view my entries with this:

Wednesday, April 20, 2016

Sekolah ku syurgaku

Assalamualaikum korang... hari nie aq nak share pasal 3 perkara best dkt 3 sekolah yg aq pernah ajar..

Sk taman rinting 3..
Perkara pertama adalah kak lily.. hihi.. kak lily nie guru pembimbing aq masa praktikal.. nama sebenar dia lily rahayu.. budak praktikum panggil dia kak lily..
Kak lily ni guru bahasa arab.. sangat bersemangat orangnya.. sangat gamble.. hik..hik.. rasanya dalam banyak2x cikgu aq jumpa kak lily la yg paling inspired sekali.. bukan hanya dr aspek pengajaran tetapi jugak dr aspek kehidupan harian.. sebagai muslim,sebagai kawan dan sahabat, sebagai ibu dll...

Yang kedua adalah ukhwah antara guru pendidikan islam.. banyak cerita pahit manis selama aq praktikum and dc kat sana.. dgn cerita gaduhnya, cerita menjajanya, tp, yg paling penting adalah setiap guru panitia pendidikan islam ada ragamnya masing2x.. walaupun ada sikap yg tak berapa nak perfect, tp bila dah tinggalkan sekolah tu, ia jadi kenangan yang terkesan dalam hati.. lagi2x dgn kemasukan guru praktikum baru selepas aq.. kak ija, minah, masy, zul and sorang cikgu dc baru amir.. memang meriah la masa tu.. tambahan diorang ni memang happy go lucky, langgar je apa yg boleh langgar.. hahaha...

Yang ketiganya, roomate cik dayah.. sekarang dah jadi mommy kepada seorang baby yg comel.. puan dayah la sekarang ni... dayah ni senang berurusan dgn dia sbb dia tak berkira sangat. Kitorang kenal masa aq masuk ipg utk diploma pendidikan.. 1 kelas dan ditakdirkan untuk ditempatkan di johor bersama2x.. tp bukan lah satu sekolah.. tp nak katanya, masa dkt taman rinting, susah senang dgn dia la.. selain tu roomate minah dgn kak eja.. diorang ni bdk praktikum lepas batch aq.. memang baik and tak berkira jugak.. minah la yg jaga aq masa pregnant anak first kat johor.. walaupun dia lagi muda.. manja rupanya aq ni.. kak eja pulak memang driver tetap dan tidak berpencen untuk ulang-alik ke klinik.. terima kasih korang sbb jadi sahabat yg sangat baik buat diri..

Sk jalan hang tuah 2

Perkara pertama pasal sekolah ni adalah cikgu.. cikgunya sikit.. jadi sepakat tu memang sangat nampak.. kita boleh kenal semua cikgu dgn rapat.. and cikgu2x dia memang best.. walaupun aq ni pendiam, tp rasa seronok la dengar celoteh cikgu2x kat jalan hang tuah 2 ni.. and oleh kerana cikgunya sikit.. kebanyakan program memang akan bg support.. and gb pun senang nak pantau cikgu yg bermaslah.. apapun, cikgu2x kat sini jarang campur masalah peribadi dgn sekolah.. rasanya la.. aq la rasa mcm tu.. huhu..

Yang kedua, team netball.. kalau korang nak tau, sekolah ni ada 2 org cikgu netball yg hebat. Seorang untuk peringkat daerah dan seorang untuk peringkat kebangsaan.. diorang punya kerja dalam pengurusan netball memang profesional.. kat sini la aq banyak tambah pengetahuan berkenaan melatih bola jaring.. teknik, kaedah pengurusan, pemilihan murid... tengok diorang uruskan pasukan netball memang steady.. tp dalam latihan, budak tak menangis memang x sah.. apapun, tangisan tu, alhamdulillah mampu melonjak murid menjadi salah seorang insan yang berjaya.. harapnya di dunia dan akhirat..

Yang ketiga, bekas guru besar..
Aq berkesempatan untuk berkenalan dgn beliau.. nama beliau en ahmad muzir.. first2x jumpa masa dapat tukar ke kl, dia memang kerek.. haha... tu la yg aq rasa.. tp sebenarnya dia ni sangat steady orangnya.. pengurusan dia pun boleh dianggap profesional sbb aq suka la cara dia handle sebarang urusan kat sekolah.. maybe sbb pegawai tentera.. ada la unsur2x ketenteraan dlm pengurusan en muzir ni. Tegas, dalam tegas.. baik hati... en muzir jugak la nasihatkan aq untuk terus bertahan di kl... tp, bila beliau bertukar, aq pun tukar jugak.. huhu.. sorry en muzir..  huhu..

Sk batang benar

So, aq kat sini masih baru lagi.. tp apa yg aq nampak sepanjang mengajar di sini. Pdp sangat simple.. berbanding 3 negeri yg aq ajar, sekolah ni la yg aq tak rasa stress nak ajar.. budak walaupjn nakal, mudah kerja guru pendidikan islam sbb ibu bapa ada kesedaran untuk hantar anak pergi mengaji. Budak2x ni pun kalau kena rotan x sibuk mengadu kat mak ayah sebab mak ayah jarang salahkan cikgu dan tahu kesalahan mereka. Kelas yg aq pegang ni, masyallah.. disiplin... aq memang susah la nak mengajar kelas ni. Sekarang aq pentingkan disiplin dulu.. mcm mana.. cikgu dok bercakap, diorang pun bercakap.. dan berpuluh2x kali tak faham bahasa melayu, aq pakai la bahasa rotan.. tp alhamdulillah.. boleh je diorang duduk x berkeliaran dalam kelas.. kalau tak, dah mcm zoo aq rasa.. ke masalah dkt aq sendiri.. aq tngah kaji beberapa teknik yg terbaik untuk didik murid2x di sini.. insyallah...

Selain tu, cikgu dia ramai, so mcm x berkesempatan nak rapat dengan semua orang.. namun begitu, cikgu2x kat sini berbakat... banyak jugak acara sekolah yg dirangkul oleh murid2x.. alhamdulillah.. semoga kecemerlangan berkekalan.. apapun, sebenarnya masih menyesuaikan diri.. so far, so good.. dari sehari ke sehari ada je perkara baru yang seronok pasal sekolah ni. Bukan kata tak de perkara yang tak seronok.. ada tu memang ada.. tp, org yang berfikiran positif akan lebihkan perkara positif untuk dibenarkan masuk ke dalam minda kan.. insyallah.. ikuti sunnah rasul.. bersangka baik ala kulli hal...

So, setakat ni dulu kot.. till the next entry.. bye... salam alaik...