Thursday, June 29, 2017

Camat ari raye!!


Assalamualaikum korang. Aq nak ucap selamat hari raya kat korang semua. Semoga happy2x selalu hendaknya. Bagi aq, raya tahun ni ada sedikit kelainan. Mungkin disebabkan faktor umur, baru aq terasa sayunya apabila ramadhan pergi. Apapun, masa tetap akan berlalu kan. Jarapnya, sempatlah berjumpa ramadhan 1439H pulak. Insyallah.. Doakan bersama ye..

Okaylah.. Tahun ni biasa2x je.. Raya rumah mak & bapak aq di Perak. Yes, aq sokong sangat tentang sebenarnya x de sistem giliran. Isteri opkos kena ikut suami kan.. And suami tanggungjawabnya kepada ibunya... So, kat sini aq rasa berterima kasih sangat sbb en hubby willing raya bergilir2x ni.. Hihihi...

Tentang budak tomey 2 org tu pulak. Kakak nia dah pandai merasa hari raya.. Dah kenal lagi raya... Dah kenal erti duit raya.. Selalu tapau duit raya kat ummie utk beli ais krim ke, mainan ke.. Seronok jugak.. And adeq farah pulak kan best friend kakak nia. So, apa yg kakak nia buat, she will follow. So, ummie pun x pasti adeq farah tu sebenarnya dah faham erti raya ataupun belum.

Tahun ni beraya di rumah saje. Bapak banyak hal and disebabkan faktor kesihatan, x de pun balik bagan datoh utk raya. Padahal dok semangat nak berjalan, tp x ke mana jua. Alhamdulillah, hari ni hubby ajak jugak pegi raya.. Yeay... Suka..suka..






Sebahagian gambar. Yg lain semua dah masuk insta. X larat dah asus ni nak tampung banyak2x gambar.. Kiki.. 

Sape yg follow kakak nia dgn farah, boleh g insta dengan ig "dausniafarah" ye.. Sape yg follow en hubby, yg perempuan, haip.. Ana x kasi follow2x.. Jealous tau.. Hahaham... Lelaki x pe.. Ngee...

So, tu je dulu kot. Dikesempatan ni jugak aq nak mintak maaf dekat semua reader blog aq ni kalau ada penulisan aq yg membuatkan korang terasa ke apa ke? Hahaha.. Sape dok area sepang, nilai.. Boleh drop alamat kat bawah.. Kot boleh jalan raya. Tp kena sediakan duit raya tau.. Hahaha.. Boleh x gitu.. Layan saje lah.. Kan..

Okay.. Tu dulu je kot.. Bye.. Salam alaik..






Friday, June 9, 2017

shopping raya bangi


assalamualaikum korang... salam ramadhan. dah masuk fasa kedua kan... hari ni aq tugas kat sekolah. so, buat rajin la menapak ke sekolah ni... hihi..

so, apapun hari ni nak citer pasal shopping baju raya. actually, en hubby ajak jalan g bangi hari tu and ternampak lah si ummie dengan kemeriahan butik di bangi ni. Masyallah. rambang mata. tengok butik saja pun dah rambang mata apetah lagi nak masuk tengok baju2x kat dalam butik tu.

dek terpkikir kepenatan shopping dengan menyeret budak comey 2 orang tu. so, ummie pun buat la tindakan bijak tanya kengkawan kat fb. ye, betul. kalau bujang, atau x de anak lagi... boleh lagi la nak meronda-ronda butik-butik berjenama kat situ kan... kot la ada sale 80%. material kain okay dapat discount 80%.. sape tak nak kan... tp, aq sedar aq dah beranak 2.. hahaha.. x larat la nak menyeret kakak imani dan adeq farah tu. kalau baby pun dah x larat ape tah lagi dah pandai berlari.

so, pada hari yang dijanjikan, bergerak lah kami ke bangi. so, hajat ummie nak tengok butik2x berjenama tu x menjadi la sebab aq ni jenis malas nak pk banyak2x... better masuk 1 kedai, berkenan.. grab, amik, bayar... sbb tu aq x leh jadi icon fasionista... hua..hua..hua...

nasihat aq, kalau korang duduk nilai, boleh je nak pegi nilai 3, or niali square. barang kat sana murah. tp, actually, aq tengok sama je la harga dengan gene martino buat sale. still 150 jugak. baju kurung biasa tu. dengan berpanas-panasan. recommend by sepupu hubby, kitorang pun menapak la ke bangi gateway . kat situ pun ada jugak butik2x. tp, kitorang fokus kat bahagian jualan kat dalam tu. senang.... pusing2x satu tempat je. untuk 2017 ni, maybe kenan dengan mok cun styel, banyak giler kebarung di jual. aq tak minat sangat sebab nampak pinggang. lagi2x en abg tu kan...

dipendekkan cerita, baju perempuan lagi banyak dari lelaki. kami grab baju en hubby dulu. dapat la kurta comel dengan harga rm99. sale la tu. penghabisan stok. ummie pulak jenis tak kesah. pegi keluar tempat booth2x jualan banyak tu.. pusing2x jumpa la jubah yang sesuai dengan color baju en hubby. plain tp, lengan dengan ada design. comel juga bila dilihat. terus amik, grab 1, bayaq.. mudahnya i shopping. design ni aq rasa ada je kat nilai 3 tp, masa shopping baju anak2x hari tu tak nampak. alhamdulillah. aq berkenan and hubby okay. rm89.

lepas tu cari kasut anak2x kat tingkat atas. mak aih... naik2x atas korang tau ada lagi jualan... ummie pun istighfar, jaga pandangan takut membazir beli sepasang lagi... hahaha.. terus set kat kepala..

kasut anak..
kasut anak..
kasut anak..

x banyak orang juai kasut. tp, alhamdulillah jumpa satu booth.. pilihan utk kasut baby memang banyak. utk umur 2 tahun ke atas x banyak pilihan. tp, kasut dia memang best. lembut.. selesa sangat nak pakai. ambik dua pasang rm88. ummie pulak pegi la kedai favourite ummie. kedai bee bee kat pekan nilai tu. kasut kat situ murah. tp, kualiti kurang. walaupunkualiti kurang, kalau sedap pakai di kaki kira okay la kan... sesuai la utk family yg sederhana macam aq. rm22. so, total kami belanja rm298. separuh bonus abih... hahahaha

banyak lagi nak pk. duit raya, kuih raya. kalau ikut bonus tu memang x cukup. tp, tu la. belanja la sekadar yang termampu. it's not a big deal. biar la orang nak kata apa. sbb ada orang lagi susah daripada aq. maybe nak beli baju raya pun x dapat. bersyukur sangat sebab dapat apa yang dah ada ni. semoga keadaan ekonomi keluarqa kita dan ekonomi negara bertambah baik. x yah banyak sangat cukai kot.. cukai banyak, hutang masih bertambah setiap tahun buat aq confuse sebenarnya. nampak x perbelanjaan mengikut Islam x  de. negara berhutang, rakyat di didik untuk berhutang. hutang makin bertambah sahaja. Ya Allah, didik lah aq menjadi seorang yang penjimat. dan berilah kesempatan kepada aq dan seluruh ahli keluarga aq utk melangsaikan hutang2x kami, ya Allah..


okay la korang. selamat bershopping ye semua. salam alaik.. gambaq aq post untuk entry raya ye.. daaa...



Friday, June 2, 2017

Ramadhan 1438H


Assalamualaikum  korang..
Wah, baru nak update blog? Kesian kat my bloggie nie.. Dulu ad lappy memang rajin mengupdate.. Bila dah x de lappy ni. Nak update macam x de mood sangat sbb update pakai phone lain rasanya dengan update dengan lappy.. Sape sama pendapat dengan aq angkat tangan.. Haa.. Kan..

So, hari ni dah 6 ramadhan. Busy since seminggu sebelum raya lagi. Kat sekolah memeng everyday ada program. Start dengan hari guru on 22nd mei sampai la 26th mei pelancaran maal hijrah. And now, nampak gayanya kawan2x cikgu dah aim aq as mc.. Lorh, mintak2x la ad org lain yg jd mc jugak. Boring lah kan org yg sama. Aq pun naik boring jugak.. Hahaha.. Tp, layankan saja lah..

And 1st ramadhan macam banyak sangat benda nak kena buat. Since gaji and tunggakan baru masuk. Baru la nak tengok2x proton tu.. Kena tukar tayar, servis, roadtax.. So, habis semua tunggakan guna utk benda2x ni. X do la saving.

Sampai hari ke 3 ramadhan aq dah x sabaq nak beli baju raya.. Berjalan2x la ke nilai 3 cari baju. Malangnya, baju anak2x je dapat cekup. Ummie dan abie yielek.. Tu pun x berkenan dengan warnanya.. Mau la ummie yg sorang ni tangkap lagi sepasang untuk budak2x tu..

Since keluar waktu siang.. Badan kakak nia dah jd tak stabil. Perangai pun menjadi sbb badan x berapa nak best.. X kuasa pulak ummie nak melayan. Tp kekadang kesian jugak. Hmmm.. And since 5th ramadhan kami dah start masak saje kat rumah.. Jd boring pulak dengan bazaar kan.. Lagi nikmat masak sendiri. Bak kata abienya...

And pagi ni tergerak nak masak nasi goreng je for sahur. Since nasi pun banyak lebih. Hmm.. Rezeki tu.. X luak makan smalam padahal kenyang yg amat. Abie try masak kasui thai.. X berapa menjadi. Ummie try ayam bakar thai.. Abie kata okay la.. Macam masak ayam utk nasi ayam yg sedap.. Ececeh.. Yg sedap tu, ummie tambah sendirik.
 Krik..krik..

Dan di kala ini, tngah menahan alahan
 Ya allah. Gatal gile idung. Resdung makin kuat kan.. Tp, masih boleh di layan.. Hahaha.. Okay la korang.. Sampai sini dulu la ye..




Riang terlebih princesses ni. Tak pe la nak.. Janji bahagia... So, jom.. Nak gerak abie bangun sahur.. Bye..