view my entries with this:

Wednesday, December 24, 2014

nukilan sepi...



engkau bentangkan aq dengan dunia yang sama...
bila ku sedar, rupanya dunia kita jauh berbeza...
mengapakah engkau hiaskan ikatan ini berlandaskan dusta?

tatkala diri kelaparan di kala petang..
baru ku sedar mungkin diri ini hanya gunaan dan perhiasan..
seringkali aq memujuk hatiku bahawa segalanya akan berubah kepada kebaikan..
tetapi ketidakmatanganmu membuatkan diri ini terbeban...
terbeban.. terbeban.. sehingga aq jatuh terpelosok di pinggiran...

engkau minta dirimu diagungkan...
lebih daripada tangan yang membesarkan...
sudahkan engkau berfikir bahawa adakah engkau layak didewakan?
kerna diriqu tegas mengatakan layaknya itu memerlukan tahun yang panjang...

engkau mendakwa rezeki yang lain adalah bantuan..
tidakkan engkau sedar bantuan itu perlu dipulangkan...
bukan menjadi hak takluk dirimu seorang....

satu persatu rahsia dibongkarkan...
terkadang diri ini terasa diselubungi penipuan...
bermula dengan kepulan asap ditepian...
kau jaringkan pula dengan ayat kasih yang bukan buat diri...
namun kau pujuk, mengatakan ia kekhilafan diri..
lalu kau ulangi sehingga hati ini terobek berbagi-bagi...

patutlah dahulu kau selalu menghindar...
baru ku sedar diri ini hanya tumpangan...
segala memori menguatkan gusar yang mendatang...
bukan orang lain yang mempergunakan...
bukan seperti dakwaan...
adakah dunia mu ini memang dipenuhkan dengan kebohongan?

terakhir ucapan, aq perlu berdikari..
jangan mengharapkan pertolongan mu lagi...
manismu belum mungkin benar di hati..
mungkin hanya meniti bibir yang tidak pasti...

engkau mengatakan kudrat kaum mu merungkai tinggi...
namun ku lihat ia dapat dipertkaikan lagi...
pelbagai alasan tidak mungkin akan ku dengari..
kerana bagimu kebenaran adalah hak mutlak, itu sudah pasti...
sehingga aq terkapai ingin menyendiri...
lelah.. lelah.. bukan dengan helah duniawi...

kini, aq perlu menghindari..
segala rasa yang aq ingin darimu kasih...
setulus madah buat penyedap hati...
agar aq telus sekiranya perlu hidup sendiri...


tips keluarga I



peringatan untuk diri sendiri dan pembaca..
salam alaik...

kata-kata ibubapa adalah satu doa : so, jangan suka-suka hati mengeluarkan kata-kata keji terhadap anak-anak walau marah macam mana pun... bodoh ke, lekeh ke, bengong ke... walau sejahat manapun anak.. mungkin jahat si anak merupakan ujian untuk kita menikmati syurga Allah...

tunaikan tanggungjawab isteri dulu sebelum sibuk pasal hal lain: ye lah, sekarang ni banyak isteri yang berkerjaya termasuklah aq.. aq ni memang manja dengan mak, rasa je diri tak manja tapi sebenarnya manja sangat sebab kerja rumah semua mak yang buatkan.. tp mak memang terbaik.. mak tak pernah pun nak mintak tolong kat anak-anak kecuali kalau mak tak mampu sangat or, anak-anak tngah free... kiki.. mak pun faham kot anak dia ni tak berapa gemor masak.. tp, oleh kerana kemanjaan tersebut, berlarutan la sifat manja ni dengan suami padahal sifat ni tidak elok untuk perkembangan rumah tangga.. nasib baik encik hubby ni pandai masak dan boleh diharap untuk buat kerja rumah.. muaahahaha... alhamdulillah..  eh, dah melalut pulak.. kembali kepada tajuk.. ye la, selagi keje kat rumah x siap lagi, x payah la nak sibukkan hal lain, kerja lain... ni, bahagian orang diperelokkan tp rumah sendiri berselerakan.. payah jugak tu...

haaa... jangan beli umah besar kalau rasa tak mampu nak uruskan.. aq ni kan pemalas sikit... rumah sewa kecik pun x terjaga.. inikan pulak nak menjaga rumah besar... sekarang aq dok umah besar (mertua).. kalau nak mengemas tu, harapnnya bergotong-royong le... kalau sendiri memang tak terbuat... tp, aq salute bapak mertua aq.. rajin betul mengemas rumah sampai 'mem' besar dok rilekz je... hihi...

aq kene tanamkan sifat dalam diri supaya tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak. macam pelik pulak bila dengar statement daripada seorang ibu "aq dah buat macam-macam untuk korang, korang kene balas la".. so, seolah-olah seorang ibu tu ada autoriti untuk manage life anak-anak.. kalau my mom cakap macam tu, meluat pun ada aq rasa. seolah-olah jaga anugerah Allah tu x ikhlas. harap-harap aq tak jadi ibu yang macam tu.. ish..ish..ish..

so, lagi... kalau ikut ajarang Islam sendiri.. perkara pertama yang ditekankan kepada nabi Muhammad saw adalah ilmu. sama jugak dengan anak-anak.. jangan biasakan diri diorang dengan harta. tp biasakan diri mereka dengan ilmu. kalau org melayu, dioarang cakap macam ni. kalau anak nak ubi, jangan bagi ubi yang dah siap tarik, cuci semua. bagi cangkul.. biar diorang sendiri korek ubi tu.. sama la dengan didik anak.. jangan bagi duit untuk buat itu ini... bagi ilmu, usahakan mereka dapat kerja untuk menampung hidup mereka sendiri... sebagai ibubapa, kene tunjuk jalan dan guide kan.. alhamdulillah... walaupun my bapak belajar takat darjah 5 je, aq bersyukur sebab beliau diberi kesedaran untuk mendidik aq macam tu.. bagi belajar, bagi buku... dorong untuk interview... dorong untuk sambung belajar.. x pe la berhutang pun.. subhanallah.. x terbalas rasa pengorbanan mak dgn bapak.. semoga mereka dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan... kadang-kadang, mendorong dalam bentuk duit tu okay. contohnya laburkan beberapa ribu untuk anak bukak business.. tp, lepas tu x boleh la lepas tangan macam tu je.. kene guide anak tu sampai success.. susah nak jadi mak ayah ni. tanggungjawab besor.. harap diberi kesabaran...


and, betulkan institusi dalam rumah dulu sebelum institusi lain.. apa guna kalau kita solat jemaah kat masjid tp hubungan dengan anak-anak kureng.. baik buat solat jemaah kat rumah.. rapatkan silaturrahim dengan anak-anak dulu... actually, benda nie kene buat start anak kecik lagi.. tp, untuk masyarakat zaman millenium ni masing2x bekerja, ada setengah tu OT.. masa ngan anak kurang.. haa.. yang nie lagi satu hal.. kene carik inisiatif macam mana nak rapatkan diri dengan anak kalau busy dengan kerja macam tu... hmmm... maybe si isteri boleh jadi suri rumah tangga sepenuh masa. tp, zaman sekarang tak cukup pulak.. adeyh... counceler.. help us...

hmmm... and sebagai ibubapa, aq harap bila anak-anak dah besar, tidak akan tertanam di dalam minda aq bahawa.. "aq ummie, aq la betul.. anak tau ape? baru hidup setahun jagung." nauzubillah.. kadang-kadang, bila ibubapa terima pandangan anak, anak tu akan rasa dihargai sangat.. that will make love and bahagia... dan jugak, pandangan anak tu jangan di 'pangkah' je terus.. ni, cakap sikit, kene pangkah, cakap sikit kene pangkah.. habis jatuh confident anak tu... x percaya diri sendiri jadiknya nanti. dan yang lagi teruk, anak-anak gemor menipu.. ye la, kalau bgtau yg betul je asyik kene marah.. baik tipu.. aman dunia kan... so, tolong la elakkan...

panjang lebor jugak kan.. kih..kih... just nak share pengalaman kengkawan dan diri sendiri.. yg ni just my opinion.. mungkin kalau ada ibubapa diluar sana yang mungkin ada point of view yg berbeza boleh la share.. sebab mungkin pandangan aq ni ada yang salah.. this is just what i see...

semoga hari kalian bahagia...
daaaaaaaaa...



Saturday, December 13, 2014

wordless saturday



bismillah....
is everything will going to be fine?
hmmm.. sekarang nie dah tak leh nak senyum semanis dulu...
rasa macam bertimbun masalah... kalau dulu boleh selfie2x badjet muda dalam dunia maya..
tp, sekarang semua macam terbantut....
adakah cara hidup ini membantutkan segalanya...
aq dah tau jawapannya... sudah tentu la tidak...
manusia sendiri yang menimbulkan masalah...
Allah tak pernah beri masalah kepada kita..
mungkin Allah ada menguji tp aq sedar masalah ni berpunca daripada manusia sendiri...
kesedaran yang macam mana lagi yang perlu difahami? jalan yang mana perlu aq pilih? jalan yang mana yang paling terbaik? respon apa yang patut aq berikan...
terlalu banyak yang hati ini nak luahkan tapi tiada tempat...
Aq tau Allah akan sentiasa mendengar keluhan hambaNya...

sebentar...
aq tersedar, aq akan usahakan...
doakan kehidupan ini akan lebih ceria tanpa masalah yang menyebabkan penuaan kepada wajah nie..
huhu...
bismillahirrahmanirrahim...


Wednesday, November 19, 2014

Mac sar abie dania


assalamualaikum....
minggu lepas dania g majlis anugerah cemerlang abie...
actually, masa siap2x kul 9.30 pagi tu dania dah gesek2x mata mengantuk..
tp, oleh kerana ummie dia nak berjalan jugak, terpaksa la dia ikut je...
separuh perjalanan okay, separuh perjalan lagi...

and bila acara berlangsung...
abie kerja, ummie ambik seat, bagi si kecik nie susu botol..
titon le dia, tak kisah dah hinga' kelilin...


garang betul muke tdo...
bagi amaran kat ummie dia ngantuk sangat..
hoho...


sampai lenguh la belakang ummie..
tomey anak ummie, moga jadi anak solehah...


dahsyat sar klia nie...
mac buat kat bilik kuliah USIM tu...
makanan pun best...
sekolah ummie cuma dapat makan kek pisang dengan karipap jew...
huhu..


walau kelam kabut sikit... tp, utk first try... kire inovasi la..
bagi pihak en hubby, tahniah buat ustaz ustazah & pibg yang menjayakan majlis..
semoga dipertingkatkan lagi untuk tahun hadapan...

chaiyok!!


Gm klang


assalamualaikum korang...
minggu lepas berkesempatan g gm klang...
ingat nak window shopping je..
at last 'ter'hilang word window tu....


tara.. dapat 3 pasang baju...
50 hinggit...
kalau kedai biasa, mungking 60 hinggit lebih..
mane taknya, baju je pun dah 20 hinggit...
hmmm..
jom jalan gm klang...
ngee...


Majlis anugerah cemerlang skjht2



alhamdulillah... berakhir sudah mac skjht2 2014..
kali nie, bahagian aq adalah bahagian hadiah...
nak pitam rasa tngah preggy2x ni duduk berdiri..
kalau dulu suka la amik gegambo bebanyak...
sekarang nie dah kureng dah, semenjak ada anak nie kan..
matang agaknya...
kih..kih...

first time aq tengok hadiah kelas ada sumbangan daripada guru kelas sendiri..
kalau sebelum nie just based on badjet je...
and lagi satu sekolah ni dapat beberapa sponsor daripada syarikat penerbitan...
so, dapat la budak2x nie hadiah sampingan buku...
bukan buku biasa.. novel tau...
mungkin sebab dekat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka kot...
huhu...


apepun, perkara paling soperb hari tu adalah bahagian hiasan pentas...
actually, badjet utk sekolah kat kl nie macam ciput je...
hiasa pentas nie pun sponsor daripada guru sekolah sendiri..
bagus cikgu-cikgi sekolah nie..


tara, speacial kan.. 
hias guna belon je. tp comey giler...
belon2x nie x susun lagi nie...

tp, memang sweet.. budak2x pun suka...
sape nak try boleh le untuk sekolah korang ea...
sekian terima kasih...

p/s: nak buat pokok berakar2x mcm kat belakang i tu cuba google ea sebab cikgu sekolah i google je and try... 
hasilnya jadik.. alhamdulillah...


nile web low performance...



performance nile slow...
tu dia...
assalamualaikum... tengok betapa terujanya sampai salam pun x sempat nak bg dulu...
hua..hua..hua...

tp, tu la nak ngadunya... baru nak shopping kat nile.. tp, lambat betul loadingnya...
agaknya dah ramai viewer and buyer from that site...
biasala, service ok, barang ok, harga ber'darab' ok nya...
tp, bukak kali nie..
terpampang...


penat tunggunya tak keluar2x...
macam mana nak shopping utk hubby nie?
waaa...



Friday, November 14, 2014

baby strong



assalamualaikum korang..
haaa.. hari tu aq ada nak citer pasal kuatnya second baby nie kan...
so, nak ceritanya time tu aq tak tau lagi tngah preggy... 
jadiknya, sepanjang bulan pertama tu aq belasah benda yg tak boleh belasah..
nenas, air tebu, air kelapa...
air tebu ngan air kelapa tu org cakap x elok utk trisemester...
tp, tu la... baby dok steady je dalam peyut nie ha... 
selesa betol dia...
hik..hik...

kemudiannya, dalam sebulan tu jugak aq ligat berjalan...
dari rumah ke sekolah aq drive lebih kurang 15 minit...
(padahal en suami bawak 5 minit je.. kiki...)
lepas tu after naik erl sampai kl central kene berjalan lebih kurang 100m nak ke monorel...
sampai di monorel hang tuah... kene jalan pulak lebih kurang 500 m ...
so, perjalanan dalam sehari aq ke sekolah adalah lebih kurang 1.2 km...
banyak tu...

tp, baby masih dok steady di dalam perut...
so, memang aq bajet si tecik agak strong or rahim mommy dia yg strong..
tu yg bila upt positive ummie ngan abie dia blur...
kakak dania je steady, cuma merengek la sikit...

tp, so far.. alhamdulillah...
baby dalam peyut ni pun dah masuk 3 bulan dah..
doakan aq selamat dan dipermudahkan sampai dan sesudah kelahiran ea...
alhamdulillah...

till d next entry..


Wednesday, October 29, 2014

Kuil hindu



bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum korang...
sihat tak semua hari nie... harap korang sihat dan ceria selalu...
lenguh tangan masih terasa sebab ape?
sebab nurse dok cucuk nak ambik darah x kene urat... dalam jugak la jarum tu menusuk... tp macam x sakit sangat.. pelik pulak... hmmm.. ada org cakap, bila kite dah alami sakit bersalin, sakit kecik2x nie macam perkara biasa je... macam mana la reaksi mereka yg aq tengok time kene cucuk ngan jarum muka dok berkerut-kerut tu time bersalin... agaknya menjerit-jerit macam my neighbour labouroom.. huhu.. dari cara her husband speak macam indians...
tp, tu la.. masing-masing ada kaedah untuk tangani kesakitan, salah satu ya menjerit la kan.. ngeh..ngeh...

cakap pasal indian, aq teringat pasal agama hindu.. and bila berbicara berkenaan dengan agama hindu, aq teringat tentang banyaknya kuil yang terbina sekarang nie...
kalau diperhatikan dr KL central nak ke jalan hang tuah tu pun dah berapa bijik kuil di bina...
aq bukan prejudis pada agama atau bangsa tersebut.. tidak sama sekali.. sebab kalau nak kata tentang rosaknya moral bukan mereka sahaja yang berbangsa India yang teruk, those yg bergama Islam pun ada yang teruk.. sebab ape? agama hanya pada nama... begitu juga penganut hindu...

tp, dengan terbina banyaknya kuil kat Malaysia nie seolah-olah pemimpim tertinggi menggalakkan pembinaan kuil-kuil yang mana ia seolah-olah menyokong kepada penyekutuan Allah..
bukankah begitu?

Monday, October 27, 2014

buku merah kedua



bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah...
dah awal ramadhan dah... selamat tahun baru korang...
tp, kan.. nak katanya.. aq sendiri tak sedar hari maal hijrah nie... huhu...
tak baca doa pun... harap2x tahun baru nie lebih berkah dan lebih baik dari tahun sebelumnya...
sebab ape boleh sampai tak sedar nie?
sebab keletihan tahap maksimum... rasa macam kene buat phisical training sepanjang hari penatnya... tahunya nak tdo je... lepas tu perut rasa sebu je.. tekak dok loya semacam je.. so, tau nak baring je...
nasib baik la en hubby sweet orgnya... ngee.. tQ bie...


korang, aq dah buat buku merah dah... alhamdulillah di permudahkan urusan...
ingatkan dah kene bebel sepanjang check up dengan nurse... tp, nurse kat sini okay la.. x de la dia pressure para mommy nie kan... diorang senyum dan ketawa je bila tanya pasal first baby....

so, pada pada 15 oktober 2014 aq mencekalkan diri utk buat buku merah yang kedua dalam hidup aq as mommy...
memang dah ready nak tadah telinga menerima kata-kata yang mungkin memedihkan hati...
tp, alhamudulillah nurse kat klinik nie sangat la okay...
utk second baby nie aq dah tak buat kat klinik kuarters klia atau pun salak tinggi...
aq terus je bukak kat klinik satu malaysia jalan hang tuah, kl sebab klinik nie sebelah sekolah je...
kalau nak buat kat rumah kompem kene mc selalu.. kesian kat sekolah, kesian kat cikgu2x nak ganti masa aq...
so, aq decide buat kat kl je...
masuk2x je dalam klinik, environment dia okay la... tak de la macam kat johor dulu patient sampai tak de tempat duduk... orang tak ramai sangat macam kat sana or tak lambat sangat macam kat kk salak tinggi sebab tak depend on computer 100%.. menulis nie lagi laju daripada menaip sebenarnya... ciptaan Allah kan lebih hebat... kan... ngee..
so, first nurse yang bukak buku dah dapat trace aq skip makan ubat bila tengok tarikh lahir dania...
and dia dapat trace yg aq nie teramatla subur bila tengok tarikh nikah aq... kiki...
tp, dia gelak and bagi dorongan je... dia kata tak pe.. dh rezeki... hilang kecut perut aq...
lepas result HB keluar aq di transfer dekat staf nurse sebab result low...
9 je HB aq.. so, x okay la kan.. tahap kuning.. kalau bawah 9, dah merah dah.. atas palang je la tu...

banyak la yang staf nurse tu citer pasal anemia nie...
lama jugak la dok sembang dengan dia...
lepas check up perut.. staf nurse suruh jumpa jugak dengan doctor sebab perut tak nampak lagi... aq bajet time tu dah 10 minggu dah.. kalau ikut tarikh period la...

alamak, 11.25.. kelas... so, mintak skip keja g ngajo datang balik semula sebelah petang utk jumpa doctor...
ayat doctor ape?
awak.... baby awak baru lagi kan... baby awak berapa bulan...? 
aq jawab la nak masuk 4...
doc: haa... kan... tak boleh la macam tu...
aq sengeh je dengar doctor kata macam tu...
doc: jom kita scan dulu...
dah letak gel... doc kata: haaa.. dah ada heartbeat dah pun...
(aq rasa kalau tak de memang doc sruuh gugurkan kandungan tu) huhuhu...
gaya dia cakap macam  tu la...
tp, at last dia kata... haaa.. x pe la sebab delivery awak sebelum nie okay kan...
alhamdulillah...
ngee...

seronoknya sebab kat sini baby scan tu di ambil gambarnya...
first time ada scan baby sendiri... time dania dulu tak de... so, it make me feel tenang dan yakin yg akan menimang cahaya mata sekali lagi...
har..har..har... padahal seghiau bersalin first tak hilang lagi... teringat lagi sakit contraction... teringat lagi sakit kene jahit... teringat lagi seksanya berpantang...
huhuhu...

apepun, selesai.. cuma ada perbezaan pendapat utk tarikh due depend on tarikh period awal bulan 5...
sebab tu doctor suruh check up sekali lagi pada 23 oktober...
tp, disebabkan masalah tertentu... aq gi check up pada 24 oktober kat salak tinggi..
cuti kan...
so, tumpang le kat sana....
doctor kat sana pun okay... dia cuma bgtau risiko je la baby rapat nie...
and dapat tarikh due..
so, insyallah... my second baby akan lahir pada 18 mei 2015... 11 bulan 2 minggu beza dengan dania....

tp seriously, sangat la penat bila kite mengandung sambil tu ada baby kecik...
penat saangat rasanya,,, en hubby la yang banyak tolong... nasib baik dia jenis yang rajin...
alhamdulillah...
so, lepas nie aq nak citer pasal kuatnya second baby nie...
and tips supaya korang tidak terlajak macam aq..
so, tunggu entry yg selepas nie yerp... bye... salam alaik...




Thursday, October 9, 2014

Nur Dania Imani nak dapat adeq



assalamualaikum dan selamat petang korang...
sape yang jumpa entry nie mesti tengah nak tau sangat2x macam mana ada anak rapat?
ataupun nak tau lepas keluar darah nifas nie common ke kalau tak keluar haid?
atau pun curious sama ada okay ke tak okay kalau anak still baby, makna kata baru habis pantang then mengandung lagi...

apepun, itulah yang terjadi kepada diri ini...
actually x bajet pun nak ada baby lagi dalam peyut nie..
tak ready pun lagi masa mula-mula dapat tahu...
kalau korang mengalami situasi yang sama, ape yg korang kene buat adalah open your mind, terima dengan hati yang terbuka..
redha dan bersyukurlah kerana ia adalah rahmat dan rezeki yang Allah kurnikan kepada korang...
alhamdulillah.. macam aq sendiri, ramai kawan-kawan yang bagi kata-kata semangat dan kata-kata positif berkenaan dengan anak rapat-rapat nie...

actually, apa yang terjadi?
hmmm... during ramadhan, darah nifas aq berhenti and aq sempat berpuasa selama seminggu and kemudian keluar darah semula..
tp, aq tak consider darah haid sebab lama jugak daripada kebiasaan iaitu lebih kurang 2 minggu..
ingat darah nifas jugak sebab selalunya my peod datang 7 hari je...

and then, dalam masa menjalani kehidupan as a new mom and ummie kepada Nur Dania Imani bt Mohd Firdaus nie..
just buat macam biasa la..
tak terdetik akan mengandung semula sebab merancang jgk...
tp, sampai satu ketika aq jadi curious sebab badan rasa x sedap..
tanda2x masa mengandungkan dania dulu pun ada jugak...
such as kuat makan, kuat tido, kuat kencing, kuat sendawa (means badan banyak angin), pening-pening kepala..
tp, dok relax je sebab memang x bajet pun nak pegnen lagi...
sebab x menyangka tu la aq dok pulun makan macam2x...
buah nenas tu entah berapa biji entah aq belasah...
nasib baik tak jadi ape2x...

dan oleh kerana curiosity yang melampau melandai diri..
aq mintak kat husband nak cek upt...
dapat la upt stick tu.. harga dia 11 hinggit lebeyh...
time cek tu, berharap sangat negative... tp, masyallah... tak sampai seminit pun dah keluar line kedua...
reaksi waktu tu: blur...
aq bgtau suami.. suami pun jadi blur.. hahaha...
and then, oleh kerana takut upt tu salah, kitorang beli yang digital (32 hinggit)..
and kalau betul pun, dapat la aq trace berapa minggu sebab aq dah lupa dah tarikh sebenar aq peod...
tp, at last tak dapat jgk nak trace sebab keputusannya adalah......

3-4 yg jugak bermaksud my kandungan dah 5 weeks or more...
ah.. sudah... so, nampak gayanya bila nak buat buku merah nanti kene la anggar2x je tarikh peod bila.. huhuhu...
and tngah menyediakan diri untuk di bebel oleh nurse...

apepun, doakan aq kuat ea...
sekarang nie asyik lemau saje..
huhu...
nanti aq update lagi..
bye..bye..





Wednesday, October 8, 2014

raya korban



assalamualaikum korang..


belum terlambat rasanya kan...
selamat hari raya aidiladha atau hari raya korban...
hari raya korban kali nie mengundang sedikit kesedihan..
tp, tidak mengapalah..
insyallah... Semoga rasa sabar itu mengundang kepada kebaikan...

apepun, enjoy key...
baik, bercerita berkenaan dengan hari raya haji nie..
korang tau x kenapa kita sebagai umat Islam nie sambut hari raya haji?
mungkin ada antara korang yang tau..
macam aq dulu...
tak tau pun celebrate untuk ape.. janji hari raya dapat cuti kat rumah...
janji dapat makan banyak2x...
janji dapat daging lembu sebab mak masak kuah kacang sodap dan terbaik...
kiki..
or, janji dapat jalan2x...
or, janji dapat tengok cerita best...
kan..kan...

tp, sebenarnya.. kite sebagai umat islam nie menyambut hari raya haji berikutan satu peristiwa yang memberi banyak pengajaran kepada kita...
hari raya haji lebih mudah difahami dengan hari raya korban dimana ketika raya ini disambut, umat Islam dituntut untuk menyembelih binatang ternakan iaitu kambing ke, lembu ke, unta ke...
ikut kemampuan masing-masing lah ea...
kenapa amalan ini dituntut?
amalan ini dituntut berikutan peristiwa perintah Allah yang memerintahkan rasulnya nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya nabi Ibrahim...
rasul terdahulu seperti nabi Ibrahim dan nabi Ismail mampu mentafsir mimpi..
mimpi nabi bukan seperti kite nie merapu2x...
heh..heh..
mimpi mereka pasti ada maksud yang tersirat...

ketika nabi Ibrahim menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri,
ya Allah ......... beratnya rasa hati baginda..
ye lah, mampukan seorang ayah untuk membunuh anak yang disayangi...
kalau aq la... ish, memang x mampu la...
tp, nabi Ibrahim cekalkan juga hatinya untuk menyembelih anaknya sendiri..
padahal pada awalnya, baginda merasa ragu sehingga bertanya kepada anaknya nabi Ismail apa yang perlu dia lakukan...
namun begitu, teguhnya iman anaknya nabi Ismail, membenarkan perintah tersebut...
nabi Ismail bukan sahaja tidak lari bahkan tidak melenting dan menyerah diri kepada bapanya untuk disembelih...
subhanallah... begitu kuat iman mereka...
tp, kalau korang mimpi sembelih anak sendiri jangan sembelih pulak tau..
kite bukan nabi... banyak daripada mimpi kite mainan syaitan...
mane nak tau, tetiba mimpi sembelih anak.. dok sembelih betul2x.. uishhh.. beghat la kalu gitu kan...


and korang tau tak kenapa jemaah haji perlu melontar batu di jamrah..
ada 3 kan?
amalan melontar batu ini juga berkaitan dengan kisah sembelihan nabi Ismail...
ketikan nabi Ibrahim membawa anaknya nabi Ismail ke tempat sembelihan, sepnajang perjalanan bagainda, baginda di hasut oleh syaitan untuk tidak melakukan sembelihan tersebut sebanyak 3 kali...
tempat kita melontar batu tu la kawasan di mana syaitan menghasut nabi Ibrahim...
dalam ibadah haji, kite melontar batu itu bermaksud kita melontar syaitan...
yang nie, aq pernah dengar tp, x pasti la betul atau tak...
sama ada amaln tersebut hanya sebagai pengajaran ataupun betul2x Allah ikat syaitan di situ untuk di rejam...

ada cerita best yang korang boleh tengok untuk kisah nabi Ibrahim nie...
korang boleh cari dalam youtube...
taip - fil nabi ibrahim 1 subtitle indonesia...
nie yg terbaik yang aq dapat cari...
my hubby la nie...
eh, taklimat nak start dah...
aq gerak dulu ea..
till d next entry...
daaaaaa..
salam alaik...



Monday, September 29, 2014

system... buffer.. waste time



dear kpm,

please give us a system that we can surfing happily..
harap sangat2x bukan kpm sahaja tp semua kementerian dalam kerajaan malaysia..
tolong lah, if nak involve your worker dengan system...
please make sure yg system tersebut dapat dilayari dengan happy...
kalau sebelum nie, negara dikejutkan dengan pembaziran makanan..
kini, kitorang diamalkan dengan pembaziran masa..
just nak kene tunggu system untuk buffer sahaja...
stress pulak rasa..
huhu..

focused on this..


so, guru dah kene study by this...
this is a good affort for teachers actually...
tp, sampaikan membuang masa memang aq tak setuju..
aq dah la tak leyh nak buat kat rumah... ye lah.. dania tu dah makin banyak main dari tdo sekarang nie..
bila malam, nak tdo pulak.. esoknya 5,30 am dah nak kene pg sekolah..
aq kalau tak cukup tdo memang tak leyh nak manage kelas dengan baik sebab moral down.. x cukup rehat.. dengan si kecik bangun waktu malam lagi...
hohoho..

and kalau bukak pun, Allah.. lambatnya lah..
buffer je.. it cannot support all of teachers in Malaysia to use this system dengan baik...
nak menunggu tu, macam2x boleh buat..
my flash pun asyik stuck je..
and makin teruk, application lain semua jadi slow...
tension... 

just luahan perasaan...
keep on going dan harap dapat bersabar dengan benda nie

sekian... till d next entry...


Sunday, September 21, 2014

betul ke?



assalamualaikum korang...
sekarang otak tngah blur..
tak tau nak pikir apa...
cuma menggunungkan harapan semoga segalanya akan berjalan dengan lancar...
rezeki dariNya...
ada la hikmah di sebalik nikmat tersebut...

banyak perkara yang dirisaukan...
sampai tak tau nak pk bab apa dulu...
bab mana yang paling penting, bab mana yang paling genting...
cuma berharap Allah mempermudahkan jalan yang Dia aturkan...
aq bertawakal hanya kepadaNya...

insyallah..
rezekiNya adalah nikmat dan rahmat..
alhamdulillah..



tips ke zoO negara



assalamualaikum korang...
mesti ada di antara korang yg suka tengok binatang kan...
antara binatang favourite adalah zirafah, harimau, panda...
ada jgk nak tengok kelainan such as unta, gorilla bukan godzilla ea.. rekaan je tu..
hihi...

apepun, nak citer pasal zoo negara...
arie tu, time my sister in law balik sini, kitorang cadang nak pegi zoo negara...
mahal jugak entry masuk...
dewasa rm30..
kanak2x rm15...
bawah 3 tahun rm 0...
selalunya org akan datang zoo dengan family...
actualy kalau 1 kepala 30 hinggit...
4 org dah 120...
huhu.. so, sape yg berpendapatan rendah.. x yah la g zoo negara..
kecuali korang ada saving untuk vacation...

kitorang gerak dari rumah dalam pkul 3.00 petang macam tu sebab ingat tutup lambat... jalan2x kat sana 2 jam jadi la kan...
alih2x tak jadi sebab..
kitorang sampai pkul 4, zoo negara tutup pkul 5.. last keluar pkul 6....
kalau korang nak g zoo negara, pegi la pagi sebab kalau datang petang tak sempat nak round 2 jam je..
macam2x ada dalam tu... kalau korang g sekejap je, maka tak berbaloi la korang bayar 30 hinggit sorang..

yg aq agak marah pasal parking la..
sebab bila dah tak jadi...
ingat keluar x de la kene bayar parking sebab x sampai pun 20 minit park dalam tu..
rupanya kene 5 hinggit...
agak melampau la aq rasa...

pasal panda pulak..
actually aq pun suka panda sebab cute...
tp, kalau sebab panda negara keluarkan berjuta ringgit untuk penjagaan dan pengurusan dia...
panda hidup senang di bagi makan, bersenang-lenang dalam air-cond...
sedangkan rakyat bergelempangan di jalanan, ada yg makan nasik dengan kicap je...
ada yg pakai baju pun koyak rabak...
x de rumah, x mandi berbau hapak...

suatu pembaziran la... yg diguna tu duit rakyat jugak...
kalau guna duit penjanaan daripada hasil negara sepatutnya di salurkan lebih kepada rakyat...
nie, rakyat masih lagi merempat, panda mahu lagi di angkat2x...
memang pembaziran...
sedeyh.. sadis...
hmmm...



Saturday, September 20, 2014

susu untuk baby baru lahir



assalamualaikum korang...
sedang2x menunggu si kecik bambam dania tdoq...
sambil2x tu terbit la perkataan-perkataan hasil daripada jari aq yg x berapa nak runcing..
muahahaha...

hari nie nak share pasal susu untuk baby...
oleh kerana aq tak buat stok susu awal2x untuk dania..
makanya, x cukup la susu badan sahaja untuk menampung susu si kecik nie...
sekarang, she was 3 month and a half..
hhmmm... kalau aq gi sekolah, balik dalam pkul 3...
amaun susu yg dania minum nak dekat 10 aun jugak..
jenuh la jugak nak kejor nilai 10 tu...
paling banyak yg aq boleh save just 6 aun jew...
oleh yang demikian, nak tak nak terpaksa la en hubby membenarkan seterusnya membatalkan niat dia untuk bagi si kecil full bf kat dania sebab ummie dia tak larat nak kejor 10 aun tu..

so, pencarian susu tepung pun bermula....
mula2x kitorang guna susu nie..


actually, risau jugak.. sebab mula2x guna dulu dania muak keluar cecair coklat kemerahan macam darah...
so, stop... then bila dah 3 bulan..
try balik... tp, dania tolak..
tak maunya dia dah susu nie...
aq minum enfamama pown tak berkenan..
like mother like daughter lah nie kan...
eh, terbalik... like daughter like mother... kiki..

so, aq bertanya la kepada para kakak dan kakak iparqu...
anak sedara dah ramai le katakan...

ada beberapa suggestion...
antaranya...


abg anang kate, kalau nak baby bulat, minum susu nie...
susu nan..



kalau nak baby tinggi minum susu nie...
susu lactogen..


susu anmum...


susu nie kene jaga2x sebab ada baby yg sembelit minum susu nie...
susu dulac...

apepun, it's depend on baby la...
so, kalau tak nak membazir, pegi kedai mintak kat diorang pack percubaan..
kalau x de, beli dulu pack yg kecik...
kalau baby korang nak, baru teruskan....
okay?

untuk dania, on first try dalam pencarian...
she can except susu anmum tu...
walaupun x boleh terima 100 peratus on the spot...
she learn to except it..
so, alhamdulillah....
boleh go on je dengan anmum...

sebab ape x try je dgn yg lain...
jenama ada banyak kan...
dutch lady ada, ilham ada,,,
by the way...
susu ilham..


just untuk 1 tahun dan ke atas je yg kitorang jumpa...
pihak farmasi nasihatkan start when dania was 1 year old...
huhu...


and kalau korang perasan, kebanyakan susu adalah jenama nestle...
oleh kerana aq and  my hubby tngah boikot barangan israel, so kitorang tak tertarik la nak beli jenama nestle,,, tp, seriously, banyak betol...
yahudi bagi baby kita minum susu lembu...
tp, baby diorang ikut sunnah nabi minum susu kambing...

hmmm... nampak gayanya memang dari kita baby lagi, pihak diorang dah tanamkan ideologi2x supaya x ikut sunnah...
padahal diorang ikut sebab diorang tau kebaikan sunnah tu...
aq ingat kalau dania besar sikit, nak bg susu kambing je...
mintak2x si kecik tu terima...
hihi...

so, jom share pengalaman korang..
till d next entry...
daaa......
salam alaik..