shopping raya bangi


assalamualaikum korang... salam ramadhan. dah masuk fasa kedua kan... hari ni aq tugas kat sekolah. so, buat rajin la menapak ke sekolah ni... hihi..

so, apapun hari ni nak citer pasal shopping baju raya. actually, en hubby ajak jalan g bangi hari tu and ternampak lah si ummie dengan kemeriahan butik di bangi ni. Masyallah. rambang mata. tengok butik saja pun dah rambang mata apetah lagi nak masuk tengok baju2x kat dalam butik tu.

dek terpkikir kepenatan shopping dengan menyeret budak comey 2 orang tu. so, ummie pun buat la tindakan bijak tanya kengkawan kat fb. ye, betul. kalau bujang, atau x de anak lagi... boleh lagi la nak meronda-ronda butik-butik berjenama kat situ kan... kot la ada sale 80%. material kain okay dapat discount 80%.. sape tak nak kan... tp, aq sedar aq dah beranak 2.. hahaha.. x larat la nak menyeret kakak imani dan adeq farah tu. kalau baby pun dah x larat ape tah lagi dah pandai berlari.

so, pada hari yang dijanjikan, bergerak lah kami ke bangi. so, hajat ummie nak tengok butik2x berjenama tu x menjadi la sebab aq ni jenis malas nak pk banyak2x... better masuk 1 kedai, berkenan.. grab, amik, bayar... sbb tu aq x leh jadi icon fasionista... hua..hua..hua...

nasihat aq, kalau korang duduk nilai, boleh je nak pegi nilai 3, or niali square. barang kat sana murah. tp, actually, aq tengok sama je la harga dengan gene martino buat sale. still 150 jugak. baju kurung biasa tu. dengan berpanas-panasan. recommend by sepupu hubby, kitorang pun menapak la ke bangi gateway . kat situ pun ada jugak butik2x. tp, kitorang fokus kat bahagian jualan kat dalam tu. senang.... pusing2x satu tempat je. untuk 2017 ni, maybe kenan dengan mok cun styel, banyak giler kebarung di jual. aq tak minat sangat sebab nampak pinggang. lagi2x en abg tu kan...

dipendekkan cerita, baju perempuan lagi banyak dari lelaki. kami grab baju en hubby dulu. dapat la kurta comel dengan harga rm99. sale la tu. penghabisan stok. ummie pulak jenis tak kesah. pegi keluar tempat booth2x jualan banyak tu.. pusing2x jumpa la jubah yang sesuai dengan color baju en hubby. plain tp, lengan dengan ada design. comel juga bila dilihat. terus amik, grab 1, bayaq.. mudahnya i shopping. design ni aq rasa ada je kat nilai 3 tp, masa shopping baju anak2x hari tu tak nampak. alhamdulillah. aq berkenan and hubby okay. rm89.

lepas tu cari kasut anak2x kat tingkat atas. mak aih... naik2x atas korang tau ada lagi jualan... ummie pun istighfar, jaga pandangan takut membazir beli sepasang lagi... hahaha.. terus set kat kepala..

kasut anak..
kasut anak..
kasut anak..

x banyak orang juai kasut. tp, alhamdulillah jumpa satu booth.. pilihan utk kasut baby memang banyak. utk umur 2 tahun ke atas x banyak pilihan. tp, kasut dia memang best. lembut.. selesa sangat nak pakai. ambik dua pasang rm88. ummie pulak pegi la kedai favourite ummie. kedai bee bee kat pekan nilai tu. kasut kat situ murah. tp, kualiti kurang. walaupunkualiti kurang, kalau sedap pakai di kaki kira okay la kan... sesuai la utk family yg sederhana macam aq. rm22. so, total kami belanja rm298. separuh bonus abih... hahahaha

banyak lagi nak pk. duit raya, kuih raya. kalau ikut bonus tu memang x cukup. tp, tu la. belanja la sekadar yang termampu. it's not a big deal. biar la orang nak kata apa. sbb ada orang lagi susah daripada aq. maybe nak beli baju raya pun x dapat. bersyukur sangat sebab dapat apa yang dah ada ni. semoga keadaan ekonomi keluarqa kita dan ekonomi negara bertambah baik. x yah banyak sangat cukai kot.. cukai banyak, hutang masih bertambah setiap tahun buat aq confuse sebenarnya. nampak x perbelanjaan mengikut Islam x  de. negara berhutang, rakyat di didik untuk berhutang. hutang makin bertambah sahaja. Ya Allah, didik lah aq menjadi seorang yang penjimat. dan berilah kesempatan kepada aq dan seluruh ahli keluarga aq utk melangsaikan hutang2x kami, ya Allah..


okay la korang. selamat bershopping ye semua. salam alaik.. gambaq aq post untuk entry raya ye.. daaa...



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...