resepi laksa
assalamualaikum korang. sape yang gila laksa kat sini? me... me... nak angkat tangan paling tinggi sekali.. sebab tu aq 2 minggu pantang gasak je makan laksa.. boleh dak.. waaa.. jngan tiru korang... bisa badan.. nak pantang, pantang betul2x.. aq tak pe.. kah2x..
but korang tau tak? aq ni memang sejenis yang gila laksa. tp, x pernah ambik tau pun macam mana nak masak sehingga lah semalam. en hubby nak jamu anak2x murid dia laksa. aq sebagai isteri yang konon-konon solehah ni nak tolong la kononya.. kih2x.. doakan aq jadi isteri solehah ye.. tq korang...
and, after belajar mesti la nak share kan.. supaya ilmu tu x hilang. belajar dari siapa? mak mertua.. mak mertua aq memang pakar buat laksa.. marvolous sangat2x..
so, bahan2x dia..
kuah
ikan kembung + ikan sardin (bukan tin tau... fresh.. hahaha) 2 kg
bawang besar x 2
bunga kantan x 1
daun kesum x suka hati
belacan x suku ibu jari
cili kering x segenggam (ni dah pedas ni, kalau nak pedas lagi, tambah lagi)
asam keping x 15
air rebusan ikan
tulang ikan
bahan lain
laksa kering (aq prefer yang kecik)
timun
salad
bawang
cili hidup
step 1
korang rebus ikan (dah buang perut) + garam + asam keping (3) dalam 1 periuk & 1 periuk kecik rebus cili kering (sampai lembut)
ikan bila dah sejuk, korang toskan air rebusan tu (jgn buang)... tarik isi ikan, asingkan dengan tulang.
then, korang blend baawang besar x 2, garam, belacan dengan cili kering + air sikit. bahan-bahan ni korang masak dulu dalam periuk nak buat kuah laksa.
sambil tu, korang blend isi ikan+air rebusan ikan (cukup2x untuk blend ikan tu) dah siap, masukkan dalam periuk dengan bahan bawang + cili kering + lain2x dalam periuk tadi..
then, korang blend tulang ikan tu + air rebusan. masukkan dalam bekas, asingkan tulang ikan dengan air yang blend tadi.. kalau aq, aq toskan je guna penapis.. tp, kalau nak sedap ikut mak mertua aq.. cara dia (asingkan ikan, bila x de tulang yng timbul, korang asingkan air dia, jangan sampai habis, tambah air rebusan lain, kalau dah habis pakai air biasa pun tak pe.. buang lagi tulang2x yang mendap kat bahagian bawah, kali ketiga baru pakai penapis...) segala air tulang tadi masukkan dalam periuk yang sama..
lepas tu, korang masukkan asam keping dan garam.
tunggu mengelegak, masukkan bunga kantanyg dipotong tangah dan daun kesum..
kecikkan api dan tunggu la...
aq semalam tunggu dalam sejam jugak api kecik tu...
kalau kurang masin.. tambah la garam lagi...
kuah laksa korang akan lagi sedap kalau ikan tu ikan fresh... yummmmyyy.. sedapnya...
bahan2x lain tu korang tau kot nak buat apa kan... manis gula memang x de, mak mertua aq buat.. penambah perasa pun x de.. ade la garam tu.. tp, manisnya memang ambik dari ikan dan tulang ikan... hasilnya memang superb.. yg darah tinggi boleh la makan lagu ni... cedap sangat..
maybe ada yg pening baca entry aq ni.. hahahaha... google lagi la korang... aq nak kata secret recipe mak mertua ke? hhhmmm.. x jugak... sbb rasa ramai kot yang buat macam mak mertua aq ni... maybe bertambah sedap sebab keikhlasan dan kasih sayang kot. cewah.. tq mak..
kalau kurang masam, korang tambah asam keping.. actually memang aq belajar.. tp, en hubby yang masak.. en hubby masak memang lagi sedap dari aq masak.. kiki.. alhamdulillah...
so, selamat mencuba korang... harap2x jadi la.. apapun, sila tinggalkan komen di bawah.. bab tulang tu kalau tak faham tanya. takut nanti korang makan laksa tp tercekik tulang... jgn salahkan aq pulak tau.. x confident jangan buat.. aih, risau aq.. hahaha.. bye...
pssttt.. ghenyah ghupenya buat laksa ni kome...
Comments
Post a Comment