Skip to main content

surat sengal sweet..

salam kourank..
actually, aq nak bagi kourank bacer 1 artikle nie...
dalam ganas2x dia terserlah jugak ke 'sweet' annya..
hehe

Kehadapan my future wife,
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I …menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife,
I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife,
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife ,
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don’t trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.?

actually, aq terasa la sikit..
for example dalam bab gambar etc..
lepas nie kene private la pitc kat fb..
huhu..

Comments

  1. lawak dlm nasihat.. betul tu nk private pict . thanks nad share this message.

    ReplyDelete
  2. haha...banyak benda yang tersirat dalam surat ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

beli barang elektrik ansuran

assalamualaikum korang... entry kali nie aq nak share pasal beli barang elektrik secara ansuran... ada jugak blogging cari kedai yang paling sesuai untuk beli barangan elektrik secara ansuran nie... sebenarnya aq tak nak beli.. tp, en abg insist jugak nak beli sebab dia tau bini dia nie pemalas orangnya... takut nanti satu tahap tak de baju nak pakai.. kecik hatiqu.. tp, memang betul pun... hahahaha..
so, akhirnya aq turutkan jua... dah banyak blog.. nak g court memoth tidaklah.. banyak cerita aq dengar pasal cm nie.. so, x berani nak buat ansuran kat situ.. jadi pegilah ke sen heng.. riki2x.. hmm.. macam okay sikit daripada cm... walaupun masih ada interest.. tp, tu lah kan.. nak beli cash, pitih x dok... nak tak nak kene jugak buat ansuran.. 
and disebabkan on badjet jugak, aq ambik je machine panasonic auto yg paling murah yang ada dalam kedai tu... nilai bayaran bulanan yg ada dalam sen heng tu korang jangan percaya sanagat ye sebab nilai sebenarnya akan bertambah bila korang bua…

cara semak baki hutang aeon

assalamualaikum korang... pernah pergi sen heng? beli barang elektrik secara ansuran? pernah x? aq pernah.. and macam biasa kita akan kena buat pinjaman dengan aeon... aq pun x tau pinjaman ke apa ke? yang penting, u all kena bayar ansuran dekat aeon.. aeon ni macam bank kot sbb bila baca2x, kredit card pun dia ada keluarkan.. kayo tul owner aeon ni... and now, aeon terbesar akan di buka kat nilai.. tp, masih dalam pembinaan la..
okay, berbalik kepada tajuk kat atas... macam mana nak semak baki hutang korang.. senang je sebab korang boleh pakai sms.. dan sms ni dikenakan caj tau.. jangan marah pulak kalau kredit tetiba kurang. aq dah bgtau ea... hihi...
korang hantar mesej ke 63633 taip = aeon baki 1234* (1234 tu 4 nombor belakang ic korang)
so, jom la bayar hutang cepat2x...
ada 1 benda aq nak nasihatkan... kalau nak beli phone x payah la hutang2x.. baik korang kumpul duit beli... tunggu la kejap dalam 5 bulan sebelum tu pakai la phone biasa dulu.. sebab apa.. sebab kalau macam aq, …

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

bagitau awal2x maap ek gambar tak lawa coz tangkap guna phone  just nak promote2x jer hehe time nie time fessat (Festival Sanjungan Satria) kire macam hari keluarga tp dalam bentuk festival lorh macam2x ader pembukaan la best sebab kitourank main peluru kapur hahaha
then, kene masuk pulak pakaian beragam ehem..ehem.. bukanla.. nak introduce seragam yg ader dalam army malaysia so, selamat menelaah hik2x
p/s oleh kerana kami pegawai kadet, kitourank just pakai aper yang dapat kitourank carik agak selekeh lorh sebab tak tau aper2x thus, baru nak kenal2x saper paling segak agaknyer ek?


no 1: oneDress
Pakaian  ini dipakai apabila  terlibat di dalam sesuatu acara  istiadat sama  ada  di  peringkat  Tentera  Darat,  Angkatan  Tentera Malaysia,  Negeri mahupun  Persekutuan.


no 2: bush jacket