PASTI

Image may contain: 1 person

nur farah ibtisam

Image may contain: 1 person, smiling, standing

nur dania imani

assalamualaikum korang. hari ni nak share anak-anak masuk sekolah. actually, aq tak fikir panjang nak masukkan budak2x ni kat sekolah mana. aq try mintak kakak nia untuk pra tapi x dapat sebab pra sekolah selalunya ambik budak umur 6 tahun. di beri keutamaan. jadinya, oleh kerana ummienya nak sangat diorang ni belajar bersosial. masukkan la pasti. kenapa tak pilih kemas ke, little caliph ke apa ke? yang pertamanya sebab abienya org kuat pas. kiki.. yang keduanya sebab yang ni la nampak modul nya okay and x mahal sangat.. so, lambat pun masih boleh daftar. aq daftar hari tu 2 minggu sebelum masuk sekolah rasanya. tp, 1 je la.. baju uniform yg sukan tu dapat lambat sebab stok x cukup. jenuh ummienya menyental baju hari2x... uuuwaaaaa...


okay, firstly pasti yang hampir2x dengan aq ada 3. mula2x masukkan pasti isbat depan masjid putra. seorang rm200++.. jenuh jugak kan kalau 2 org. si adik memang x boleh nak berenggang dengan kakak. so, sekolahkan la jugak.. pasti yang kedua jauh sikit. sebulan dalam rm140.. alhamdulillah.. nak kata jalan Allah tu yang terbaik, rupanya ada pasti dekat dengan kawasan rumah. kami x perasan sebab pasti tu dalam kawasan taman perumahan.. sebulan just rm120 je sebulan. cukup la bajet i untuk 2 orang ni... alhamdulillah...

so, selalunya dalam iklan kan ada no tepon utk whatsapp.. korang msg je. tanya la apa nak tanya berkaitan sekolah. insyallah pihak pengurusan akan jawab. 

yg kat atas tu utk yuran bulanan je tau. kire okay la kan 120 tu siap makan pagi. kalau ikut yuran pendaftaran, lain pulak.. yuran pendaftaran ni termasuklah baju uniform, buku, alat tulis, beg, hari graduasi, etc... kalau pasti al-ikhwan ni seorang dalam rm500 lebih. jadinya 2 org anak dara ni masuk sekolah keluar la dalam rm1500. 

yang bestnya pasti ni, dia x yah pakai kasut sekolah ke kasut sukan ke. so, x yah beli pun x pe. tp, biasalah, aq dalam kategori ummie yg terlebih teruja.. stokin, kasut sekolah, kasut sukan pun aq beli... kikiki... 

lari tajuk sikit. aq pernah persoalkan guna ganti diri "aku" ni. aq x pakai dulu sebab nampak kasar. memang x pakai sampai la habis u. tu pun lepas dapat jadi cikgu.. aq pernah tanya dekat mak dulu, kenapa guna aq. kan kasar. org jawa, anak dengan mak pun pakai aq jugak. aq rasa tak sopan. mak aq jawab apa... sebenarnya perkataan aq tu la yang humble sebenarnya. kalau x, takkan dengan Allah kita pakai aq.. aq loading... tapi betul. kalau kita doa kan pakai aq. pernah ke kita doa pakai saya.. kan.. hahahahaha.. ironi rasa...


okay la.. harap benda ni dapat bantu korang masukkan anak ke sekolah. so far, pasti ni okay la.. kakak nia dah boleh kenal huruf sampai g.. iqra' sampai ja...  zikir, asma al-husna, x sabar nak tunggu kakak hafal surah.. ngee... 

kakak farah pulak banyak nyanyi2x je.. utk 4 tahun x banyak belajar lagi. farah ni melukis punya cantik. kemas je pegang pensil. bab menulis nombor pelik pulak.. hahaha.. harap2x nya 2 2 campur si kecik amrina ni jadi anak solehah dunia akhirat ummie abie... doakan ye korang...



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI