view my entries with this:

Tuesday, August 25, 2015

What a foolish of me

Assalamualaikum korang..

Al-kisahnya, aq ada jealous dgn sorang kawan hubby ni.. entah la.. walaupun dia kawan lelaki en hubby.. aq still jealous dgn.dia.. am i too sensitive?

And hari ni suami bg video.. ada gambar dia, kawan dia tu dgn anak2x.. entah kenapa aq jadi sedih sangat.. seolah2x mcm diri ni tak de dlm hidup dia.. aq tau, he just nak try2x je app yg dia jumpa.. and since kawen ni bini dia jarang la nak selfie ke tangkap gambar ke ape ke.. banyak amik gambar anak2x je.. tp, hati ni tetap terhiris.. sampai jatuh la air mata dlm erl ni.. x boleh nak tahan.. terasa diri ni bodoh pun ada sebab menangis yg puncanya dr perkara kecik tu je...

Secara tuntasnya, lepas kawen ni aq makin sensitif and cepat terasa.. dulu x berapa nak ambik kesah pun.. sekian..

Mood: stop kan ayo mata..

Sunday, August 23, 2015

Assalamualaikum.. x de tajuk sebab saje x nak letak tajuk...

Apa nak citer malam nie? Hmm... aq letak tajuk kat sini la ek..

DI MANA HILANGNYA SENYUMANMU

aq nak cerita la pasal ni hari ni.. kalau di pk balik.. dulu selalu je senyum.. org selalu je tegur awet muda.. hihi.. so, pengajarannya kena la selalu senyum kan..

Tp bukan senang nak senyum sentiasa.. kalau dulu ye la.. masalah x de.. bukan la x de, tp x banyak.. and kalau stress je x perlu pk pasal org lain.. boleh cari inisiatif sendiri hilangkan duka.. g makan ke.. g jogging ke.. g shopping ke.. tp aq bukan jenis yg suka shopping utk hilangkan rasa stress.. kalau kat u dulu, bila stress je.. sama ada aq akan g jogging pkul 11 or 12  malam ataupun g ambik my favourite ball.. g aim kat tiang gol 100 kali sambil dengar mp3.. balik dah boleh senyum dah.. and yg paling best.. tdo la.. sebab tu la bila kita tengok baby, seronok je sebab muka bersih, muka senyum comey je.. kalau budak2x kan.. sebab pada tahap ni kita tak banyak masalah.. just pk diri sendiri je..

Tp, bila dah berkeluarga sendiri, banyak yg kita nak kena pk..pasal anak2x la.. pasal kewangan la.. pasal sikap org sekeliling la.. buat masa ni aq tak tau la nak hilangkan rasa x best ni.. kalau nak jogging pun x kena.. ye la.. x kan nak tinggal anak2x kot.. and nak tdo pun dah x boleh bila ada masalah.. memang x boleh tdo.. kenapa tah.. maybe faktor usia kot.. aq dah tua.. waa.... and sebab tu la mungkin muka dah x berseri macam dulu.. huhu..

Kalau korang pernah tengok org yg personaliti dia suka senyum.. mesti korang x sangka umur dia sebenarnya lebih tua dr usia sebenar.. and rasanya kalau org yg x pk pasal org lain pun awet muda jugak kot.. sebab senyum je.. hihi...

Apapun, aq harap life korang sentiasa happy.. and the last but not least.. selamat malam...

Wednesday, August 12, 2015

Kursus orientasi dskp kssr pendidikan islam tahun 6 2015

Assalamualaikum korang..
Hye2x.. harap semua bersemangat & ceria...

Sekarang ni aq tengah kursus.. sempat lg kan nak update blog.. kah2x...

Kursus tentang apa? Sila baca tajuk entry.. kali ni melibatkan keseluruhan sekolah di kl.. so first time jumpa para gpi kl ni.. mcm2x karenah..

Actually start dr semalam lg.. tp semalam  mcm boring sikit sebab teori kan... hari ni best sikit sebab praktikal.. dan lagi faham lebih la kan.. nampak apa yang salah dan apa yang perlu diperbetulkan..

Selain tu.. menambah semangat untuk ajar murid dgn lebih baik...
Apapun, terima kasih pihak jpn kl bahagian pendidikan islam sebab menambahkan kefahaman guru baru mcm aq ni..

kursus macam ni kena buat selalu supaya guru sentiasa bermotivasi untuk mengajar sepanjang bergelar guru.. ye la.. kadang2x kita rasa boring.. so, bila ada aktiviti mcm ni.. ok la.. bg aq yg baru.. untuk yg veteran aq x pasti.. tambahan lagi dapat kenal kawan2x lain.. dan situasi dan masalah yang berlaku sekitar pendidikan di kl...

Yes.. semoga dapat teach warisan bangsa dgn lebih baik..
Bye... salam alaik..

Highlight utk kursus ni..

Bidang ada 7 : al-quran, hadis, aqidah, ibadah, sirah, adab dan jawi.

12 elemen rph: mata pelajaran, kelas, masa, kehadiran, standard kandungan, standard prestasi, objektif, aktiviti, emk, bbb, pentaksiran dan impak. Mesti ada dalam rph..

Yg dihighlightkan.. aktiviti menyokong objektif, objektif jadi guide utk kita capai standard pembelajaran dan standard pembelajaran merupakan indikator atau proses untuk kita capai standard kandungan..

Gunakan kbat dalam pdp.. bases on taksonomi bloom..
1. Ingat
2. Faham
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Menilai
6. Mencipta

Tahap penguasaan murid :
1. Ilmu
2. Amali
3. Amalan
4. Iltizam
5. Penghayatan
6. Pentabiaatan

Standard pembelajaran x semestinya dijalankan dalam 1 pdp.. namun begitu ia perlu dilaksanakan..

Objektif mengikut tahap murid tetapi perlu melalui setiap indikator (standard pembelajaran).. dan juga boleh diukur..

Nak tahu lebih lanjut.. sila komen key.. bye..

Salam alaik..