KARNIVAL UPIN DAN IPIN
assalamualaikum korang...
ada dengar pasal karnival upin dan ipin di MAEPS serdang?
alhamdulillah, kitorang berkesempatan pegi semalam, tp management agak mengecewakan..
nampaknya yang handle memang belia belaka. maybe sebab x banyak pengalaman tu menyebabkan tampak kekurangan di mana-mana.. event dan pengisian memang best. sesuai la untuk anak-anak untuk 3 hari tu. oleh kerana aq tak pegi pun hall C. aq just tengok komen orang je. and ada yang mengutarakan bahawa masuk hall A lagi best daripada hall C. tp, bg aq depends dekat orang la kot. minat orang lain-lain kan...
aq, antara perkara yang aq rasa mungkin boleh upgrade lagi. utk pihak management, peminat las copaque ni sangat la ramai espeacially budak2x. so, org besar yg x minat pun kebarangkalian untuk datang tu memang besar. so, korang kena
1. banyakkan kaunter tiket lagi. macam semalam. orang beratur mak ai panjang.. dah la tak putus, sampai nak maghrib pun datang lagi.. jangan x solat udah la kome.. dah la hujan semalam. que macam apa.. kesian budak kecik and baby.. suami dok tanya abg tu sampai 40 minit tunggu que tak gerak2x.. mula-mula datang pun dah out. tu tak kira yang potong line lagi... ish..ish..ish..
2. luaskan tempat menonton. bagi aq bayar 20 hinggit semalam (dengan suami 10 hinggit sorang) x worth it pun. sebab apa, x de tempat nak tengok. aq x kisah la yang vip dok bersenang lenang sambil goyang kaki, siap berbantal bagai. tp, aq kesian kat orang belakang ni.. gigih tolak orang kiri-kanan, angkat anak setinggi awan semata-mata nak bagi anak tengok show kat depan. dah la x de tempat duduk. baik masuk free je sebab bukan boleh tengok show kat pentas tu pun.. so, nampak zaman sekarang kan.. yang berduit boleh steady, yang miskin dan tak berkemampuan, sangat struggle untuk hidup. and struggle yang macam apa tu pun x mampu nak dapat tempat selesa seperti mereka yang berduit. sekian, terima kasih. aq tak salahkan org yang membayar untuk VIP tu. diorang pun bukan senang-senang duit kepuk masuk dalam poket. tp, sepatutnya pihak pengurusan kena besarkan lagi kawasan untuk penonton yang bukan VIP. x kisah la duduk atas lantai pun. yang penting dapat tengok. bayar jugak kan.. buat apa bayar kalau x boleh nak tengok. kalau nak beli barang les copaque, beli online pun boleh.. huhu.. dek kerana kami suami isteri ni tak suka nak bertolak-tolak disebabkan benda remeh macam ni. kitorang just jenjalan sekitar tempat tu je.. bg souvineer kat anak sikit.. semangat nak cari puteri budak berdua tu.. solat and balik...
bagi aq, 2 benda tu la yang paling obvious sekali.. yang lain okay je.. event best, persembahan best. aq sempat tengok otomen ribut tu dari jauh (tq buat bahagian pada zaman dahulu belakang sebab bagi anak2x bersantai di atas pagar utk tengok... tepuk gemuruh utk korang).. memang best. lagi2x raksasa bosar tu... aq pun teruja.. wakakakaka... boleh teruskan.. tp, mungkin boleh buat penambahbaikan.. lagi sekali aq ingatkan... korang punya peminat sangat la ramai kat malaysia ni. tak yah la nak takut kalau orang tak datang.... kompem datangnya.. kalau tengok semalam, utk vip.. aq rasa paling kurang dia belanja 900 hinggit kot... tu dia... haaa kan... tu dah tahap teruja tahap apa aq pun tak tau.. tahniah la... okay, nak share tu je.. terima kasih sudi baca.. harap follow ye.. maceh...
Comments
Post a Comment