view my entries with this:

Sunday, May 24, 2015

kesan hb rendah after bersalin



assalamualaikum korang..
kakak dania dah 11 bulan 22 hari..
adeq farah dah 8 hari.. 
semoga dua-dua jadi anak yang solehah...

jadinya, entry kali nie nak share dengan korang kalau hb rendah after bersalin apa akan jadi..
sepatutnya kalau ikut prosedur, before bersalin hb korang akan di check, tp time aq arie tu maybe nurse terlepas pandang. so, after deliver baru doktor sedar yang darah aq nie tak cukup. 7.5 sahaja. so, doktor decide supaya daku diberikan blood transfusion.. betul ke x ejanya.. kene tambah darah. 2 kampit lagi. yang tak bestnya sebab prosedur nie memerlukan aq untuk menetap di wad selama 3 hari. hari jumaat deliver, hari jumaat jugak masuk darah kampit pertama, hari sabtu masuk darah kali kedua, dan hari ahad baru dapat result.

so, oleh kerana jangka waktu antara masuk darah kali pertama dan kedua tu selang sehari.. tempat masuk darah tu dah start bengkak time hari sabtu tu. adoi, sakit rasa.. tp, biarkan je la.. daripada kita pegang baby lepas tu pitam kan..

perpindahan darah nie ada risikonya. sebabnya kita tak tau siapa penderama. walaupun darah tu dah disaring banyak kali. dah dipastikan tak de kuman atau apa-apapun, tp risikonya tetap ada. 2 benda je yang kene risau pasal pindah darah nie. yang pertama, mungkin anda akan dijangkiti virus HIV kalau proses saringan yang dibuat tak dapat detect kuman tu ada dalam darah. and yang kedua, darah korang mungkin tak competent dengan darah penderma yang akan menyebabkan korang allergy. kesannya, mungkin timbul tanda merah, gatal-gatal atau korang akan rasa berdebar-debar, rasa nak pitam dan demam.

so, kalau ada tanda-tanda nie, cepat-cepat bgtau doktor. alhamdulillah. pengalaman aq hari tu tanda la sampai allergy.. so, dipermudahkan.. bacaan akhir hb naik 10.7. so, boleh balik. yeay..


tak sangka orang yang tak suka hospital macam aq nie kena tahan dekat wad lama-lama.. haha.. actually before masukkan darah kampit kedua nie, tangan aq dah sakit dah sebab dah start bengkak. nurse tanya tp aq tipu sebab kalau sakit, doktor akan buat tebukan baru kat sebelah tangan lagi satu. tak kuasa la aq nak layan. so layankan sakit nie je... huhu...

semoga pengalaman aq dapat bagi korang sedikit info..
sekian..


taNda berSalIn turUn daRah.. part II



bismillahirrahmanirrahim..
hai korang.. selamat bercuti pada hari sabtu nie.. bagi yang bekerja, redhalah dan happy je okay. bekerja kerana Allah.. dapat pahala tau...

so, aq nak sambung story sebelum nie...
dalam pkul 1 lebih nak masuk pkul 2 aq gi la ke labour room.. after tukar baju bersalin pink yang kiut miut tu.. so, menunggu masa.. sementara tunggu doktor datang periksa, nurse bagi epidurel, ubat tahan sakit tu. kalau time nia dulu, doktor tanya dulu nak ke tak and kite boleh decide sama nak atau tak. tp kali nie nurse terus bagi je.. sambil menunggu tu, aq call my hubby.. saje hilangkan keboringan.. tp, ada satu perkara pelik berlaku. nurse kat luar ketawa-ketawa and nyorok-nyorokkan muka dari aq. aq blur tp, macam dapat agak benda tu mesti ada kaitan dengan hubby. dah transfer ke persint 8.. tekaan aq betul. diorang ingat my hubby tu adeq aq.. cis, tercabar rasa diri ini.. tp, layan je la... sebab tu aq post menda nie...



tertekan.. hahaha.. apepun, time nak deliver tu tak tau lagi citer tu.. after that baru tau. so, aq pun dalam tertanya-tanya tu biarkan je la masa berlalu. yang tak bestnya kali nie, nurse kata hubby tak boleh masuk. alamak.. time nia dulu dia la kekuatannya.. tp, ajaib, tetiba my hubby masuk.. yeay.. gumbiranya hati tak terkata.. so, ambik masa tu dok sembang dengan hubby.. sambil layan sakit contractio yg makin kerap..

x berapa lama lepas tu, doktor masuk untuk pecahkan air ketuban.. tp, doktor lelaki.. malunya rasa... tp, rasa sakit tu membuang rasa malu tu jauh di sudut hati.. aq pk nak cepat sudahkan peperangan nie je... 

tp, nak katanya.. sakit kali nie memang lebih lagi daripada masa beranakkan dania dulu. hadoi.. lepas pecah air ketuban tu lagi la. hubby masuk je terus menangis kat hubby.. hubby la dok pujuk.. huhu.. tp, memang sakit. sampai satu tahap aq teran je. time nie aq dah tak peduli orang lain dah. walaupun ada gas yang buat kita rasa kebas tu.. walaupun qu sedut banyak-banyak gas tu still x leh tahan. my hubby pun call nurse sebab aq dah start teran. bila cek bukaan rupanya baru 5cm.. nak tunggu berapa lama lagi.. doktor kata: "eh, awak jangan teran lagi tau, nanti luka besar". then, nurse keluar balik. diorang suruh rapatkan kaki. lepas diorang keluar, aq dalam keadaan rapat kaki tu aq teran. automatik.. sebab sakit tu. 2,3 kali jugak la sampai terkeluar la poops.. uwaaa.. malu.. tp, memang sebelum tu aq sakit perut, berak cirit pun. huhu..

sambung lagi. after 10 minit or lagi cepat dari tu.. doktor masuk sebab aq keep teran kan. tengok-tengok dah nampak kepala baby. so, operasi pun bermula...

alhamdulillah. selesai. perang berakhir pada 0304 pagi hari jumaat bersamaan 15hb 5 tahun 2015. pandai adeq nia pilih tarikh.. kiki.. kalau nak tanya pengalaman jahit tu, ada orang kata jahit tu tak sakit pun, sebab dah bagi ubat kebas. bagi aq, sakit nak beranak lagi sakit, tp jahit tu pun sakit jugak. time dania and kali ni sama je. aq ambik gas tu.. hahahaha.. tp, yang bestnya jahit kali ni tak senget2x macam time dania dulu.. so, memang rasa steady je la.. sedap je rasa sebab tak rasa sakit sangat kat bahagian jahit tu.

lama jugak dok labour room tu.. sambil pegang baby, sambil menginsafi diri. astaghfirullah. aq dok terpk kalau ini la sakit di dunia nie. macam mana la kat akhirat nanti. sakit yang macam nie je pun dah tak tertanggung dah rasa..

my hubby pun dah layu dah. ye la.. dari pagi bekerja tak berhenti. kan kitorang duk gotong-royong kemas bilik. pasang meja. lepas tu dia kene tunggu pulak bini dia. si kecik pulak nak kene ampu je. akhir kata kening hubby pun dah terangkat sebab nak tahan mata dari terlelap. so, aq dengan baik hatinya bagi pilihan kat suami. suruh dia balik dulu rehat and datang esok. tak lama lepas tu jugak aq kena tukar ke labour room lain. ganti bilik yang tak de kekosongan tu. redha je la. nasib baik ada bilik, orang lain dok kat corner je. kesian diorang.

so, kesimpulannya.. beranak dengan tanda turun darah lagi sakit daripada sakit contraction. sape yang dah keluar tanda nie, harap tabahkan hati. jangan rasa takut sangat. rilekz je tau. kalau korang takut, lagi sakit nanti sebab mind set kita dah set sakit..sakit... dan sakit. rilekz je okay. berserah diri banyak-banyak kepada Allah..

at last but not least.. aq nak perkenalkan kat korang.. 
Nur Farah Ibtisam binti Mohd Firdaus


doakan farah jadi anak yang solehah ea...
salam alaik wa barakallahu fik




Friday, May 22, 2015

tanDa bersAliN tUruN dAraH... part i



bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum korang...
hari nie nak share pasal tanda bersalin turun darah...

alhamdulillah.. penantian berakhir. tanggal 15hb 5 2015M lahirlah puteri kedua kami. tp, pengalaman bersalin kali nie berbeza dengan bersalinkan dania dulu. masa tume dania dulu just sakit contraction yang mana tu pun aq tak tau tanda nak bersalin. mak mertua yang suruh pegi spital cepat-cepat. tengok-tengok jalan dah bukak 2cm.

kali ni, keadaan berbeza sikit. tanggal 14hb 5 2015M tu aq sempat lagi dok buat projek dengan hubby.. bukan projek gitu-gitu tau, projek kemas bilik la.. saje nak decorate and kemaskan bilik yang dah lama gile tak kemasnya... malangnya oleh kerana keadaan tengah sarat and memang mengandung kali ni cepat sangat rasa marah datang, projek kemas bilik tak  berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan... cepat je aq terasa dengan suami. sambil mengemas tu hambar jugak la suasana.

tp, rupa-rupanya tak de mood tu tanda awal yang aq bakal pergi berperang buat kali kedua. lepas dah kemas sikit bilik yang dah bersepah tu, aq pun pergi la membersihkan diri. tp, aq perasan ada tompok merah kat panties. aq tunjuk kat suami and tanya nak buat macam mana? my hubby lagi la tak de pengalaman kan... hahahaha.. dia pun blur, nak kene pegi spital ke, nak biar ke. aq nak pegi spital tapi tak terasa sakit pon. so, aq bagitau kat hubby, tunggu dulu la. kalau ada darah turun lagi baru pegi. malangnya, darah tak turun-turun pun. huhu~

so, petang tu siap tolong hubby pasang meja komputer dulu. gebang-gebang makan mee mamak dulu. tp aq ada jugak riki dalam google tentang pengalaman ibu bersalin dengan tanda turun darah ni. ada antara diorang lepas 3 hari pun tak beranak-ranak lagi.. so, statement tu yang membuatkan aq relax je. takut nanti kalau tak bukak jalan, doktor suruh balik dulu.. arghh... menyusahkan diri pulak kan? sampai la pukul 11 malam, mak mertua aq tanya : ada sakit x? kerap ?
jawabnya : sakit. tp tak kerap. dania dah ada kat tangan mak tok dah... last2x mak suruh siap-siap pegi hospital sebab mak kata anak nombor dua ni lain daripada anak pertama.

so, lepas mandi-mandi dan siap2x aq and hubby pun gerak pegi hospital putrajaya. niat nak beranak kat hospital putrajaya low risk memang awal2x dah tolak sebab hb sangat la rendah. 7 aje... sesampai kitorang kat hospital nurse bgtau : katil penuh. kitorang boleh cek je. lepas tu awak kene transfer pegi HKL atau hospital Kajang. aq anggukkan aje. cek pun cek la. sebab aq badjet x bukak jalan lagi kot sebab x berapa sakit sangat. walaupun time on the way tu contraction dah makin kuat. tp tak sakit sangat macam time dania dulu. kalau dulu memang tak boleh tdo la... huhu..

after that, prosedur checking and checup pun dijalankan. tu pun kene tunggu sebab katil penuh. during cek jantung baby and kekerapan contraction tu, baby boleh pulak tdo' ... so, contraction memang tak gerak sangat la kan sebab baby tak try hard nak keluar. tp, bila cek bukaan, rupa-rupanya dah 4cm. nurse pun dok cucuk-cucuk my tummy suruh baby bangun.. at last baby bangun siap memberontak lagi.. sampai bergoyang la ummie dia dibuatnya. huhu..

alhamdulillah.. Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. oleh kerana bukaan dah 4cm, aq tak jadi dihantar ke hospital lain, diorang terus masukkan aq dalam labour room. although katil penuh, nasib baik labour room kosong. so, boleh la kalau nak beranak kat situ.. heh..heh..



12 pagi. dapat lagi 1 tag nie. yang dulu pun still simpan lagi.. kiki...



Monday, May 11, 2015

cucuk tambah hb part 2



assalamualaikum korang...
teka aq tengah buat ape?
jeng..jeng..jeng.. tgah tunggu hubby habis solat... lepas tu nak makan sama-sama..
sweet kan... ahahahaha.. poyo je...
sementara tunggu tu nak update sikit...
hari tu aq dah citer pasal kene cucuk tambah hb kan....
so, masa blogwalking, ramai ibu2x yang kata cucuk nya sakit...
aq punya la berdebar nak terima cucuk tu...
tp, alhamdulillah...
actually, masa cucuk tu tak sakit pun...
after cucuk tu baru rasa sakitnya....
ye..ye.. je ibu mengandung di luar sana...
buat aq debaq tak sudah ja...
haish... 
alamak, hubby dah habis solat dah... makan dulu naa...


________________________________________________________________________________


sambung cerita semula... dah malam baru dapat pegang lappy balik...
padahal entry atas tu buat time solat zuhur....
huhu..
ahaaa.. pasal cucuk iron tu...
so, aq ulang balik.. nama ubat iron tu dextron... tp, time cucuk tu, doctor ngan nurse tulis inferon jugak..


ni le ironnya...
.
tak tau la dua-dua nie benda yang sama atau x...
apapun.. after cucuk baru rasa sakitnya...
macam kene cubit 360 darjah... yang x bestnya sebab nak jalan tak syok, nak duduk pun tak syok...
tp, ikut sape yang cucuk jugak kot...
sebab masa first time cucuk hari tu... 2 kali tau.. yang first tu utk try takut badan aq allergic dengan iron nie... so, nurse yang first tu cucuk setengah dos je... tak sakit nak habaq mai... tp, nurse yang second tu sakit pulak... cucuk bukan tempat yang sama pun... tp, esoknya, memang dua-dua tempat cucuk tu sakit...
so, selang sehari lepas tu aq gi klinik swasta sebab hari ahad klinik kerajaan tak bukak.. nak pegi satu malaysia jauh pulak.. so, pegi je kat swasta... khidmat cucuk sahaja 10 hinggit.. x de la mahal sangat kan.. kire mampu la....
doctor yang cucuk.. tak sakit... and esoknya, pun x sakit pun.. bila tekan part yang kene cucuk tu je sakit.. itu pun x de la sakit sangat... ibu-ibu hamil yang kata sakit tu tak tau la nak kata diorang tipu ke ape ke...
maybe isi kat tempat aq kene cucuk tu banyak kot tu yang tak sakit sangat tu.. kui..kui...
alhamdulillah.. tp, before cucuk tu memang perkara pertama aq doa kepada Allah semoga dipermudahkan and jangan rasakan sangat perihal sakit itu dalam diri...
tambah dengan redha... alhamudillah.. tak de la sakit sangat pun...

so, masuk minggu nie dah 39 minggu dah.. minggu depan masuk 40 minggu...
x larat dah rasa nak mengangkut baby nie... mungkin jugak sebab hb rendah tu yang penat dan rasa tak bermaya sangat... 
tp, lepas cucuk tu, alhamdulillah.. rasa bertenaga sikit... muka pun x de la kuning sangat...
alhamdulillah...
tp, still sakit2x pinggang... yang tu mungkin perkara biasa yang perlu ditanggung oleh setiap ibu mengandung...
terima kasih jugak aq ucapkan kat encik suami sebab rajin buat kerja yang sepatutnya isteri buat...
dia la yang basuh baju, sidai baju, masak kalau dia rajin, jaga dania, si cenonet pipi tombam tu...
hihi... syukran en firdaus...
so, akhir kata... kepada ibu-ibu yang hb rendah kat luar sana, sape yang kene cucuk iron tu.. jangan la gerun sangat key....
okay je sebenarnya... tak seburuk yg nurse cerita...
and sape yang tak kene cucuk,,, rajin2x la makan supplement...
serious bila hb rendah, rasa letih sangat.. nak buat semua benda tak best... sebab bila bekerja je rasa penat...
kepada yang sihat, bersyukurlah kepada Allah kerana diberi kesihatan yang baik..

so, akhir kata....

Thursday, May 7, 2015

cUcUk naiKkan hb..



assalamualaikum korang...
berdebor je rasanya nie...
baru lepas jumpa doctor untuk check mingguan baby...
result ambik darah 2 minggu lepas dah keluar dah...
meh nak citer, hb 7.1 jer...
peh...

natijahnya, aq diwajibkan untuk cucuk untuk naikkan hb... tp kali nie tak seperti apa yang aq baca kat blog ibu-ibu hamil...
kebanyakannya kata cucuk inferon... tp yg aq dapat nie lain pulak..
nama dia im dextran.. entah ape bendanya ni... aq pun tak tau....
and kesan cucuk pun tak tau macam mana...
kalau inferon memang majoriti mommies kata sakit... sampai dan beranak pun terkesan lagi kesakitannya... tp, cucuk kali nie tak tau la macam mana...

apepun, hati sangat la berdebar sebab baca blog semua kata sakit...
uwwaaa... nak nangis rasa....
tak nak..tak nak..tak nak... 
macam mana nak lari pun aq tak tau... huhu...
macam mana nie.....

semoga dipermudahkan segalanya esok...
huhu...


Tuesday, May 5, 2015

tragedi lebuh raya DUKE



assalamualaikum korang...
viral for this week was : 3 beranak yang meninggal dunia disebabkan pemandu myvi..
sepasang suami isteri and their daughter yang berusia baru 7 bulan...
so.. as a mom memang sedih la lagi-lagi tengok baby diorang comel gila...
ya Allah.. syurga tempatmu sayang...

and aq dikejutkan juga.. rupa-rupanya the wife adalah my junior...
sama-sama menjalankan tugas seorang pengawas di SMK Seri Perak, Teluk Intan..
tp, aq cuba nak imbas-imbas balik.. tp gambaran muka dia tak terpapar dalam minda aq...
makna kata aq tak rapat dengan dia..
tp, kalau tak rapat pun mesti kenal or pernah bertegur sapa.. bukannya ramai sangat pun pengawas sekolah time tu...
nak tak nak, kene tunggu balik kampung la cari balik gambar pengawas...
apepun, memang comel junior tu... but still tak boleh nak ingat.. huhu...

so, berbalik kepada cerita... marilah sama-sama kita mendoakan supaya roh mereka bertiga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...
dan tidak lupa juga untuk mendoakan supaya dua lagi anak mereka mendapat kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat...

hmmm.. ramai jugak yang menghentam pemandu myvi sekarang nie...
sampai ada pemilik myvi yang malu nak keluar dengan myvi disebabkan kata-kata kesat daripada masyarakat... 
kita kene ingat yang bersalah bukan all the myvi's owner tetapi pemandu yang memandu laju di jalan raya...
so, tak perlu nak blame semua pemandu myvi...
sampai kene himpit bagai...
my kakak ipar pemandu myvi, my hubby pun salah seorang owner myvi...
okay je diorang drive..

tp, kalau baca cerita-cerita yang ditulis oleh blogger memang sedih la insiden tu...
ada saksi yang nampak sendiri beby tu terpelanting keluar...
ada yang tengok sendiri baby tu: menurut kakak tu, baby tu memang nampak macam tak de harapan... x bergerak pun.. just mata dia je memandang sayu muka kakak tu...
and my junior pulak berkemungkinan besar mengalami pendarahan dalaman sebab although dia nampak dalam keadaan sedar, tp darah tak putus keluar daripada mulut dan hidung dia...
ya Allah.. terbayang kalau aq di tempat dia...
macam-macam yg aq pk.. nasib anak yang tinggal dengan nenek diorang...
apa yang jadi dengan baby...
ya Allah... sedih, menitis air mata tengok anak sulung dia menangis rindukan kedua ibubapa...
kita yang dah tua nie pun kalau teringat mak ngan bapak kat kampung, boleh jatuh air mata...nie kan pulak anak sekecil tu...
bersabarlah sayang.. semoga kamu berdua diberi kekuatan dan menjadi orang yang tabah dalam menempuh kehidupan kelak...


p/s: sedekahkanlah al-fatihah buat junior aq, her husband and her daughter ea...


Monday, May 4, 2015

bila perlu bawa anak ke hospital...



assalamualaikum korang...
happy monday kepada all of u...
hari ni cuti lagi kan sebab semalam wesak day..
so, oleh kerana jatuh hari ahad, hari isnin la ganti cutinya...
oh! hari ni aq nak cerita pasal bila masa kita nak kene bawa anak kita ke klinik...
macam aq nie jenis sondol je and malas nak bersusah payah.. 
huhuhu... tak sesuai betul jadi parent....
apepun, daripada pengalaman... kalau korang rasa badan anak korang tu panas semacam je...
baiklah korang bawak ke klinik...
ataupun sekiranya badan anak korang tak panas pun tp batuk or selesema sampai diorang susah nak tdo dan meragam.. bawak la jumpa doktor...
x salah kalau nak guna rawatan tradisional, tp sekurang-kurangnya ambik advise daripada doktor....
perihal demam nie takut anak kene sawan and then tak sempat buat apa2x... gone... masa tu menyesal pun dah tak berguna dah...

so, dalam kes dania... dalam masa 11  bulan nie.. dah 5 kali dia demam and setiap kali tu jugak bawak checkup kat doktor...
alhamdulillah... sekarang kalau baby demam pun, x de la mahal sangat nak kene bayar...
aq rasa, klinik pakar kanak-kanak kat nilai tu je yang mahal sikit...
arie tu kene 80 hinggit..
klinik biasa just 20 - 30 hinggit je untuk ubat demam...
kalau x mampu, pegi la klinik kerajaan...

so, nak kongsi tu je...
bye...


Sunday, May 3, 2015

bagus ke Grolier?



assalamualaikum korang...
hye... eppy sunday semua...
dah hari ahad.. bersamaan 3 mei 2015..
makanya berakhir lah pesta buku kat PWTC...

korang dah sampai ke belum?
alhamdulillah aq diberi kesempatan untuk pegi pesta buku kali nie....
peminat novel memang rugi la tak datang..
sebab ape?
korang boleh dapat sign daripada penulis kegemaran korang...
and yang penting... dapat pulun novel bertimbun-timbun banyaknya...
ye la... kalau 1 novel harga 10 hinggit, tak ke rambang mata korang...
nasib baik aq bukan peminat tegar novel...
niat hati nak pegi sana saje je nak tengok-tengok + jalan2x cuci mata...
banyak jugak benda menarik kat pesta buku PWTC tu...

so, hari sabtu baru nie gerak gi sana after gi makan kenduri kawan kepada mak ngan ayah...
perjalanan diiringi dengan hujan...
dah la tak bawak payung...
so, si kecik tu pun meredah hujan.... abie dia dah risau takut demam sebab nanti mak tok ngan tok wan dia bising..
huhu...
tp, alang-alang dah sampai, kitorang redah jugak....

so, jalan2x je.. sambil2x tu tercari2x jugak buku untuk dania...
so, apa yang berlaku...
kami di panggil ke satu station...
that was noddy ape ntah... tp, cara pembelajaran based on cartoon noddy...
macam best.. tp, first statement yg dia bagi kat aq..
aq dah start reject dah...
statement dia yang aq tak berapa gemar adalah...
first2x sekali dia dah kata pembelajaran sendiri.. without parent pun x pe....
haa.. nie daripada awal dah salah... apa2x pembelajaran pun kita kene ada guide.... mana boleh biarkan anak-anak kita belajar sendiri... 
apa yang diorang terima, mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang salah kan...
so, nak tak nak, parent kene jugak guide anak.. atau pun minta somebody tolong guide anak...
and then, dia tunjukkan article yang bgtau since bertahun-tahun yang lalu.. result dalam negara masih sama... lebih kurang 10 000 kanak-kanak yang masih tidak tahu membaca walaupun dah sampai tahun 6... dia tambah lagi... kalau kite nak, kite boleh bagi kat anak-anak...
so, dia bagi statement macam tu sebab dia tak pernah mengalami situasi di sekolah...
me as teacher sendiri nampak... semua parent nakkan yang terbaik untuk anak-anak dia...
tp, apakan daya.. ada antara anak diorang yang iq rendah, mungkin faktor pemakanan... 
ada yang tak ada masa untuk anak-anak... ye la.. sekarang nie taraf hidup semakin tinggi... mak ayah bekerja.. anak-anak tak terurus.. kalau terurus pun parent bagi 100 peratus tanggungjawab kepada guru untuk bimbing anak mereka...
secara jujurnya aq bagi tau, pembelajaran di sekolah tak cukup untuk bimbing anak-anak tersebut... tambahan lagi sekarang fungsi guru bukan lagi mendidik tetapi mengajar sahaja...
ye lah, kalau anak buat salah, tak boleh rotan, tak boleh denda sampai anak-anak tersebut malu dan tak rasa kesalahan yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan...
walaupun hanya mengajar sekolah rendah, mereka dah pandai pijak kepala guru...
hmmm.. dunia pendidikan sekarang perlu dikaji semula...
so, aq pun melarikan diri daripada cara pembelajaran noddy nie di sebabkan tukang runding dia tak bagus....

dan kemudian, aq dipanggil pulak untuk uji IQ dania...
aq tanya semula.. uji IQ dania? boleh ke coz dania still 11 month.. tak tau nak cakap or kenal apa-apa lagi... so, nak uji macam mana...
dia kata boleh...
so, aq layan je la...
nie la station Grolier....
rupanya tak de uji iq dania pun....
dania although org tak uji IQ pun nampak bijak...
kakakakakakaka.. puji anak sendiri...
tp ramai orang cakap macam tu...
alhamdulillah.. syukur kepada Allah...

so, at last aq amik gak pakej dia although harga 2000++...
sebab apa, barang yang dia jual memang menarik..
korang pernah tengok or dengar kan pasal pen yg boleh cakap2x tu...
and buku yang dia bagi pun nampak menarik....
layanan dia kat dania pun nampak best...
dia bagi je dania buat apa, hatta sampai tercarik2x buku diorang pun diorang steady je...
so, aq tau dioramg faham dengan kanak-kanak yg dalam proses nak tau.. so, biarkan dia buat...
it's a gud impression sebenarnya....
actually berbelah bahagi jugak nie sebab mahal kan 2000++..
komitmen lain pun x terbayar.. nak tambah lagi sebulan 100 dengan Grolier nie...
hubby perasan jugak aq dok pening sebab nak membayar nya aq...
lagi satu all the books ada dalam bahasa inggeris sahaja....
macam x berbaloi pulak rasa...
so, dalam kerunsingan tu aq riki2x la kat mr google...
and kebanyakan mothers kata berbaloi...
so, aq redha... harap2x pakej Grolier ni dapat membantu perkembangan otak dania dan baby...
and satu rahsia yang tukang bicara Grolier nie bgtau kat aq...
baby dalam sleep pun boleh belajar...
so, korang as mom boleh bacakan buku cerita although diorang tengah tdo....

apepun, pakej Grolier tak sampai lagi kat rumah...
nanti kalau dah sampai aq update kat korang apa yang kitorang dapat with 2000++ tu yerp...

till the next entry...
salam alaik...