tanDa bersAliN tUruN dAraH... part i



bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum korang...
hari nie nak share pasal tanda bersalin turun darah...

alhamdulillah.. penantian berakhir. tanggal 15hb 5 2015M lahirlah puteri kedua kami. tp, pengalaman bersalin kali nie berbeza dengan bersalinkan dania dulu. masa tume dania dulu just sakit contraction yang mana tu pun aq tak tau tanda nak bersalin. mak mertua yang suruh pegi spital cepat-cepat. tengok-tengok jalan dah bukak 2cm.

kali ni, keadaan berbeza sikit. tanggal 14hb 5 2015M tu aq sempat lagi dok buat projek dengan hubby.. bukan projek gitu-gitu tau, projek kemas bilik la.. saje nak decorate and kemaskan bilik yang dah lama gile tak kemasnya... malangnya oleh kerana keadaan tengah sarat and memang mengandung kali ni cepat sangat rasa marah datang, projek kemas bilik tak  berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan... cepat je aq terasa dengan suami. sambil mengemas tu hambar jugak la suasana.

tp, rupa-rupanya tak de mood tu tanda awal yang aq bakal pergi berperang buat kali kedua. lepas dah kemas sikit bilik yang dah bersepah tu, aq pun pergi la membersihkan diri. tp, aq perasan ada tompok merah kat panties. aq tunjuk kat suami and tanya nak buat macam mana? my hubby lagi la tak de pengalaman kan... hahahaha.. dia pun blur, nak kene pegi spital ke, nak biar ke. aq nak pegi spital tapi tak terasa sakit pon. so, aq bagitau kat hubby, tunggu dulu la. kalau ada darah turun lagi baru pegi. malangnya, darah tak turun-turun pun. huhu~

so, petang tu siap tolong hubby pasang meja komputer dulu. gebang-gebang makan mee mamak dulu. tp aq ada jugak riki dalam google tentang pengalaman ibu bersalin dengan tanda turun darah ni. ada antara diorang lepas 3 hari pun tak beranak-ranak lagi.. so, statement tu yang membuatkan aq relax je. takut nanti kalau tak bukak jalan, doktor suruh balik dulu.. arghh... menyusahkan diri pulak kan? sampai la pukul 11 malam, mak mertua aq tanya : ada sakit x? kerap ?
jawabnya : sakit. tp tak kerap. dania dah ada kat tangan mak tok dah... last2x mak suruh siap-siap pegi hospital sebab mak kata anak nombor dua ni lain daripada anak pertama.

so, lepas mandi-mandi dan siap2x aq and hubby pun gerak pegi hospital putrajaya. niat nak beranak kat hospital putrajaya low risk memang awal2x dah tolak sebab hb sangat la rendah. 7 aje... sesampai kitorang kat hospital nurse bgtau : katil penuh. kitorang boleh cek je. lepas tu awak kene transfer pegi HKL atau hospital Kajang. aq anggukkan aje. cek pun cek la. sebab aq badjet x bukak jalan lagi kot sebab x berapa sakit sangat. walaupun time on the way tu contraction dah makin kuat. tp tak sakit sangat macam time dania dulu. kalau dulu memang tak boleh tdo la... huhu..

after that, prosedur checking and checup pun dijalankan. tu pun kene tunggu sebab katil penuh. during cek jantung baby and kekerapan contraction tu, baby boleh pulak tdo' ... so, contraction memang tak gerak sangat la kan sebab baby tak try hard nak keluar. tp, bila cek bukaan, rupa-rupanya dah 4cm. nurse pun dok cucuk-cucuk my tummy suruh baby bangun.. at last baby bangun siap memberontak lagi.. sampai bergoyang la ummie dia dibuatnya. huhu..

alhamdulillah.. Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. oleh kerana bukaan dah 4cm, aq tak jadi dihantar ke hospital lain, diorang terus masukkan aq dalam labour room. although katil penuh, nasib baik labour room kosong. so, boleh la kalau nak beranak kat situ.. heh..heh..



12 pagi. dapat lagi 1 tag nie. yang dulu pun still simpan lagi.. kiki...



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI