view my entries with this:

Thursday, January 14, 2016

Tolong jgn bg anak 2 pencil box bawa ke sekolah

Assalamualaikum.. para mommies kat luar sana.. tolong cek beg anak.. terutamanya tahun 1.. jgn la sampai bawa 2 pencil box ke sekolah.. sibuk anak murid dalam kelas ustazah belek 2 bekas pensil.. nak ambik pemadam ambik dkt bekas pensil yg ni.. nak ambik sharp ambik dlm bekas pensil yg tu.. sangat mengganggu fokus anak untuk buat kerja sekolah..

Wednesday, January 6, 2016

cara buat modul transisi


assalaualaikum korang...
hahaha... double entry hari nie...
kali nie, aq nak share tentang macam mana nak buat modul transisi...
sebenarnya sampai sekarang aq pening lagi.. tp sekurang-kurangnya ustazah nak kurangkan kekusutan dalam kepala korang tu...
macam ustazah nie, rasa macam apa je nak siapkan transisi... dah dapat modul sekolah lain, nak copy paste.. kena edit pulak.. lepas tu, keluar dalam pdf lain, convert dalam word jadi lain... kita buat transisi 3 minggu, dia buat transisi 2 minggu.. mungkin sebab banjir tahun lepas (2015).. punya la banyak pengisian nak kena buat rupanya... last2x ustazah fedup and berazam, buat aje la apa yang termampu.. janji benda jalan sudah...

hmmm... apapun, kalau korang kena handle transisi.. first thing, korang kena ada pengalaman dalam transisi.. contohnya korang pernah jadi guru tahun 1.. so, pernah la terlibat dengan program transisi nie.. kemudian, korang collect all modul yg ada dekat sekolah korang atau sekolah lain... then, buat pembahagian mengikut tema kecil yang korang nak buat. sebagai contoh:

1. ketatanegaraan (terdiri daripada lagu negaraku, negeri, sekolah, transisi)
2. anggota badan
3. ABC
4. nombor
5. huruf hija'iyyah
6. buah-buahan
7. haiwan
8. bentuk
9. warna
10. kebersihan 
11. makanan berkhasiat

dan sebagainya.
lepas korang collect bahan-bahan nie, korang review jadual transisi yang pernah wujud dkt sekolah korang...
bila korang dah faham, korang masukkan aktiviti yang sesuai dengan modul yg korang dah ada...

hm... tu je kot.. haha..
kalau tak faham lagi.. mesej la ye...
nak continue modul...
salam alaik....



Macam mana nak buat tulisan titik untuk modul transisi


assalamualaikum korang...
sihat tak? harap korang happy je selalu...
so, start daripada hari nie, aq akan tukar ganti diri sebagai cikgu?
sorry la ek kalau ada yg anggap poyo ke apa ke?
dulu ganti diri "aq" digunakan sebab blog nie just perkongsian peribadi sahaja.. lagi-lagi ahli palapes pulak.. huhu... 
tp, sekarang nie cikgu rasa kena berubah sikit sebab professioan perguruan yng diceburi menyebabkan diri ini perlu memberi contoh yang baik kan...
so, beberapa perkongsian dengan guru dan anak murid juga dilakukan dalam blog nie.. oleh kerana itu, kata ganti diri akan ditukar kepada ustazah nad... sekian...

baik..baik.. habis bab tu...
kali nie, ustazah nak share pasal macam mana nak buat tulisan bertitik untuk murid tadika atau pre school atau tahun 1...
selalunya modul transisi yang guna tulisan nie...
sbb murid-murid pada tahap ie masih tak tahu mengeja atau baru nak berjinak-jinak.. jadi kita gunakan tulisan ini untuk membantu murid yang susah untuk mengeja...

caranya mudah je...
mula-mula, korang kena ada komputer dan internet...
korang google je pasal tulisan preschool
korang download and copy paste dalam folder font dalam komputer korang...
sapa yg tak faham boleh mesej di bawah ye...
ustazah cerita secara personal dengan korang...

Image result for font preschool

ha.. ni la tulisan yang ustazah maksud kan...
so, selamat mencuba ya...
sekian...