view my entries with this:

Sunday, June 7, 2015

hE waS oUr suPermAn..



assalamualaikum korang...
huwwaaa.. dah ngantuk tp x leyh tdo.. puncanya sebab farah punya time tdo macam dekat london.. lastly, ummie terkesan sama.. siang dok tdo, malam berjaga.. huhu..

so, based on tajuk entry.. sape pulak yang jadi superman nie..? definitely my hubby, en mohd firdaus bin habidin... jgn bayang spender kat luar ea.. tp, korang bukan boleh.. yang jangan tu la korang buat... haipp.. jaga akal ea...

kenapa aq label my hubby superman? oh! first week cuti sekolah nie dia memang hero.. sebabnya, start pkul 8 dia g jerangkan air untuk aq ngan farah.. 8.30am dia bg dania mandi + pakaikan baju.. lepas tu dia siapkan air mandi farah and bagi farah mandi + siapkan farah dress up.. lepas tu turn dia pulak mandi.. lepas tu dia siapkan air untuk isteri dia pulak mandi.. tp, baju aq pakai sendiri la.. x kan tu pun nak dia buat kan.. then, bancuh susu dania.. bagi dania tdo pulak.. untuk farah, dapat susu ummie, lena la dia.. sementara tu dia panaskan tungku utk kembong perut farah and untuk ummie farah.. masuk tengah hari, dia masakkan nasi pulak, lepas tu dia gorengkan ikan untuk org pantang nie...

kalau dania tak tdo, dia la dok melayan dania.. and kadang2x kalau ada masa terluang dia akan sembang dengan farah.. berak dania semua dia yang uruskan.. rutin utk mandi petang family dia lebih kurang time waktu pagi.. start dari panaskan air sampai la bg cik dania tdo... tu tak campur kene buang pampers, beli barang lagi...  alhamdulillah.. berutungnya aq.. rasa nak hari2x macam boleh tak bie? hihi...

apapun, ayg nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab bersabar dengan karenah bini awak yang sorang nie.. terima kasih sebab tak pernah merungut buat benda2x nie.. terima kasih sebab cuba jadi suami yang terbaik untuk diri.. terima kasih kerana menjadi abie kepada dua puteri kita.. terima kasih di atas pujukan tika terasa dengan mak and ayah.. terima kasih di atas segalanya.. harap kasih kita akan bertaut till jannah.. (,")


aminn...



Friday, June 5, 2015

nUr fAraH keMboNg pErut



assalamualaikum korang...
hari nie hari apa? oh, ye... hari khamis.. esok hari jumaat... bila dah cuti nie, hari pun dah tak ingat dah... muahahaha..

ehem.. untuk entry kali nie aq nak citer pasal kembong perut... biasa untuk baby nie kembong perut... macam mana nak tau baby kembong perut?
pada kebiasaanya baby akan meragam and menangis... menangis dia bukan macam nak susu.. nyaring lagi daripada nak susu.. actually, boleh dikatakan kembong perut nie macam penyakit la... macam korang rasa senak perut macam tu....
and, puncanya adalah baby angin masuk badan baby melalui udara.. sebab tu org tua-tua suruh bedung and barut baby.. and kepala baby kene tutup sama ada guna topi baby tu ataupun tuala kecik saiz sapu tangan tu or apa2x kain yang sesuai la...
selain tu, mak baby pun boleh jadi punca.. bila badan mak baby berangin, baby pun akan kene tempias sama sebab diorang dok menyusu dengan mommies kan... apa yang boleh jadi penyebab kepada angin dalam badan ibu nie..

1. mandi air sejuk
2. minum and makan benda sejuk
3. makan tak ikut time
4. x bertungku
setahu aq kebanyakkannya berkaitan dengan sejuk la... 

so, berbeza dengan dania, untuk nur farah, aq tekad nak pantang betol2x.. kalau dania dulu, dia 2 minggu aq dah start minum air sejuk, makan jambu batu ect... tp, alhamdulillah.. dania jenis tahan lasak.. untuk nur farah nie lain pulak ceritanya... aq siap makan ubat angin lagi tp still kembung jugak perut dia.. dah la dia jenis berjaga malam.. start pkul 2 am tu dia akan bangun.. and bila dia rasa tak selesa.. dia meragam la.. so, aq la tension sebab aq bukan jenis suka kalau orang dok kacau tdo.. hobi tu.. hahaha... jadi, bila kena bangun pkul 2 sampai nak subuh.. x ke tension dibuatnya...?
tp, kesian jgk kat nur farah...

sensitif puteri aq yg sorang ni.. x leh sejuk, ummie x leh x jaga mkn.... alamatnya kalau x jg kembong la peyut dia.. and mcm biasa, mak tok lg risau drpd ummie.. huhu.. farah nie selalu kentut.. and kalau kentut mesti poo sekali.. tp, still kembung jgk..

so, usaha yg dah try buat..
1. letak minyak telon kat kawasan perut, tapak kaki and betis farah.. 
2. sendawakan farah after menyusu walaupun tngah  tdo..
3. urut kaki farah..
4. selimut dan tutup kepala
5. buat urutan kat perut farah..
6. demah perut farah dgn tgn or tungku

alhamdulillah.. step 2,3, 5 dgn 6 tu dpt kurangkan kembung kat perut dia...
so, harap malam nie dapat la ummie tdo dgn baik..