view my entries with this:

Wednesday, August 23, 2017

abg ben follow aq la...


assalamualaikum korang... 11.40pm.. harapnya sejarah hari ni x berulang kembali. harapnya hari esok akan smooth je la. aq doakan hari korang pun macam tu key.

hah.. hah.. rasa nak pengsan jap... boleh tak?


terkejut aq.. mula-mula x perasan pun. tp, nampak follower lain angka. sebenarnya angka follower tu dah lama tak berganjak pun.. hahahaha.. gelak besar depan lappy.. tetiba ternampak satu gambar ni.. 90 persen confirm dia... tp, confius sebab siapa la kita dalam dunia blog ni... letak cursor...

waaaa.........  betul la... abg ben... siapa abg ben? kalau korang nak tau, dia antar blogger yang terkenal and famous kat malaysia ni.. siap boleh buat group lagi untuk blogger lain.. best kan? and.... he is salah seorang pendorong untuk aku menulis blog. tulisan dia santai.. x sakit kepala nak baca and senang diterima oleh aku yg tak berapa nak genius ni...huhu.. actually, blog dia banyak pasal kehidupan harian je.. tp, ada juga tips yang berkesan untuk dicontohi dan diteladani...jom,sekodeng blog abg ben ni...sila klik.. di sini..ataupun, korang nampak tak carian log kat tepi tu.. BEN ASHAARI....

okay, tu je... last sekali... tq abg ben sudi jadi follower saya.. sambil buat muka comel....

salam alaik





Wednesday, August 16, 2017

makan sedap nilai


assalamualaikum korang.. selamat malam. harap korang have a gud time today. for me, hmmm... terlanjak tdo kau... macam mana boleh terlajak pun aq tak tau. penat sangat agaknya plus badget hari ni hari cuti ke apa.. adoiyai.. habis ke laut mood nak mengajar. nak skip, problem pulak sebab hari isnin baru crk emergency, x kan nak skip lagi hari ni. dalam kebingungan dok fikir.. hmmm... dah Allah tentukan lambat bangun, bagi tau je la pentadbir lambat sikit datang sekolah. nak buat macam mana kan... huhu..

apapun, ada benda aq nak share dengan korang hari ni. SHELL OUT.. pernah dengar kan? bagi aq benda ni dah habis viral ni... org x menangkap sangat dah shell out ni sebab masing2x dah try dah... tp. aq.. haha.. belom lagi. punyalah ketinggalan zaman. apapun, mencari-cari juga shell di nilai ni... tp, apakan daya, kitorang kalau teringin nak makan something yang lain dari yang lain mesti kedai tu tak bukak..

kami dah aim nak makan di kawasan cempaka. tp, tu la kata.. bila nak makan mesti tutup. then, gerak g salak, sepang sbb kat situ pun ada satu.. tutup jugak. biasa la kan.. bila kitorang nak, mesti la tak de.. namun begitu, gigih jugak nak makan.. gi la kat MMA corner nilai tu.. kat situ ada, tp hari tu time kitorang g d'laila dia tutup. tp, alhamduillah.. rezeki kitorang agaknya, bukak hari tu and org pun clear je.. 

untuk markah, aq bagi 5 bintang dari 5. sebab la.. disebabkan kami pergi dengan budak cenonet 2 orang tu, kena la mintak tolong masakkan x pedas. kang budak2x tu tak boleh makan pulak... untuk 2 orang makan RM35. aq agak, maybe mahal sikit harga tu tp, berbaloi la dengan kitorang makan.. untuk aq boleh share 3 orang. tp, statement en hubby, dia kata x cukup. dia kena makan sorang.. hahaha.. x tau la sebab lapar ke memang selera bosar..

apapun, memang sedap la.. bagi aq, syok lagi makan shell out dia daripada mee udang d'laila tu. hahahaha... apapun, korang boleh la try and kalau ada yg lagi sedap boleh la share kat sini ye. tq..


Friday, August 11, 2017

beli ladtop nilai


assalamualaikum korang.. sorry ea korang. sekarang susah sikit nak mengupdate blog. sebabnya lappy rosak and disebabkan budak comel 2 orang yang selalu nak menyebok bab2x it ni.. hahaha...

so, apapun hari ni aq nak share dengan korang tentang beli ladtop.. aq dok jenuh mencari kedai best untuk riki-riki ladtop.. payah jugak nak cari area nilai ni.. dok searching blogger2x pun x de.. tp, alhamdulillah dipermudahkan.. so, boleh la aq share antara tips nak beli lappy kat dalam ni.

so, macam biasa la bab2x macam ni korang kena rajin riki harga. kalau dekat nilai ni aq jumpa kedai kat cempaka. tp, yg tu pun kena order. so, x boleh nak beli on the spot. jadinya, perkara paling senang nak buat adalah tanya kenalan korang la.. macam aq ni memang x jengok tesco nilai ni. nasib baik ada kawan bgtau kat situ ada satu kedai lappy. alhamdulillah, dipermudahkan. dapat la ganti lappy yang lama tu..

selain tu, hari ni aq nak share tips macam mana aq beli lappy. oleh kerana aq ni jenis malas riki2x harga ni, aq beli je la apa yg aq mampu beli.

1. arrange or anggarkan badget yang korang ada untuk lappy yang korang nak beli. macam aq, anggaran dalam 2000 macam tu je.. kalau badjet korang besar. pilih je la mana yang korang nak. hahaha...

2. then, tengok spec yang korang nak guna. antara yang penting adalah, processer, storage and kegunaan. processer yg biasa org guna sekarang was i3. kat kedai aq g tu pun dia kata susah nak dapat dah i3 sebab permintaan banyak sangat. and untuk aq as guru ni, storage pun penting jugak. berapa banyak fail nak simpan untuk sekurang-kurangnya 3 years kan.. (tp kan korang, baru aq perasan, boleh je hidup tanpa lappy kalau korang ada supportive friend and pengurusan yang baik. tp, kalau ad sebijik lappy untuk diri sendiri memang lebih mudah la kan...) for i3 aq dapat harga 1700..

3. design. setengah-setengah orang memang ambik port pasal design and colour ni.

4. jangan pulak lupa tanya sama ada office ada tak, kalau x de, beli la siap2x. aq beli office permenant about 300++ macam tu. 

so, total dalam 2200.. beza 1000 dengan pembelian my first lappy on 2014. apapun, jadilah.. cikgu je pun. alhamdulillah la jugak dapat sebijik...

so, sape antara korang yang tau kedai lappy lain yang ada kat sini boleh la share2x dengan aq ye. sbb time aq nak cari lappy ni kat nilai punya la payah... hahaha... sekian...