Wednesday, December 14, 2016

Tukar kad mydebit cimb



Assalamualaikum korang... Ooo patut la blog ada problem.. Nak berubah wajah rupanya... Okay.. Hari ni aq nak kongsi dgn korang tips nak tuko kad ke mydebit kad under bank cimb..

Mungkin disebabkan oleh pengumuman dalam berita oleh wakil cimb, hari ni.. Selasa after org cuti pada hari semalam.. Org berpusu pusu nak tuko kad cimb ke mudebit... Oh my... Aq datang 12.30 tgh hari.. Pukul 4.45pm baru selesai.. Berapa jam? 4 jam ko tunggu.. Ni yg x de masalah.. Kalau yg ada masalah mcm borang hilang ke apa ke.. Lagi la melampau nunggunya.. Sekarang ni pun, ada 400 ke 500 org lagi... Kalau sanggup tunggu, pihak bank akan tunggu sampai habis although dah malam.. Kalau customer x larat nak tunggu, balik je la.. Esok datang balik... Jadi, aq nak share beberapa tips kalau kiranya nak g buat kad mydebit.. Org crowded masyallah..

1. Pegi awal pagi. Kalau korang nak jugak pegi waktu petang, sedia la telekung and cari tempat ibadah yg membolehkan korang solat.. Sbb ada kes mak cik td x g solat sbb takut terlepas nombor...

2. Kalau terlepas no sbb buang air or solat.. X pe je.. Pegi je la buat apa yg patut dulu.. Then, g jumpa org yg manage pelanggan.. Dia akan tolong.. Tp, jgn bila dah dapat turn g keluar balik... Terlepas pulak nombor lg sekali...

3. X payah bawak anak kecik.. Kesian kat anak2x tu.. Kalau ad anak besar pun suruh la suami or isteri balik dulu ke.. Jalan2x dulu ke... Shopping dulu ke...

4. Kalau nombor korang 100 ke atas.. Boleh keluar dulu.. Anggarkan 1 jam untuk 100 org.. Padahal x sampai 100 pun sbb semua dok pakat balik x larat nak menunggu..

5. Dah habis semua, korang terus tukar no pin ye sbb kalau cimb valid 24 jam je...


6. Ramai kan. Bagi yg x boleh elak bawak anak or, x larat dah dek kerana diri mengandung... Mintak je la izin kat pegawai yg manage tu mintak izin cepatkan.. X larat nak menunggu dah..

Ni aq dok pk.. Kalau diorang ni kena stay sampai habis waktu maghrib.. Ya Allah.. Bala la agaknya.. Tp, semoga diorang sempat habiskan semua orang hari ni.. 

Kalau nak d pk kan.. Kalau berduit tu nak tuko after tarikh yg dia bg pun x pe sbb charge 12 hinggit lebih je.. Cuma, kad korang x boleh la nak pakai selepas tarikh yg ditetapkan.. Atm x leh baca kad lama katanya...

Harap entry ni dapat bantu korang... Till d next entry.. By the way, kepadatan manusia ni bergantung kepada bank.. Kalau bank nilai tu memang la full house.. Tu x semua stay tu... Bayangkan nak muat 400 org dalam tu.. Dengan bau masing2x.. Espeacially yg baru balik kerja.. Bertabah la.. Huhu.. Okay lah.. Harap dapat bantu ye.. Bye.. Salam alaik..

Monday, December 12, 2016

thaifoodfestival....usj......



assalamualaikum korang... hai... nampak tak gigi yg x penuh tu... har..har...
dialah nur farah ibtisam bg sape yg x kenal la...


so, banyaknya makanan... kali ni berkesempatan pergi ke thaifoodfestival... dekat mana entah suami kata.. usj??? banyak jugak makanan dia and org pun x ramai sangat... maybe sebab bertembung dengan MAHA 2017 kot.. tp, okayla kan.. x de la crowded sangat... macam aq ni.. yg telah diperkenalkan dengan makanan thai dek kerana en suami org perlis... so, macam syok la jugak nak makan makanan diorang ni... rasa memang tidak mengecewakan.. lagi2x kerabu maggie dia... memang terbaik.. walaupun just maggie je... tp, not bad la rasa dia.. rasa nak tambah.. tp, dek pk kepedasannya.. idak la.. huahahahaa..
maggie kerabu : 7 or 9 hinggit


ais krim kelapa dia pun best.. 8 hinggit


ni kakak dania imani... peace yg x jadi.. haha..


apapun.. dr segi rasa memang puas hati... cuma mahal la sikit dr kebiasaannya.. kalau korang jumpa pak cik jual mertabak kecik2x.. aq tak tanya mertabaknya apa... beli la.. sedap mertabak pak cik ni.. kenyal and ada rangup2x sikit doh dia... lepas ni kalau ada lagi thaifoodfestival and ada rezeki lebih.. nak g lagi lah... ngee...

till the next entry..


x boleh nak daftar dan kemas kini brim 2017


assalamualaikum korang...
waaa.. blogger dah berubah.. nampak sangat dah lama noh hakak x bukak blog... hahahaha... sorry lah.. lappy dah x de cenggini la.. and selalu pakai phone okay je tp kali ni, kalau pakai phone ada masalah spacing... kalo teman single gagah le juga nak membelek.. tp, bila dah ad princess 2 org tu.. idak la teman....

so, apa yang dikongsikan hari ni adalah berkenaan dengan pendaftaran dan kemaskini brim 2017...
sebelum korang daftar or kemaskini, korang semak status dulu... kalau ad, just kemaskini and kalau x de, korang buat permohonan baru... so, dalam kes aq and adeq ipaq.. kitorang layak and kena buat permohonan baru... masalahnya.. bila aq buat petang td... ada je ralatnya and tak boleh nak masuk... plus adeq ipaq pun bgtau tak boleh nak hantar.. aq rasa tenet kat rumah mak mertua ni dah laju dah...

then, kitorang pun assume.. haa,, ni mesti x kasi org mintak baru ni... tu yg x dapat nak buat tu... and dalam discussion facebook pun ada ramai yang x boleh nak kemas kini... tp, bila aq cari capaian untuk masalah daftar brim 2017 ni tak de pulak.. so, bila aq terjaga awal pagi macam ni... tergerak la hati nak try... 

dalam 4.30 am tu aq try buat.. jeng...jeng...jeng... mudah je... so, rasanya pada peek hours susah nak masuk.. ye lah.. dok que dengan orang lain... maybe ramai sangat org yg mintak.. ramai la kiranya org yg x berkemampuan kat malaysia ni... 

doakan la rezeki aq dan family ada ye... boleh la tambah sikit2x.. sekarang ringgit malaysia ni macam air... 100 hinggit tu dah macam 20 hinggit masa aq kecik2x... kalau sehinggit tu dapat beli apa je la.. teh ais pun x lepas.. harap2x ekonomi malaysia makin baik la.. kalau x, susah jugak kita kan...

so, harapnya solusi ni dapat la selesaikan masalah korang untuk daftar brim online ni.. sekian,,, assalamualaikum..

psssttt... daftar and kemaskini brim 2017 start 5 disember 2016 sampai 31 disember 2016 je ye....






Sunday, October 30, 2016

Modelling

Assalamualaikum korang... and kali ni nak share pengalaman hubby join bidang modelling.. eh, x sempat join pun lagi.. hahaha.. tp, rasanya ada kesudahan yg menggembirakan...

Pernah dengar agensi deballz... aq bukan nak kondem atau apa agensi ni.. tp, kalau saja nak cari side income guna cara ni.. without ada experince.. so, tak yah la.. tp, kalau betul2x berminat nak jadi model... so, korang boleh usahakan and ambik agensi ni as the first step...

Macam my hubby, dia just nak cuba dapatkam side income.. so, tanpa pengalaman dia pun mendftar... posing utk gambar sendiri tu memang aq tak kisah sbb benda tu memang mudah.. tp, kalau semata nak buat profile je nak kena bayar rm300++... aq rasa it was nonsense.. sbb aq tengok dia punya design senang je.. and utk every model guna background yg sama.. x kan la untuk just tukar gambar model, and nak letak kat web, bawak proposal utk dapatkan kelulusan drpd ketua department... aq rasa x perlu kot sampai nak kena charge 300++.. yg tu x campur kalau tangkap gambar kat studio dia.. lagi la banyak...

Casting memang banyak, tp belum tentu dapat role yg ada.. kos perjalanan pegi balik tu, kalau tak dapat role.. nak cekup duit kat mana pulak.. kita ni nak dapatkan side income.. tp, bg aq... hmmm.. macam x berbaloi je.. beside kitorang dah ad komitmen.. masa yg duperuntukkan bukannya time free.. kadang2x time kerja.. so, tak kan nak abaikan kerja utama utk kerja part time.. so, aq kata memang nonsen.. and the end.. leburlah 300 begitu sahaja... dan org yg manange adalah chinese.. berkat tak berkat tu rasanya diorang x ambik port pun..

Tp, kalau korang nak betul2x jd model.. mungkin boleh keluarkan modal sikit dulu.. and mungkin melalui agensi deballz ni boleh tolong korang... sekian...



Fikir baik2x ye before buat keputusan..



Part time jawab kaji selidik



Assalamualaikum korang.. harap semua sihat selalu... hari ni nak share pasal part time job jawab soal selidik...

Kalau sebelum ni aq pernah cerita pasal part time job ni payah nak dapat hasilnya kan... and so far, setelah hampir 6 bulan.. aq pun berjaya dapatkan 2000 mata dan semangat la nak tebus walaupun hanya beroleh rm20 je.. hahaha.. but at last... sampai ke sudah aq tak dapat voucher yg dijanjikan..

Oleh yg demikian.. utk korang kat luar sana yg nak mencuba part time jawab questionare ni... hmmm.. x payah la kot.. better cari cara lain nak buat side income....

So, semoga sapa yg membaca entry ni dibukakan pintu rezeki oleh Allah... bye...


Monday, October 17, 2016

Ustazah pun menipu..

Assalamualaikum korang.. aq stress... stress kenapa pulak? Stress sbb menipu la.. nama je ustazah, tp menipu.. adakah patut.. betullah orang kata, nak tengok sesuatu, tengok la dkt tunjangnya.. bila tunjangnya senget benget.. yg bawah2x pun kompem lah senget jugak.. hmmm..... apa la citer sebenarnya ni...

Actually, tetiba nak buat entry ni lepas dengar perbulan ketua panitia dgn salah seorang ustazah td... kalau korang nak tau, dalam panitia pendidikan islam ada kena buat pelaporan... kenapa untuk pelaporan tu perlu ada penipuan.. kenapa budak yg x lulus perlu diluluskan.. semata2x nak tengok overall cantik.. semata2x nak puaskan hati pihak atasan supaya diorang tak pening menjawab.. ye lah, kalau diorang pening... cikgu sekolah pun pening... hakikatnya.... pihak yg tertentu ni.. sepatutnya tak perlu ada desakan untuk lihat keputusan yg cantik.. kalau semua cantik belaka.. mana nak nampak kelemahan.. kalau x de kelemahan, macam mana nak buat penambahbaikan.. dan lagi satu pihak tersebut kena ingat... apa yg nak dicapai oleh murid ada pada Allah.. dah Allah tentukan murid tersebut susah nak dapat... buat macam mana pun x dapat. Guru dah berusaha... selebihnya doa dan berserah pada Allah.. kalau rasa guru x cukup buat yg terbaik.. bimbinglah mereka.. jgn marah je tau.. jgn nak data je cantik tp pada hakikatnya hampeh dek kerana desakan oleh pihak tertentu.. senario macam ni mewujudkan penipuan dalam bidang pendidikan.. perlu ada ke penipuan ni hatta dalam kalangan ustaz ustazah pun begitu.. astaghfirullah.. kalau inilah natijah kalau wujud sistem yg canggih, better x payah ada sistem sbb matlamat sebenar x tercapai pun..

Actually, bukan bahagian agama je.. bahagian lain such as linus pun macam tu rasanya.. tolonglah wujudkan suasana pendidikan yg telus dan harmoni. Didik ibu bapa kepentingan pendidikan.. jangan kita paksa mereka masukkan anak ke sekolah.. bayar yuran tp, hakikatnya anak tersebut x berkeinginan nak belajar pun.. didik ibu bapa wujudkan persekitaran ingin belajar dalam diri anak2x..

Ps: tekadkan diri utk didik anak murid dgn lebih baik.. bismillah.. doakan sy dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam mendidik anak bangsa...


Monday, October 3, 2016

Taman burung kl


Assalamualaikum.. hai korang... eh, apa la yg abie, kakak nia anf farah buat tu?
Masa ni masing2x dah penat berjalan kat taman burung.. sebab pegi pun dah nak petang.. kitorang sampai dlm pkul 12 tgh hari.. dek kerana parking susah.. ramai no orang.. at last kitorang parking je kat galeri tun abd razak tu.. walaupun pada asalnya x boleh.. belasah je la sbb x de guard jaga pun.. tp, kalau korang parking kat situ.. kena jalan sikit la.. dalam berpanas2x tu.. berjalan la jugak budak berdua ni.. sbb keterujaan x dapat dibendung lg dah.. ye la.. dah sejam duduk dlm kete.. kebosanan melanda.. tu yg teruja nak berjalan tu.. muahahaha...



Dok sibuk suka ria dapat rehat. Kih..kih.. berpeluh habis time ni.. baru separuh jalan.. nak tak nak kena rehat jugak.. nasib baik x demam budak2x ni sebab berpanas.. kalau x abihla ummoe kena marah dgn mak tok...


Cak... kakak nia..


Cantik kan? Ada air terjun dalam taman.. kawasan ni utk burung vip je.. burung apa? Burung merak.. nia suka sgt burung merak ni.. sampai sanggup selit kepala kat tiang nak tengok merak..


Eh, ni burung vip ke? Vip kot sebab rasanya burung ni antara burung yg tertua kat sini.. first2x masuk ummie teruja tengok burung upih ni la .. bosar tul...



Nak kawan ngan flamingobke deq?


Merak favourite kakak nia...


Kan ummie cakap tadi. Selit kepala kat tiang...





Comelnya nuri ni...


Kalau korang nak pegi sini.. pada tahun 2016 ni.. harga dah naik drpd harga yg aq survey.. harga survey rm 25.. sampai sana kena rm27 per person... budak bawah 3 tahun tak kena bayar ye...

Nak tau tempatnya.. pakai waze je senang.. kawasan dia dkt dgn masjid negara.. taman orkid.. taman rama2x.. kat kl la semua ni... 

So, selamat berjalan2x korang.. till d next entry...



Tuesday, September 13, 2016

Linangan air mata seorang kakak


Assalamualaikum korang.. linangan air mata seorang kakak sulong. Boleh teka tak aq nak cerita pasal apa? Suspen ke? X kan.. aq yg menulis ni yg suspen.. hahahaha..

So, kalau sebelum ni rasa macam pelik, kelakar pun ada.. tp, kini aq faham mengapa...

Mana taknya, 20 tahun lebih hidup bersama mak dan bapak.. hajat di hati ingin berbakti, membalas sedikit sekurang-kurangnya apa yg mak dgn bapak dah buat sampai boleh hidup sendiri dan mampu hidup selesa. Malangnya, kini harapan itu bertukar kepada tanggungjawab kepada keluarga sendiri..

Dan disebabkan tugas dan keluarga, memang susah nak dapat balik jumpa mak dgn bapak. Hanya berharap pada cuti hari raya dan cuti hujung tahun untuk bertemu mereka.

Rindu itu tak boleh diungkap bagaimana.. tp, nak balik ada sahaja masalahnya. Orang yg tak faham mungkin akan menyangkal dan berkata buruk tentangnya.. tp, kini aq faham mengapa.. tambahan lagi, dulu mak dgn bapak tampak sihat.. mampu lakukan banyak perkara.. tp, kini mereka telah di mamah usia.. walaupun mak dgn bapak seolah-olah tidak ada apa2x.. tp, apa yg akan kita rasa ketika berada di umur mereka.. ? dgn keadaan begitupun aq masih disuruh tengok anak.. x pe, biar dia yg memasak.. biar dia yg membasuh..

Oleh itu, kakak.. air mata itu aq faham kini.. kerana kita anak mak dan bapak.. kerana dikau kekandaku dan aq adindamu..

Doaku... semoga mak dan bapak diberi kesihatan yang baik.. ditenangkan fikiran.. dibahagiakan hati.. dan harap mendapat syurga nanti..

Syahdu je hari ke2 raya korban 2016. Ku ingin sendu.. tp, qu tahankan agar hati mereka tidak gusar..

Selamat hari raya korban korang....



Saturday, September 10, 2016

Cerita cinta ahmad ammar




Assalamualaikum korang.. sihat ke? Apa khabar aq di sini... tngah semangat nak habiskan sekurang-kurangnya 10 buku untuk pertandingan nilam untuk bahagian guru.. wakakaka.. niat asalnya nak menang hadiah.. tp, rasa seronok pulak.. sbb dah lama x baca.. bila dah start membaca.. rasa.. ya Allah.. ruginya la stop baca buku.... boleh kan gitu.. lebih2x lagi lepas baca buku kat atas tu...

So, hari ni nak buat review pasal buku ni... before baca buku ni.. aq just tau yg ammar ni mati syahid.. dalam kepala dok ligat la pk dia g misi keamanan kena bom ke apa ke.. rupanya tidak.. so, niat utama nak baca buku ni sebab nak tau siapa la si ammar ni sebenarnya...

Bermulalah kegagahan utk membaca buku ni.. sebab apa kegagahan sebab budak tonit berdua ni x leh tengok ummie dia baca buku.. mau lunyai buku tu di buatnya... eh, ke laut pulak.. hmmm.. 

Dari permulaan bacaan baru aq dapat tau ammar ni budak yg baik.. dilagirkan kedunia dengan misi yg besar oleh kedua ibubapa mereka iaitu dakwah... alhamdulillah.. masih ada parent yg begitu di dunia.. dan sbb kematiannya bukanlah kena tembak ke.. kena bom ke.. tp kena langgar ambulans... masa nie.. aq tak nampak lagi apa yg dikatakan kematiannya dikatakan satu fenomena... 

Masuk pertengahan pembukaan.. aq start fedap sbb aq nak tau pasal ammar.. tp ada pulak citer pasal organisasi tertentu.. dalam hati mula la.. " la.. ni nak citer pasal ammar ke atau nak angkat organisasi ni dgn populariti arwah?".. tp, tu la... dapat tau pasal ad video arwah main ney, alat muzik tradisional masyarakat turki.. so, badget nak tdo.. capai jap phone.. cari video tu kat youtube.. and terbuka la video2x lain berkenaan beliau... entah macam mana semangat nak habiskan buku ni membara je.. dan aq berjaya habiskan pada pkul 1.30 pagi...

Usai membaca... entah terasa macam ada satu impak yang sangat mendalam dalam diri... hati aq berkata:

1. Untunglah wahai ammar, anda dikurniakan syahid.. semoga tenang rohmu di sana...
2. Sungguh, sayang terasa kerana anda boleh menjadi ikon dalam dakwah di malaysia walaupun lengkhususan dalam bidang sejarah...
3. Sungguh, rugi terasa sbb kehilangan seorang pemuda yang berwawasan dalam hidup.
4. Tp, sesungguhnya Allah dah tentukan pengakhiranmu dalam keadaan yang baik. Dan telah tertulis di luh mahfuz anda syahid sebagai seorang ilmuan yg mempunyai misi yang lillahitaala..
5. Sungguh, teringin nak jadi seperti anda.. namun, dgn puteri 2 org di sisi.. agak mustahil sbb kini tindakan atas restu zauj..
6. Teringin nak berkenalan dgn anda dan harap dapat berkenalan dgn anda..
7. Timbul perasaan ingin tahu berkenaan kerajaan uthmaniah.. kalau dulu, masa belajar x de pngkhususan pun menceritakan situasi sejarah turki. Dan tak rasa nak ambil tahu pun.. tp, insyallah.. kini akan diusahakan..

Apapun, secara keseluruhan.. tak rugi la korang baca.. sekurang-kurangnya akan ada rasa ingin berdakwah dan menegakkan agama di muka bumi ni.. niat seperti ini pun sudah dapat pahala dari Allah tau.. dan aq tahu, aq memang tak mampu mempunyai misi seperti ammar.. tp aq akan praktiskan utk anak didikqu.. insyallah....



Wednesday, September 7, 2016

Gud luck murid tahun 6


Assalamualaikum korang.. wah.. hangat2x upsr gitu.. tp, bagi parent and cikgu yg terlibat je la kan.. har...har..

Hmmm.. sape antara korang ingat lagi kawan yg duduk sebelah kanan, kiri, depan belakang korang masa ambik upsr.. kalau macam aq.. x ingat dah sape.. huhu.. memang x ingat langsung.. tp, yg paling aq ingat.. tempat duduk kawan baik aq.. dia exam kat dewan.. aq exam kat kelas.. lepas habis je exam.. aq mesti turun bawah.. g kat tempat dia.. tempat dia depan sekali.. sebab nama dia start huruf A.. and dia dapat 5A.. aq dapat 3A2B je... semua sebab dok main je.. jadi wakil sekolah sana-sini.. tp benda tu memang di bawa sampai ke sekolah menengah.. habit agaknya.. kuang..kuang.. tp okay what.. pendidikan yg paling berharga dalam hidup kan pebgalaman.. but the thing was.. dia cikgu.. aq pun cikgu sekarang... kiki... 

Aina rahayu binti baseran.. semoga success selalu dalam hidup yurp.. lama tak jumpa hang... 

Nak kongsi la sikit tips... 
Before nak exam..

1. Tdo awal
2. Study kejap.. Solat subuh.. makan sarapan.. makan.. jangan tak makan...
3. Masuk dewan.. baca bismillah.. selawat ke atas nabi.. 
4. Dah habis sebut alhamdulillah..


Good luck murid tahun 6... 






Monday, August 29, 2016

Roadtax 3rd party

Assalamualaikum sahabat semua.. sudah pkul 4 pagi.. tp, entah.. nie la pe'el aq.. kalau dah bgn or tak tdo after 12... jadi burung antu la jawabnya.. jadi dikesemlatan ini aq nak share dengan korang benda nie... pernah dengar x buat roadtax 3rd party?

Selalunya kereta lama je yg buat roadtax sebegini sbb syarikat insurans memang liat nak tanggung risiko kete lama ni kalau jadi apa2x.. kesian kan... so, diorang akan rekomen utk buat 3rd party insurans nie.. jadi la kan.. janji ada roadtax.. kete boleh pakai kan.. muahahaha...

So, sape yg duduk daerah nilai.. or kawasan yg berhampiran dengannya.. kalau rasa nak buat roadtax 3rd party.. tp malas or tak tau nak buat macam mana... boleh contact zauj saya.. dia boleh tolong uruskan... tp, dia akan ambik upah 50 hinggit... boleh ke tak boleh? Siapa rasa berkemampuan boleh la nak mintak tolong kitorang buatkan... kalau nak tanya pun boleh... sila whatsapp 'nak tanya roadtax 3rd party' ke 011400209... ada rezeki anak.. adalah... insyallah... tp area sini je ye.. kalau jauh2x kena bincanglah dulu cam mana... tak pe.. ehatsapp je ye...


Sunday, August 28, 2016

Kemas rumah dengan anak kecik




Assalamualaikum korang.. first sekali nak belanja korang gambar budak cenonet 2 org nie.. haha..

So, tips nak kemas umah dgn budak berdua ni memang sukar.. kebanyakan yg ada kat internet tak menepati sasaran dan tujuan aq pun... uwaaa.. so, pada tahap ni kalau nak mengemas dengan diorang.. aq kata x boleh or x kan terkemas lah... lagi2x kalau si adeq ada.. wah! Pantang nampak ummie abie simpan barang.. di ambil bekas simpanan.. di tonggeng.. habis semua bertaburan semula di lantai.. si kakak sudah holeh diharap sikit2x.. 

So, nak tak nak aq akan kemas bila budak2x ni tdo... or time adeq tdo.. or kurungkan mereka sekejap di balkoni dgn barangan mainan mereka.. tp, sesi pagi td memang mencabar sbb si adeq tak keruan.. menangis melalak.. melolong bukan kepalang.. apa yg digundahkan ummie pun tak tahu.. pabila tiba time mengemop.. tanpa di duga kelibat dia mendatang.. kabum... dah jatuh terlentang.. lantas mengamuk sakan lah beliau.. hari ni paling lama sekali cik farah menangis.. x pernah dia menangis begitu sekali.. sedih pulak ummie tengok.. huhu...


Eh, dah lari topik.. selerak dan anak kecik x boleh dipisahkan kan? Kadang2x ummie sampai stress tengok rumah sendiri.. nasib baik la appartment ni kecik korang.. kalau x.. mau mental ummie dibuatnya.. 

So, apa yg korang kena buat, sediakan 2 plastik.. satu untuk barang yg korang nak pakai lagi.. satu lagi utk barang yg korang nak buang... sumbat je semua barang yg korang nak pakai dalam satu plastik.. tak kira la mainan anak2x ke, pen ke.. kad ke.. bam ke.. mekap ke.. janji korang nak pakai benda tu.. yg korang nak buang.. masukkan dalam satu plastik lain... yg nak buang tu boleh la buang... barang yg korang nak guna tu letak la dkt tempat yg bukan lantai.. sofa ke.. katil ke... 

Bila lantai dah clear.. boleh la nak start menyapu... dah sapu.. boleh la mengemop... rutin yg aqu buat ni just ambik masa 10 minit je.. tp, yg ni belom campur menyimpan barang lagi.. dah siap semua.. lantai dah kering.. carpet dah bentang baru aq simpan barang.. asingkan barang mainan and lain2x.. letak kat tempat sepatutnya... siaaappp... mudahkan.. yg penting.. korang clearkan lantai dulu... seriously.. bila lantai dah clear.. korang akan rasa best utk kemaskan benda lain.. sekian... till d next entry.. bye..



Tuesday, August 2, 2016

Resepi telur



Assalamualaikum korang..
Saje nak share resepi telur kukus..

Hiris bawang besar saiz dadu
Sosej saiz dadu
Cili merah saiz dadu
Sedikit garam
4 biji telur
Mozarela cheese

Gaulkan semua sekali kecuali cheese
Parut cheese atas adunan telur tadi
kukus selama 10-15 minit



Buat roadtax


Assalamualaikum korang...
X de masa nak g post office?
X de transport?
X de geran original?
Malas nak beratur?

Kalau korang antara golongan kat atas tu.. boleh la whatsapp en firdaus ye.. 01140100209.. 

It's under etiqa myeg.. tq..



Monday, July 25, 2016

Beli kete mainan untuk anak



Pukui 5 pagi bangun cari benda ni tau.. haa.. jangan jealous kata diorang.. ummie pun.. krik..krik... rasa menyesal ka? Dak aih.. huhuhu ""

Assalamualaikum korang...
Nampak x kete budak2x tu... kat mana nak carik? 2 biji kete lembu ni aq ngan hubby beli kat nilai 3.. aq tak tau nak specify nama kedai tu sbb masuk memang x pernah nak tengok nama kedainya apa.. tp kedai ni dah jadi salah satu kedai favourite kitorang... kalau nak kenal.. kedai mainan dia ada replika lembaga hitam kat luar.. macam org.. pakai pakaian hitam dgn topeng hantu rambut panjang tu.. pelik gak kenapa letak yg gitu.. trade mark agakya..

Harga 2 biji kete depa ni 140 hinggit.. makna kata sebijik 70 hinggit.. kalau tulis kat pameran.. sebijik 95 hinggit.. yv bagusnya kedai korang mintak je kurang.. sbb mintak kurang tu perkara biasa kat kedai ni. Sbb tu dia letak harga mahai...

Keta nia ngan farah ni ada music sekali.. dah lama dah nak cari mainan yg ada lagu2x.. so, ummie dok berbelah bahagi la nak beli yang mainan ada bunyi ke, or kete.. yg syoknya ummie dapat yg two in one.. angkut la bawak balik.. habih ceghita.. lalalala~ 

Eh, korang.. dah sampai jangan lupa mintak kurang tau... till d next entry..




Thursday, July 21, 2016

Maceh pixajoy!!



Assalamualaikum korang... yeay... parcel dari skynet tiba d office.. yuhuuu.. dr hari isnin tunggu tau..



Haa.. kan.. apa yg di tunggu tu adalah parcel from pixajoy.. ya Allah.. cepat sangat siapnya.. aq submit hari jumaat.. hari rabu minggu depannya dah dapat.. happy x terkata...

Kalau korang nak tau apa pixajoy ni.. aq nak panggil apa ye.. company ke, web ke... tp satu organisasi la yg menyediakan perkhidmatan yg berkaitan gambar2x ni.. korang nak print gambar ke.. buat buku foto ke... cari je lawan web rasmi dia.. kalau rasa leceh.. tekan je la gambar bungkusan pixajoy kat atas tu.. yg warna hijau tu haa... selain tu.. korang boleh jugak download app dia kat playstore...

Actually.. harga sebenar utk buku foto ni rm69.. tp dia bg offer.. rm 9 je.. campur postage jadi rm18... berbaloi kan... bg aq okay la.. dr buat kat luar dah kena berapa entah...

And untuk kali ni just nak test2x je.. so, gambar memang main celup je la kan.. kalau korang nak hasil yg cantik.. letak la gambar yg cantik2x.. resolution tinggi.. macam aq ni.. memang rendah je la.. buat pun pakai phone je sebab nak tengok hasil dia macam mana kan.. so, overall.. okayla.. aq sangat berpuas hati dengan hasilnya...

Nia & farah

Abie & ummie



Gambo kawen.. baru dapat dibukukan setelah 3 tahun kawen.. hahaha..

Muka depan

Bahagian belakang..

Sorry ye.. background bertabur barang.. banyak no keje kat sekolah x siap.. kerja cikgu kat sekolah ni, buat program selalu last minute.. nak pengsan rasa.. hmmm...

Jenis kertas glossy gitu.. korang boleh pilih.. ada 2 jenis kertas dia.. apapun, cuba la korang kodek2x web or application dia on d phone ea..

Till d next entry.. bye.. salam alaik..








Sunday, July 17, 2016

Resepi kerabu mangga simple



Assalamualaikum korang.. hari ni nak share resepi mr fir... Kalau bab masak2x ni en abg sorang ni memang lagi handal dr bini dia.. tu yg buat bini dia ni malas nak masak sbb takut x kena selera dia.. huhu.. apapun, layan je la kan...

So, kerabu mangga

Mangga yg masam2x sikit x 2 tu korang sagat..
Bawang merah x 3, serai x 2 & cabai x 7.. korang racik nipis2x
Udang kering & sedikit belacan besar cari kelingking korang tumbuk sampai lumat
Limau nipis x 2 korang perah..
Perut lembu potong ikut style korang mkn..

Part time job.. jawab survey



Assalamualaikum korang.. haa.. nak cari part time job? Tengab sesak nak pakai duit? Mungkin kalau korang goigle2x akan keluar part time job untuk jawab survey.. katanya just sign up sahaja.. then, questionaire itu akan di hantar atau korang akan dapar alert melalui email.. and from testimoni... tudia... 200 us dollar..

Di sini aq nak bgtau hakikatnya.. sebabnya aq dah masuk.. ye la.. kalau nak harap gaji aq dgn hubby memang cukup2x je nak hidul.. hihi.. alhamdulillah.. bit still nak jugam simpanan sikit.. kot la ada emergency.. mana pulak nak cekau kan.. apapun, aq dah try la sign up macam2x company yg buat survey nie.. toluna la.. aip survey la.. global market la.. hakikatnya, kebanyakan survey yg diutarakan x compitable dgn aq pun.. so, aq just akan dapat 5 point je.. and nak tebus pulak korang tahu berapa? Rm20 untuk 2000 mata... wahahaha.. bayangkan berapa lama aq nak tunggu akaun aq tu jadi 2000 mata kalau satu servey aq just peroleh 5 mata je.. fuhhh...

Kenapa x compitable? Hmmm.. sebab kebanyakan soalannya bukanlah berbentuk akademik.. nak gaji yg riban2x atau kaki shopping sana-sini.. so, layakkah aq... jadi dapat la 5 point je sbb bukak soalan survey.. and soalan survey bukannya sepanjang masa masuk...

So, d moral of the story, kalau korang nak carik duit tepi secara bersungguh, ini bukanlah cara yg terbaik.. kalau korang sesaja and sesuka nak join x pe.. sbb bukak soalan dapat 5 point.. lama2x dapat 2000 jugak kan. Dapat la voucher 20 hinggit buat shopping kat giant ke.. mydin ke.. tp berkurun la lamanya nak menunggu...

Or kalau ada reader yg expert bab ni.. nak share dengan aq macam mana nak jawab 1 survey secara menyeluruh.. yg boleh dapat 180 point utk satu survey, bolehla komen kat bawah.. nak tau jugak kan caranya.. wee... apapun.. semoga korang happy selalu ye.. salam alaik..


Selamat hari raya ye...
12 syawal



Saturday, July 16, 2016

Tudung baby, 1 tahun & 2 tahun



Assalamualaikum korang dan selamat pagi.. hari nie nak share dgn korang kat mana nak dapatkan tudung untuk baby dkt kawasan nilai.. tudung yg macam mana? Macam nie...




 actually, kalau korang rajin pusing kat nilai 3.. memang jumpa je la.. tp aq x pernah nak berkenan sbb x jumpa yg ada getah keliling tu kan.. lastly and last minute.. jumpa kat karisma nilai.. kedai dia kat kawasan giant nilai tu.. bahagian luar ye... tp, mahal sikit la.. kalau kat nilai 3, 10 hinggit dah dapat kot.. tp kat karisma nie my hubby beli rm19 kot macam tu..

Tp kualiti kain memang best la.. sejuk je.. and sarung macam mana pun tetap comel anak2x qu berdua tu... hihi..

Selamat shopping ye...


Camat arie ayer

Assalamualaikum korang.. rasanya masih tak terlambat kalau aq nak ucapkan selamat hari raya.. aq nak mintak maaf ye kalau ada salah dan silap.. kot apa yg disuarakan dalam blog ni ada mengguris hati mana2x pihak.. ye lah.. kita manusia kan.. kadang2x kita buat salah tp kita x sedar...

Hmm.. macam mana raya tahun ni? X meriah sgt la sbb x boleb nak berjalan sakan.. en hubby kena duty di hari raya.. jadi, kita pun ambik yg wajib2x je... huhu.. x sempat la nak beraya sakan.. hajat di hati nak kumpul duit raya anak banyak2x.. hahaha. Boleh x gitu?

Apapun, harapannya.. kita ni dah melepasi bulan ramadhan.. insyallah.. walaupun x banyak, dosa2x kita ini Allah ampunkan kerana bulan ini Allah janjikan keberkatan.. jadi, selepasnya janganlah kita asyik buat dosa semula.. dengan berfikiran ramadhan akan datang lagi tahun hadapan..

Dan lagi, harapnya hidup korang akan lebih ceria dan bahagia berbanding tahun2x sudah.. hihi...



Wednesday, June 29, 2016

beli barang elektrik ansuran



assalamualaikum korang...
entry kali nie aq nak share pasal beli barang elektrik secara ansuran...
ada jugak blogging cari kedai yang paling sesuai untuk beli barangan elektrik secara ansuran nie...
sebenarnya aq tak nak beli.. tp, en abg insist jugak nak beli sebab dia tau bini dia nie pemalas orangnya... takut nanti satu tahap tak de baju nak pakai.. kecik hatiqu.. tp, memang betul pun... hahahaha..

so, akhirnya aq turutkan jua... dah banyak blog.. nak g court memoth tidaklah.. banyak cerita aq dengar pasal cm nie.. so, x berani nak buat ansuran kat situ.. jadi pegilah ke sen heng.. riki2x.. hmm.. macam okay sikit daripada cm... walaupun masih ada interest.. tp, tu lah kan.. nak beli cash, pitih x dok... nak tak nak kene jugak buat ansuran.. 

and disebabkan on badjet jugak, aq ambik je machine panasonic auto yg paling murah yang ada dalam kedai tu... nilai bayaran bulanan yg ada dalam sen heng tu korang jangan percaya sanagat ye sebab nilai sebenarnya akan bertambah bila korang buat laon dengan aeon.. so, kalau korang badjet dalam 70 hinggit sebulan, carilah paparan bayaran bulanan yang 60 hinggit.. mcm tu... peringatan untuk korang.. loan ansuran kat aeon nie, kalau korang bayar lambat, kena cas tau.. so, hati2x.. kalau rasa x mampu nak bayar ontime, tak yah lah ambik...

so, prosedurnya korang kena ada ic, pay slip and statement bank..
dalam beberapa hari aeon akan call untuk butiran maklumat dan pengesahan pekerjaan korang.. and then, bila dah diluluskan.. baru lah korang buat pembayaran...

oh, ye.., masa pihak aeon call korang, jangan lupa mintak akaun untuk buat pembayaran.. satu benda aq tak suka dekat sen heng nilai nie adalah front desk diorang.. poyo gile... customer dok terpacak kat situ, boleh buat bodo je... dah tu, pertanyaan customer macam nak tak nak jawab je.. baik tak yah duduk front desk kalau macam tu.. nak chatting ke, tengok lappy ke gi la duduk belakang... kalau duduk front desk, tp tak de adab nak layan customer bukan front desk la namanya...

apapun, beli cash adalah pilihan yang terbaik.. kalau korang agak boleh bertahan untuk beli cash, simpan la duit bulan2x.. lagi murah apa... jimat secara keseluruhan.. tips kedua untuk pagi buta nie... till the next entry... da....


shopping baju raya jalan TAR, KL


Assalamualaikum korang..
Stress out.. stress betul. Sangat mencabar hidup ada baby ni.. mungkin kafarah kot.. harap2x ada la kebaikan atas semia yang berlaku...

Apa tidaknya.. ingatkan boleh la menyimpan tunggakan kali ni.. tp x de rezeki jugak..

1. Kereta ada masalah
2. Motherboard lappy suamo rosak
3. Skrin lappy ummie retak
4. Skrin phone abie pocah
5. Masuk umah
6. Nak raya pulak
7. Kena pulak jadi penyelaras ihya'
Allahu...
Terasa lelah ... lelah betul

Waa.. tp korang doakan la ye ada kebaikan dr semua ni.. mungkin rezeki aq kali ni utk org lain. Harap2x rezeki yg tinggal ni berkatlah.. 

so, dikesempatan ni jugak aq nak share pengalaman pertama shopping baju raya... eh, pengalaman pertama ke? kedua kot.. tp, dulu tak berasa sebab dalam pantang kan.. huhu...

so, en hubby ajak cari baju raya anak-anak kat jalan TAR, KL
kalau dulu tempat nie memang terkenal la untuk shopping raya... 
timing kali ni, kitorang pegi waktu malam disebabkan oleh cuaca, takut budak cenonet dua orang tu panas...
so, berlepaslah kitorang lepas maghrib.. tapi agak menghampakan jugak sebab waktu malam, butik or kedai pakaian tak bukak.. yang bukak cuma stall je.. and kebanyakan stall pulak, hmmm.. tak banyak choice la... yang ada pun aq tengok banyak stok lama.. memang ada stok baru tapi tak banyak... cuma 1 je benda best kat sini, harganya sangat lah murah. jubah lelaki yg cantik boleh dapat bawah 100 hinggit kat sini...

so, pusing2x just grab baju anak-anak je la sbb ummie dah kepenatan pusing2x dan berjalan... huhu..
so, tips untuk korang, kalau nak g cari baju raya yg havoc2x sikit pegila waktu siang time kedai pakaian bukak ataupun aq prefer g pkns daripada pegi jalan TAR nie,,, 

baju ummie, beli kat nilai square je.. sbb ekonomi tak menentu memang ummie beli yg on badjet je.. janji ada baju raya.. muahahaha.. abie pun kena paksa beli baju raya sepasang.. yeay... actually, en abg sorang ni demand sikit... nak baju lawo2x je, design cantik2x.. tp, apakan daya.. untuk bini tersayang, di turutkan lah jua... 

nak tau baju raya kitorang.. tunggu le lepas raya.. baru update entry baru... sekian.....




Friday, May 27, 2016

pap smear.. perlu ke?



Assalamualaikum korang... 
hari nie aq nak sembang pasal pap smear.. perlu ke?
mungkin antara korang yang tak pernah dengar pasal pap smear nie...
secara ringkasnya, boleh aq katakan.. pap smear ni adalah ujian yg dilakukan ke atas sample rahim korang untuk menentukan sama ada anda menghidap cancer pangkal rahim ataupun tidak...

mungkin ada yang tertanya2x... kena buat ke?
jawapannya, selalunya nurse akan follow up ibu yang dah bersalin untuk buat ujian pap smear nie...
tp, sebenarnya, kalau korang nak buat boleh, tak nak buat pun boleh.. keputusan atas tangan korang dan nurse tak boleh pun nak paksa korang kalau korang tak nak buat...

antara sebab yang mungkin ada antara golongan kita tak nak buat ujian nie sebab malu...
ye la kan... org dok tengok kita punya... malu la... adoi...
apapun, korang pk la apa yang terbaik untuk diri korang...

macam aq, sebenarnya tak nak buat pun... tp, mungkin dah takdirNya aq buat jugak...
huhu.. nurse siap mintak tolong lagi.. mintak tolong apa? bagi budak praktikal nursing upm tengok sekali...
adoi... mana nak baginya.. segan kot.. walaupun itu untuk pendidikan mereka... tp, sorry la deq.. harap ada mommies lain yang sudi bg korang belajar.. huhu.. tp, untuk hakak... sorry bangat...


kalau korang tanya pasal prosedur.. tak menyakitkan pun... cucuk perancang tu lagi sakit... tetapi keadaan untuk ambil sample tu la yang tak selesanya....

bagi aku, lepas ni kalau beranak lagi.. x mo buat dah ujian nie... segan.. kali nie, insyallah untuk pengalaman.. insyallah... harapnya semua baik lah... amin... doakan ye...

sampai sini dulu. salam alaik..



Tuesday, May 24, 2016

roadtax2u



assalamualaikum korang..
korang busy? sibuk sampai tak de masa nak buat roadtax.. ataupun malas nak beratur lama kat pos untuk buat roadtax anda?
haa.. aq ada penyelesaiannya.. aq kenal ajen yang mampu tolong korang...

Image result for ROADTAX

gambar hiasan...
walapupun korang duduk jauh daripada ajen nie, jangan risau sebab company dia ada buat perkhidmatan pos..
so, kalau berminat sila whatsapp 0136109225..


Friday, May 20, 2016

job di rumah.. somehow penipu jugak or aq x pandai?


assalamualaikum korang..
haaa... hari nie aq nak share pasal laman jobdirumah..
menipu ke?

haa.. secara langsung memang x la menipu...
tp, secara tidak langsung ada la jugak penipuannya...
oleh kerana aq terdesak nak dapatkan duit untuk perbelanjaan keluarga.. aq cuba la google mencari kerja2x atas talian yang aq boleh buat untuk dapatkan sedikit kos untuk sara anak-anak aq..

malang jugak aq jumpa jobdirumah nie... haha.. secara langsung memang x menipu.. tp, menipu jugak la kan.. lagi2x untuk orang yang tak pandai english macam aq nie.. hmmm.. org yg promote pulak kata hanya perlukan "sedikit" pengetahuan bahasa inggeris.. so, aq dengan gagahnya melabur 50 hinggit untuk join diorang punya group.. job yang ada semua kena pakai english power punya... nama site je gabung bahasa inggeris dan bahasa melayu.. ingatkan compitable la dengan aq.. rupanya hampeh... siap kena seal pulak tak boleh apply job sebab tak layak.. bazir 50 hinggit aq..

so, kalau korang kat luar sana tak pandai english.. tak payah la korang join.. buat pening sakit kepala je... and yang promote site nie dengan mengatakan guna "sedikit" je pengetahuan bahasa inggeris tu.. aq tuntut dekat akhirat nanti.. kalau ko dapat komisen drpd penipuan ini, harap rezeki ko tak berkat bro...

berlinang air mata... sape nak bg aq job part time nie korang?

haa.. lupa korang.. aq dengan gagahnya jugak nak tambah skill.. tengok2x..



cenggini pulak keluar...
sakit kepala... sakit atie... uuwaaa...





Wednesday, May 18, 2016

cari rezeki tambahan... part time...


assalamualaikum korang...
haha.. satu lagi entry sebab satu lagi benda yang aq nak share dengan korang...
baru-baru nie aq jumpa satu website di mana anda boleh menjana pendapatan anda hanya dengan menggunakan hujung jari anda..

apa benda website dia?
sila layari www.erezeki.my

haaa... actually, benda nie aq pun baru sesangat join.. kebanyakan kerja yang diperlukan adalah berkaitan dengan website.. so, siapa yang ada skill dalam ccs ke, graphic ke.. memang banyak la opputunity untuk korang dapat kerja secara online nie...

apapun, utk aq tak nampak lagi perkembangannya dan aq masih tertunggu apa lagi yg platform nie offer untuk aq mendapatkan wang tambahan untuk perbelanjaan keluarga aq..
sekian...


deposit yang diperlukan untuk sewa rumah kawasan nilai...


assalamualaikum korang...
tak banyak pun nak cerita sebab sekarang adalah sleeping time...
actually, insyallah aq akan move in rumah sewa dalam masa yang terdekat..
niat di hati adalah supaya..

first, dapat sedikit privacy
second, nak belajar berdikari
third, make room and space for our kids

berbagi jugak hati sebab akonomi sekarang ni kan...
tp, gagahkan jugak hati dan dah tanya pendapat ramai orang and most of them nasihatkan supaya berpindah...

alhamdulillah, we get a house to rent.. so, nak kongsikan tentang average amount yang diperlukan untuk move in...
lain sangat caranya bila nak masuk rumah sewa yang selesa sekarang...
kalau korang deal dengan owner.. memang dapat la deposit 1+1 + 100 utilities...
tp, kebanyak rumah yang aq anggap berpatutan dalam area nilai ni.. about RM600 and below.. hmm.. aq tak berapa gemar dengan persekitarannya... macam tak sesuai dengan anak-anak aq.. sebagai contoh: sampah yang tidak terurus, kawasan yang penuh dengan lebihan pembinaan, kawasan yang penuh dengan warga asing... so, kalau boleh tak nak la persekitaran macam tu...

tp, rumah yang okay pulak.. harga mesti RM700 and above.. kawasan nilai la... the price, sangatlah tidak membantu.. tp, disebabkan pk anak-anak.. gagahkan jugak.. insyallah.. tambah apa yang patut untuk rezeki anak..

and kalau masuk apartment kawasan nilai nie, kebanyakannya agent yang uruskan.. bukan la owner rumah.. so, tu yg lagi bertambah-tambah amount yg perlu disediakan... so, at last kitorang ambik rumah yang mana depositnya 2+1 + month and a half utilities + 300 contract...
waa... ada pulak harga kontrak.. terkejut aq.. tak pernah sewa rumah sebelum ni pakai kontrak.. haaa.. hamik kau... so, total.. 800 x 3 + 300 + 300.. and kalau korang nak tau, sekarang nie, kontrak untuk sewa rumah bawah agency semuanya adalah selama setahun.. so, nampaknya setahun la aq menginap kat kawasan tu.. tp, okay la.. kawasan dia ada security, lift, bersih and kebanyakannya student.. tapi foreign student la... sebab sebelah international university kan... harapnya semua berjalan dengan baik.. doakan aq dan keluarga ye...

tambahan sikit.. dalam rumah tu ada partial furniture macam katil, peti sejuk, almari, almari solek and sofa.. selesa la...

so,
till the next entry...


Thursday, May 12, 2016

ayah dan ibu...



assalamualaikum korang..
just wondering.. 

seorang ayah mengatakan kepada anaknya bahawa cucunya banyak meragam disebabkan oleh dosa ayahnya kepada dia...

tidak kah ayah itu terfikir pula, dosa apa yang dia lakukan sehingga anaknya melakukan dosa terhadap diri dia?

kadang-kadang kita bercakap dan memberi nasihat ikut sedap kita je kan... dan kadang-kadang nasihat itu terselit bersama ketidakpuasan hati dan bukan dengan niat asalnya untuk mendidik sebagaimana yang diajarkan oleh rasulullah... dan kadang-kadang nasihat berunsur perli itu terpalit ke muka kita sendiri.. bak kata pepatah, seperti orang meludah ke langit.. akhirnya air liur itu tertepek balik ke muka orang yang meludah...

tidak kah seorang ayah itu terfikir banyak bentuk dugaan yang Allah beri untuk menghapus dosa.. dia boleh nampak cucu yang meragam itu merupakan kafarah buat anak tp tak boleh nampak anak yang meragam itu merupakan dugaan yang Allah beri untuk menambah dosa anak itu...

tp, kenapa dia tidak boleh nampak anak yang melawan itu bukan sebagai kafarah dosa tetapi suatu kederhakaan yang tidak patut diberi kemaafan. adakah kata-kata setiap orang ayah itu betul sehingga anak tidak boleh menegur walau sedikit pun...

perlukan setiap permintaan yang dipinta itu perlu diiringi dengan kata-kata yang menghina. perlukan api yang sudah marak itu di simbah pula dengan gas gasolin yang mampu merobohkan sebuah rumah..?

orang yang tidak mengalaminya tidak akan faham dengan situasi yang mungkin berlaku...
tp, adakah anak yang derhaka itu akan dipersalahkan 100% di akhirat kelak. tidakkah seorang ayah itu tahu bahawa dia juga nanti akan dipanggil untuk ditanya mengapa anak itu menjadi derhaka.

janganlah kita pandang orang untuk dicari kesalahan.. seolah-olah diri kita betul sentiasa. bila keadaannya begitu, orang tersebut buat baik pun kita akan nampak macam membuang taik dekat kita. ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja yang tidak betul.. 

jagalah juga tutur bicara bila bergelar ibu dan bapa.. kata-kata kita kan doa buat anak-anak.. kalau asyik sebut perkara yang buruk je berkenaan anak, buruklah jadinya... jadilah seorang yang selalu positif, jangan bina keluarga dengan kata-kata yang negatif kelak anak akan berduka dan tiada kecemerlangan buatnya... dan akhirnya kita sendiri yang akan merana...

redhalah... redhalah... anak itu perlu di marah, tp jangan hilangkan redhamu darinya.. tiada redha darimu, susahlah dia.. dan apabila dia susah, kamu juga akan turut sama merasai kesusahannya.. dan apabila kamu tidak mengendahkan, sediakanlah jawabanmu di hadapan Allah kerana dia adalah amanahmu...

renungan buat kita bersama kerna dulu qu tak faham kenapa perlunya ibubapa bertanggungjawab terhadap anak yang derhaka (walaupun pada ideologi mereka sahaja)..


kalau salah, tolong betulkan ye.. saya budak tengah belajar...



Friday, May 6, 2016

pesta buku 2016 dan restoran good meowning


asslamualaikum korang.. dah pegi benda kat bawah nie?

Image result for international book fair 2016 maeps

hmmm... aq dengan suami dah berkesempatan pergi pesta buku nie... so far, puas hati.. cuma suami tak dapat cari buku rujukan untuk subjek bahasa arab dia.. sebenarnya bukan tak dapat cari tapi x berkesempatan cari... besar tempat tu.. kitorang sempat jalan2x kat bahgain kanak-kanak je...
so far, okay la... banyak buku yang menarik.. dah 3 kali pegi pesta buku.. kali nie baru jumpa buku yang okay untuk budak2x neyh... selalunya kalau kat pesta buku, jumpa buku cerita english je.. tp, dekat pesta buku nie, banyak sangat buku bahasa melayu yang sesuai untuk kanak seusia dania imani... untuk bedtime story...

nak selit kat sini jugak.. sebelum nie aq ada cerita pasal glorier kan.. kali nie dikejar oleh sistem yang pakai noddy tu pulak.. yg interview kitorang tu bagi penerangan memang memberangsangkan.. and kali ni, nampak noddy tu lagi bagus dari grolier.. apapun, kalau korang nak beli, korang pk la... kalau korang tak boleh nak commit untuk bagi anak-anak korang guna sistem nie, tak payah la beli.. macam apa yg jadi kat aq dengan grolier la... hahahaha... tp, kalau boleh.. silakan beli.. by the way.. kalau  korang kreatis, korang sendiri boleh cipta satu sistem untuk your children.. melaui apa yang org noddy tu cakap.. key yang paling penting adalah repeatation... so, korang boleh cari sendiri bahan dalam internet, ulang setiap hari dekat anak-anak korang.. insyallah.. pandai la... dan lagi satu, untuk  usia 1 hingga 4 tahun nie, better ajar perkataan je dekat anak2x korang.. macam warna, binatang, benda.. okay.. kalau nak mintak pandangan apa2x pasal  grolier ataupun noddy tu, boleh la tulis kat bahagian komen ye....

sapa nak pegi.. sempat lagi... last 9 mei 2016.. hari biasa bukak sampai pkul 7.. sabtu ahad bukak sampai pkul 10...

habis cerita pasal pesta buku... lepas pegi pesta buku nie, en hubby dah riki tempat jalan2x untuk anak2x rupanya...

Image result for restoran good meowning

Image result for restoran good meowning

restoran good meowning...
nama je restoran.. tp, kitorang x makan pun kat situ.. saja je nak melayan si anak-anak main kucing...
habis bising satu restoran dengan suara nia.. kucing semua takut... daripada nak td kat atas.. x jadi.. semua kucing pakat turun kerna takutkan si nia... hahahaha... apapun, retoran dia okay la...
bab makanan aq tak boleh la nak komen sebab aq pun x de pengalan makan kat  sana...
cumanya kalau nak masuk main dengan kucing diorang nie, rm5 untuk setengah jam... kucing2x diorang memang cantik2x.. comel2x belaka.. dan bermacam-macam... jenuh farah mengejar sekor2x.. kiki.. tak padan kocik and tak pandai jalan.. dok, melawan merangkak le dengan meow2x kat situ...
tandas dia pun first class.. rasa macam duduk kat rumah je... surau pun disediakan.. cuma kecik sikit la.. and kalau ramai nak solat memang kena que... 

untungnya kitorang, masa kitorang pegi tu orang tak ramai... oh! nak  dijadikan cerita.. farah muntah.. dah la ummie tak bawak baju spare.. nasib baik ada my mydin kat situ... boleh la jugak nak beli baju...

sapa rasa nak bawak anak main kucing boleh la datang sini... key.. till the next entry... salam alaik..