tips keluarga I



peringatan untuk diri sendiri dan pembaca..
salam alaik...

kata-kata ibubapa adalah satu doa : so, jangan suka-suka hati mengeluarkan kata-kata keji terhadap anak-anak walau marah macam mana pun... bodoh ke, lekeh ke, bengong ke... walau sejahat manapun anak.. mungkin jahat si anak merupakan ujian untuk kita menikmati syurga Allah...

tunaikan tanggungjawab isteri dulu sebelum sibuk pasal hal lain: ye lah, sekarang ni banyak isteri yang berkerjaya termasuklah aq.. aq ni memang manja dengan mak, rasa je diri tak manja tapi sebenarnya manja sangat sebab kerja rumah semua mak yang buatkan.. tp mak memang terbaik.. mak tak pernah pun nak mintak tolong kat anak-anak kecuali kalau mak tak mampu sangat or, anak-anak tngah free... kiki.. mak pun faham kot anak dia ni tak berapa gemor masak.. tp, oleh kerana kemanjaan tersebut, berlarutan la sifat manja ni dengan suami padahal sifat ni tidak elok untuk perkembangan rumah tangga.. nasib baik encik hubby ni pandai masak dan boleh diharap untuk buat kerja rumah.. muaahahaha... alhamdulillah..  eh, dah melalut pulak.. kembali kepada tajuk.. ye la, selagi keje kat rumah x siap lagi, x payah la nak sibukkan hal lain, kerja lain... ni, bahagian orang diperelokkan tp rumah sendiri berselerakan.. payah jugak tu...

haaa... jangan beli umah besar kalau rasa tak mampu nak uruskan.. aq ni kan pemalas sikit... rumah sewa kecik pun x terjaga.. inikan pulak nak menjaga rumah besar... sekarang aq dok umah besar (mertua).. kalau nak mengemas tu, harapnnya bergotong-royong le... kalau sendiri memang tak terbuat... tp, aq salute bapak mertua aq.. rajin betul mengemas rumah sampai 'mem' besar dok rilekz je... hihi...

aq kene tanamkan sifat dalam diri supaya tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak. macam pelik pulak bila dengar statement daripada seorang ibu "aq dah buat macam-macam untuk korang, korang kene balas la".. so, seolah-olah seorang ibu tu ada autoriti untuk manage life anak-anak.. kalau my mom cakap macam tu, meluat pun ada aq rasa. seolah-olah jaga anugerah Allah tu x ikhlas. harap-harap aq tak jadi ibu yang macam tu.. ish..ish..ish..

so, lagi... kalau ikut ajarang Islam sendiri.. perkara pertama yang ditekankan kepada nabi Muhammad saw adalah ilmu. sama jugak dengan anak-anak.. jangan biasakan diri diorang dengan harta. tp biasakan diri mereka dengan ilmu. kalau org melayu, dioarang cakap macam ni. kalau anak nak ubi, jangan bagi ubi yang dah siap tarik, cuci semua. bagi cangkul.. biar diorang sendiri korek ubi tu.. sama la dengan didik anak.. jangan bagi duit untuk buat itu ini... bagi ilmu, usahakan mereka dapat kerja untuk menampung hidup mereka sendiri... sebagai ibubapa, kene tunjuk jalan dan guide kan.. alhamdulillah... walaupun my bapak belajar takat darjah 5 je, aq bersyukur sebab beliau diberi kesedaran untuk mendidik aq macam tu.. bagi belajar, bagi buku... dorong untuk interview... dorong untuk sambung belajar.. x pe la berhutang pun.. subhanallah.. x terbalas rasa pengorbanan mak dgn bapak.. semoga mereka dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan... kadang-kadang, mendorong dalam bentuk duit tu okay. contohnya laburkan beberapa ribu untuk anak bukak business.. tp, lepas tu x boleh la lepas tangan macam tu je.. kene guide anak tu sampai success.. susah nak jadi mak ayah ni. tanggungjawab besor.. harap diberi kesabaran...


and, betulkan institusi dalam rumah dulu sebelum institusi lain.. apa guna kalau kita solat jemaah kat masjid tp hubungan dengan anak-anak kureng.. baik buat solat jemaah kat rumah.. rapatkan silaturrahim dengan anak-anak dulu... actually, benda nie kene buat start anak kecik lagi.. tp, untuk masyarakat zaman millenium ni masing2x bekerja, ada setengah tu OT.. masa ngan anak kurang.. haa.. yang nie lagi satu hal.. kene carik inisiatif macam mana nak rapatkan diri dengan anak kalau busy dengan kerja macam tu... hmmm... maybe si isteri boleh jadi suri rumah tangga sepenuh masa. tp, zaman sekarang tak cukup pulak.. adeyh... counceler.. help us...

hmmm... and sebagai ibubapa, aq harap bila anak-anak dah besar, tidak akan tertanam di dalam minda aq bahawa.. "aq ummie, aq la betul.. anak tau ape? baru hidup setahun jagung." nauzubillah.. kadang-kadang, bila ibubapa terima pandangan anak, anak tu akan rasa dihargai sangat.. that will make love and bahagia... dan jugak, pandangan anak tu jangan di 'pangkah' je terus.. ni, cakap sikit, kene pangkah, cakap sikit kene pangkah.. habis jatuh confident anak tu... x percaya diri sendiri jadiknya nanti. dan yang lagi teruk, anak-anak gemor menipu.. ye la, kalau bgtau yg betul je asyik kene marah.. baik tipu.. aman dunia kan... so, tolong la elakkan...

panjang lebor jugak kan.. kih..kih... just nak share pengalaman kengkawan dan diri sendiri.. yg ni just my opinion.. mungkin kalau ada ibubapa diluar sana yang mungkin ada point of view yg berbeza boleh la share.. sebab mungkin pandangan aq ni ada yang salah.. this is just what i see...

semoga hari kalian bahagia...
daaaaaaaaa...



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI