teks graduasi tahun 6


assalamualaikum korang...
alhamdulillah.. selesai majlis graduasi tahun sesi 2017. kali ni, keja aq jadi mc... so, nak share teks pengacara majlis yg aq buat... kot2x korang nak ambik idea.. nak cedok bulat2x pun silakan.. tp, ramai lagi yang otai dan master dalam bab emcee ni kan... banyak lagi nak kena belajar.. semoga bermanfaat untuk korang...

ACARA
TEKS PENGACARA
CATATAN
Peringatan
Para hadirin sekalian, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sukacita sekiranya hadirin mengambil tempat masing-masing.
nadia

Para hadirin yang dihormati,
Bagi memastikan kelancaran majlis pada pagi ini, majlis ingin mengingatkan bahawa hadirin mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada mode senyap.

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.
hilmi
Perarakan masuk pentadbir
Mengumumkan perarakan masuk YANG BERBAHAGIA, TUAN GURU BESAR SK BATANG BENAR, EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN, GURU-GURU PENOLONG KANAN, diiringi penyelaras majlis graduasi Tahun 6 2017 serta guru-guru SK Batang Benar.

Para hadirin dengan hormatnya di mohon berdiri.
nadia
Nyanyian lagu negaraku
Nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin dijemput duduk
hilmi
Kata-kata aluan pengacara majlis
Yang berbahagia,
EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN, GURU BESAR SK BATANG BENAR

Yang dihormati,
PN. HJH MISRAJAH BINTI OSMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BATANG BENAR

EN HANAFI BIN MAMAT
GPK KO-KURIKULUM SK BATANG BENAR

Penyelaras majlis graduasi tahun 6 2017, guru-guru tahun 6, murid-murid tahun 6 yang diraikan, serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

nadia

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran YANG BERBAHAGIA GURU BESAR, EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN kerana sudi Bersama-sama memeriahkan upacara majlis graduasi tahun 6 sesi 2017.

Sungguh manis si buah lokan,
Di beli dari pulau Mutiara,
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat Bersama-sama pada petang ini bagi meraikan anak-anak tahun 6 sesi 2017 yang akan mengakhiri zaman sekolah rendah mereka tidak lama lagi.

hilmi
Doa
Sayang kumbang di tasik keramat,
Terbang seiring di tepi kali,
Doa dibaca mohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,
Bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini, majlis ingin menjemput al-fadhil Ustaz HJ SHEIKH ABDUL MUNIR BIN HJ SHEIKH AB HALIM bagi mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin…amin… ya rabb al-alamin…
Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.
nadia
Ucapan penyelaras majlis graduasi
Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan PN. NORZALISA BT BIDI, PENYELARAS MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SESI 2017 untuk menyampaikan kata-kata aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Pn. Norzalisa di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
hilmi
Pengisytiharan pembukaan
Emas tempawan buat mu puteri,
Busana indah buat kekasih,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Berilah kata simpulan kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, majlis mempersilakan EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN, GURU BESAR SK BATANG BENAR, untuk memberikan ucapan, seterusnya mengistiharkan pembukaan majlis graduasi tahun 6 sesi 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar sk batang benar di atas pengisytiharan pembukaan sebentar tadi.
nadia
Majlis graduasi berlangsung
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis seterusnya adalah penyempurnaan graduasi kepada murid-murid tahun 6 SK Batang Benar bagi sesi 2017. Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 155 murid tahun 6 yang akan menamatkan sesi persekolahanpada tahun 2017 di SK Batang Benar dan menerima sijil graduasi pada hari ini.
hilmi

Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan sekali lagi EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN, GURU BESAR SK BATANG BENAR dengan diiringi PN HJH MISRAJAH BINTI OSMAN, GPK HAL EHWAL MURID SK BATANG BENAR untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.
nadia
Penyampaian sijil untuk para graduan
Majlis menjemput guru kelas 6 cerdas
PN WAN AMINAH BINTI WAN HUSSAIN
Untuk memohon izin penganugerahan sijil graduasi kepada murid kelas 6 Cerdas.

Murid 6 Cerdas mohon berdiri.

Mengumumkan para graduan dari kelas 6 Cerdas

Rujuk lampiran



hilmi

Majlis menjemput guru kelas 6 Pintar
PN ROZIYAH BINTI YAACOB
Untuk memohon izin penganugerahan sijil graduasi kepada murid kelas 6 Pintar.

Murid 6 Pintar mohon berdiri

Mengumumkan para graduan dari kelas 6 Pintar

Rujuk lampiran

nadia

Majlis menjemput guru kelas 6 Unggul
PN NOOR AZLIANA BINTI ABDUL THALIB
Untuk memohon izin penganugerahan sijil graduasi kepada murid kelas 6 Unggul.

Murid 6 Unggul mohon berdiri

Mengumumkan para graduan dari kelas 6 Unggul
hilmi

Majlis menjemput guru kelas 6 Kreatif
PN UMMI KALTHUM BIN BURAN
Untuk memohon izin penganugerahan sijil graduasi kepada murid kelas 6 Kreatif

Murid 6 Kreatif mohon berdiri

Mengumumkan para graduan dari kelas 6 Kreatif

nadia

Majlis menjemput guru kelas 6 Wawasan
PN SITI ZALEHA BINTI MOHIDDIN
Untuk memohon izin penganugerahan sijil graduasi kepada murid kelas 6 Wawasan

Murid 6 Wawasan mohon berdiri

Mengumumkan para graduan dari kelas 6 wawasan
hilmi

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar di atas penyampaian sijil sebentar tadi.
hilmi
Kata-kata take 5
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kemenjadian murid kini bukan hanya di ambil kira dari sebaris A di slip peperiksaan sahaja. Tetapi juga di ambil kira daripada pelbagai aspek. Antaranya dari segi sahsiah, disiplin, kemahiran berkomunikasi, keyakinan dalam menyampaikan idea dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, pihak sekolah terutamanya barisan pentadbir dan guru-guru tahun 6 sedaya upaya menanamkan kemahiran -kemahiran ini melalui program-program dan aktiviti-aktiviti selepas UPSR. Antaranya ialah perlawan bola sepak, perlawanan bola jaring, memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan, rombongan, kursus pengurusan jenazah, lambaian kaabah dan lain-lain lagi dengan harapan murid-murid yang keluar dari SK Batang Benar mampu membawa diri mereka dengan baik walaupun telah melangkah ke dunia baru.

nadia

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada ibubapa dan penjaga murid-murid tahun 6 di atas sumbangan yang diberikan melalui program coffee break dan lunch pada minggu peperiksaan UPSR, serta progam keusahawanan tahun 6 sesi 2017 yang berlangsung dengan jayanya. Sila berikan tepukan..

 tahniah dan terima kasih diucapkan.
hilmi
Pengistiharan penangguhan majlis
Hadirin sekalian,

Kini, majlis mempersilakan TUAN GURU BESAR, EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN untuk mengisytiharkan penangguhan majlis graduasi tahun 6 sesi 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

nadia
Penyampaian cenderahati kepada guru tahun 6 oleh ibu bapa dan penjaga
Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak-anak tahun 6, majlis sekali lagi menjemput TUAN GURU BESAR, EN SHAHRIN BIN KAMARUDIN diiringi wakil ibu bapa kepada murid-murid tahun 6 SK Batang Benar bagi menyampaikan cenderahati kepada guru-guru tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batang Benar.

Rujuk lampiran
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada tuan guru besar kerana sudi menyempurnakan majlis pada petang ini.

hilmi
Perarakan keluar dewan
Diumumkan PERARAKAN KELUAR, TUAN GURU BESAR SK BATANG BENAR, Bersama guru-guru penolong kanan dan guru-guru keluar dewan.

Hadirin mohon berdiri.
nadia
Jamuan dan bersurai
Dengan perarakan keluar sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Hadirin sekalian,
Majlis menjemput semua ahli dewan untuk menjamu selera.

Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput al-fadhil HJ SHEIKH ABDUL MUNIR BIN HJ SHEIKH AB HALIM untuk membacakan doa makan.

hilmi

Hadirin sekalian,
Kami, wakil pihak pengurusan majlis graduasi tahun 6 sesi 2017 ingin memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.. wassalamualaikum wbt
nadia

siapa yang ambik idea ni.. nak mintak tolong sangat.. kalau korang ada blog.. tolong tinggal link kat ruangan komen ye. terima kasih...


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

TRACE JAWI