Monday, July 31, 2017

tips jalan2x zoo negara


assalamualaikum korang... 
sorry la.. x de gambar2x dah.. semenjak 2 menjak adeq farah dah pandai main phone. phone memang x lekat kat tangan ummie. saje je nak mngurangkan tabiat ummie yang suka selfie sebelum nie.. tp, sebenarnya aq selfie x over pun kan... kiki...

so, aq nak share jalan2x zoo negara dengan anak kecik. yang ni untuk tahun 2017 ye.. tahun lain aq x tau kot la dah berubah atau ada perubahan. apa pun harap korang enjoy baca.

parking RM8
dewasa RM44
budak 3 and above RM16
total kitorang hari tu RM122 sbb adeq farah bawah umur lagi..

daripada pengalaman aq, kalau ada anak 2,3 tahun korang bawak la stroller.. x larat weyh nak dukung. budak bukan macam kita.. bila penat nak kite dukung and zoo tu bukannya kecik.. masya Allah.. mengah ummie dibuatnya.. silap haribulan, nak seronok2x abis moody je jenjalan dalam zoo.. kalau rasa x nak penat, korang naik la train.. tp, kena bayar lagi.. tp, kalau korang ni duit banyak, naik je la train dalam zoo tu.. hahaha...

selain tu, bawak payung or topi.. selalunya kalau nak hujan memang kita cancel la kan nak masuk zoo.. tp, kalau panas.. perlukan jugak payung or topi tu... macam kitorang hari tu memang berpeluh la.. angin dari luar pun x berapa sangat. maybe sebab kawasan zoo tu kawasan tertutup..

aq baca blog, ada blogger yang kata map kena bayar RM1. tp, kitorang x ambik map pun alhamduilillah.. boleh berjalan lagi sbb di sepanjang kawasan zoo memang ada map besar untuk dijadikan panduan. yang pentingnya, korang larat ke tidak nak pegi tengok semua binatang dalam zoo tu...

and, bawak air siap2x.. aq yg tak minum air masak  sangat ni, habis sebotol jugak tau.. punya la penat dahaga... plus pampers kalau anak2x korang pakai pampers. ada scene mommy yg tukar pampers baby dia dengan lampin sbb lupa bawak masuk pampers.. kesian baby tu... dengan panas, x selesa... hmmm...

so, kitorang sampai dalam pkul 10am.. mencanak dulu tengok pertunjukan dulu.. okay la pertunjukan dia.. bagi aq, yg tu paling best sekali sebab tang lain dah pancit kepenatan. nak menikmati keindahan dan keunikan binatang pun dah x larat.

apapun, ada banyak binatang yang korang boleh tunjuk kat anak-anak korang. antaranya adalah 

1. gajah
2. zirafah
3. zebra
4. spesis kanggaro kecik tu.. ape tah namanya
5. harimau bintang
6. harimau kumbang
7. harimau
8. singa
9. badak
10. burung2x
11. rama-rama
12. kepompong
14. buaya
15. aneka beruk dan monyet
16. burung enggang
17. singa laut
18. ikan sungai dalam
19. burung unta
20. labi-labi
21. beruang
22. panda
23. seladang
24. muse
25. kancil
26. rusa
 dan lain2x lagi...

antara benda yg interesting bagi aq adalah kepompong tu.. aq ingat kan brooch or kerongsang yg kita pakai kat tudung tu.. rupanya pupa.. cantik betul...

and lagi harimau, ada foreigner from india yg g campak batu kat harimau tu.. saje nak bg harimau tu marah agaknya.. banyak kali pulak tu.. memang harimau tu marah. kecoh jugak la time tu sebab nitizen sound diorang. 

and lagi zirafah & gajah dia.. memang best.. gajah kat sana x berhenti menari.. x tau la sebab panas ke, sebab seronok ke, sebab apa ke... tp memang besar binatang2x afrika ni..

and lastly panda la.. comel pandanya.. main saje yang si anak tu. memang mencuit hati.. tp, tang panda tu korang boleh ada dalam tu 20 minit je.. nak bergambar ke, nak tengok ke.. 20 minit tu la...

barang kenang-kenangan pun banyak panda je... ye la.. mana ada panda kat malaysia ni.. nak tengok life, kat situ je la kan...

apapun, take time la nak jalan.. macam kitorang hari tu.. masuk pkul 12 anak2x dah start meragam sebab panas, penat and masuk timing nak tdo.. si adeq tdoq sampai berdengkur la.. hajat di hati nak seharian duduk dalam zoo.. malangnya anak2x dah macam tu, ummie abie kena balik la... ummie pun dah stress sebenarnya... nasib baik si abie steady je layan umie dengan anak2x.. so, oleh itu.. bawak la stroller.. anak2x boleh tdo kat stroller. dan lagi ada tempat rehat yang ada air cond... cuma tempat untuk makan2x kopok ke.. x de yang sesuai.. kiki...

selamat jalan2x ye korang... daaa...



cara keluar kwsp taraf pencen


assalamualaikum korang.. hye..hye..hye.. jumpa lagi.. kiki...
okay, kali ni nak share cara keluarkan kwsp.

1. pastikan korang dah dapat surat pengesahan taraf pencen
2. pastikan caruman kwsp tidak lagi dikenakan (cek slip gaji).. selagi masih ada potongan, tunggu lah korang ea.. macam aq, after dapat pengesahan, 4 bulan lepas tu baru stop potongan kwsp.
3. sediakan dokumen

ii. salinan ic
iii. pengesahan akaun (yang ni korang boleh mintak kat bank)
v. surat kelulusan pencen oleh JPA

korang g ke KWSP, tunggu turn untuk dapat nombor and tunggu nombor dipanggil. pegawai bertugas akan cek dokumen betul atau tidak, after korang turunkan cap jari.. selesai la.. macam aq hari tu, que nak ambik no yang panjang, siap sempat habis 5 muka surat buku aq baca. tu x campur, pandang amoi comel, pandang macha potong line... hahahaha.. macam2x... tp, nak jumpa pegawai tu x sempat duduk pun... laju je.. hahahaha..

semangat after 14 hari tunggu duit masuk. memang pegawai tu kata 21 hari bekerja.. tp, dalam blog kata cepat je prosesnya... siap ada yg cakap 4 hari dah dapat dah duit tu.. tp, majoriti kata 14 hari la... aq hari ni, masuk hari yang ke 18 bekerja.. still x masuk lagi pun. harapnya end of this week dapatlah.. doa-doakanlah ye..

macam mana nak kira aq x boleh nak share sebab aq pun tak tau macam mana pengiraannya.. cumanya nanti kalau aq rasa amaun x setimpal, baru aq nak roger2x pegawai yang berkenaan. sekian dulu ea korang... bye.. assalamualaikum..

update : after 20 hari bekerja aq dapat duit kwsp

Tuesday, July 4, 2017

bibir kering


assalamualaikum korang? makin berat tak lepas raya ni? bagi yang kurus tu, kerisauan x de la sangat kan. bagi yang chubby tu, just amalkan diet yang seimbang okay. 

siapa kat sini yang ada maslah bibir kering? memang jenis kurang minum air. tp, malas la nak godeh tengok petua lama. atau dah pakai banyak pelembap bibir tp makin terhakis dibuatnya. 

geng la dengan aku. tp, hari ni aq nak kongsi pasal ni..

Image result for pelembab bibir nivea care and colour rose

alhamdulillah. sebelum ni tak pernah terfikir pun nak beli pelembap bibir nivea ni. aq dah try macam2x pelembap bibir tapi x berkesan. and kadang2x makin teruk adalah.. oleh itu, x de la aq pakai pelembap bibir. so, nak dipendekkan cerita time nak raya hari tu aq teringin nak beli benda ni. alhamdulillah. okay. walaupun pakai lipstick yg tak mahal. bibir x kering la korang. rasa macam ajaib je.. hahahaha.. alhamdulillah, jumpa yang sesuai.

so, cuba la try. kot la okay. rasa x mahal pun. x sampai 10 higgit pun. so, salam syawal ye... daa..