view my entries with this:

Wednesday, December 24, 2014

nukilan sepi...



engkau bentangkan aq dengan dunia yang sama...
bila ku sedar, rupanya dunia kita jauh berbeza...
mengapakah engkau hiaskan ikatan ini berlandaskan dusta?

tatkala diri kelaparan di kala petang..
baru ku sedar mungkin diri ini hanya gunaan dan perhiasan..
seringkali aq memujuk hatiku bahawa segalanya akan berubah kepada kebaikan..
tetapi ketidakmatanganmu membuatkan diri ini terbeban...
terbeban.. terbeban.. sehingga aq jatuh terpelosok di pinggiran...

engkau minta dirimu diagungkan...
lebih daripada tangan yang membesarkan...
sudahkan engkau berfikir bahawa adakah engkau layak didewakan?
kerna diriqu tegas mengatakan layaknya itu memerlukan tahun yang panjang...

engkau mendakwa rezeki yang lain adalah bantuan..
tidakkan engkau sedar bantuan itu perlu dipulangkan...
bukan menjadi hak takluk dirimu seorang....

satu persatu rahsia dibongkarkan...
terkadang diri ini terasa diselubungi penipuan...
bermula dengan kepulan asap ditepian...
kau jaringkan pula dengan ayat kasih yang bukan buat diri...
namun kau pujuk, mengatakan ia kekhilafan diri..
lalu kau ulangi sehingga hati ini terobek berbagi-bagi...

patutlah dahulu kau selalu menghindar...
baru ku sedar diri ini hanya tumpangan...
segala memori menguatkan gusar yang mendatang...
bukan orang lain yang mempergunakan...
bukan seperti dakwaan...
adakah dunia mu ini memang dipenuhkan dengan kebohongan?

terakhir ucapan, aq perlu berdikari..
jangan mengharapkan pertolongan mu lagi...
manismu belum mungkin benar di hati..
mungkin hanya meniti bibir yang tidak pasti...

engkau mengatakan kudrat kaum mu merungkai tinggi...
namun ku lihat ia dapat dipertkaikan lagi...
pelbagai alasan tidak mungkin akan ku dengari..
kerana bagimu kebenaran adalah hak mutlak, itu sudah pasti...
sehingga aq terkapai ingin menyendiri...
lelah.. lelah.. bukan dengan helah duniawi...

kini, aq perlu menghindari..
segala rasa yang aq ingin darimu kasih...
setulus madah buat penyedap hati...
agar aq telus sekiranya perlu hidup sendiri...


tips keluarga I



peringatan untuk diri sendiri dan pembaca..
salam alaik...

kata-kata ibubapa adalah satu doa : so, jangan suka-suka hati mengeluarkan kata-kata keji terhadap anak-anak walau marah macam mana pun... bodoh ke, lekeh ke, bengong ke... walau sejahat manapun anak.. mungkin jahat si anak merupakan ujian untuk kita menikmati syurga Allah...

tunaikan tanggungjawab isteri dulu sebelum sibuk pasal hal lain: ye lah, sekarang ni banyak isteri yang berkerjaya termasuklah aq.. aq ni memang manja dengan mak, rasa je diri tak manja tapi sebenarnya manja sangat sebab kerja rumah semua mak yang buatkan.. tp mak memang terbaik.. mak tak pernah pun nak mintak tolong kat anak-anak kecuali kalau mak tak mampu sangat or, anak-anak tngah free... kiki.. mak pun faham kot anak dia ni tak berapa gemor masak.. tp, oleh kerana kemanjaan tersebut, berlarutan la sifat manja ni dengan suami padahal sifat ni tidak elok untuk perkembangan rumah tangga.. nasib baik encik hubby ni pandai masak dan boleh diharap untuk buat kerja rumah.. muaahahaha... alhamdulillah..  eh, dah melalut pulak.. kembali kepada tajuk.. ye la, selagi keje kat rumah x siap lagi, x payah la nak sibukkan hal lain, kerja lain... ni, bahagian orang diperelokkan tp rumah sendiri berselerakan.. payah jugak tu...

haaa... jangan beli umah besar kalau rasa tak mampu nak uruskan.. aq ni kan pemalas sikit... rumah sewa kecik pun x terjaga.. inikan pulak nak menjaga rumah besar... sekarang aq dok umah besar (mertua).. kalau nak mengemas tu, harapnnya bergotong-royong le... kalau sendiri memang tak terbuat... tp, aq salute bapak mertua aq.. rajin betul mengemas rumah sampai 'mem' besar dok rilekz je... hihi...

aq kene tanamkan sifat dalam diri supaya tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak. macam pelik pulak bila dengar statement daripada seorang ibu "aq dah buat macam-macam untuk korang, korang kene balas la".. so, seolah-olah seorang ibu tu ada autoriti untuk manage life anak-anak.. kalau my mom cakap macam tu, meluat pun ada aq rasa. seolah-olah jaga anugerah Allah tu x ikhlas. harap-harap aq tak jadi ibu yang macam tu.. ish..ish..ish..

so, lagi... kalau ikut ajarang Islam sendiri.. perkara pertama yang ditekankan kepada nabi Muhammad saw adalah ilmu. sama jugak dengan anak-anak.. jangan biasakan diri diorang dengan harta. tp biasakan diri mereka dengan ilmu. kalau org melayu, dioarang cakap macam ni. kalau anak nak ubi, jangan bagi ubi yang dah siap tarik, cuci semua. bagi cangkul.. biar diorang sendiri korek ubi tu.. sama la dengan didik anak.. jangan bagi duit untuk buat itu ini... bagi ilmu, usahakan mereka dapat kerja untuk menampung hidup mereka sendiri... sebagai ibubapa, kene tunjuk jalan dan guide kan.. alhamdulillah... walaupun my bapak belajar takat darjah 5 je, aq bersyukur sebab beliau diberi kesedaran untuk mendidik aq macam tu.. bagi belajar, bagi buku... dorong untuk interview... dorong untuk sambung belajar.. x pe la berhutang pun.. subhanallah.. x terbalas rasa pengorbanan mak dgn bapak.. semoga mereka dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan... kadang-kadang, mendorong dalam bentuk duit tu okay. contohnya laburkan beberapa ribu untuk anak bukak business.. tp, lepas tu x boleh la lepas tangan macam tu je.. kene guide anak tu sampai success.. susah nak jadi mak ayah ni. tanggungjawab besor.. harap diberi kesabaran...


and, betulkan institusi dalam rumah dulu sebelum institusi lain.. apa guna kalau kita solat jemaah kat masjid tp hubungan dengan anak-anak kureng.. baik buat solat jemaah kat rumah.. rapatkan silaturrahim dengan anak-anak dulu... actually, benda nie kene buat start anak kecik lagi.. tp, untuk masyarakat zaman millenium ni masing2x bekerja, ada setengah tu OT.. masa ngan anak kurang.. haa.. yang nie lagi satu hal.. kene carik inisiatif macam mana nak rapatkan diri dengan anak kalau busy dengan kerja macam tu... hmmm... maybe si isteri boleh jadi suri rumah tangga sepenuh masa. tp, zaman sekarang tak cukup pulak.. adeyh... counceler.. help us...

hmmm... and sebagai ibubapa, aq harap bila anak-anak dah besar, tidak akan tertanam di dalam minda aq bahawa.. "aq ummie, aq la betul.. anak tau ape? baru hidup setahun jagung." nauzubillah.. kadang-kadang, bila ibubapa terima pandangan anak, anak tu akan rasa dihargai sangat.. that will make love and bahagia... dan jugak, pandangan anak tu jangan di 'pangkah' je terus.. ni, cakap sikit, kene pangkah, cakap sikit kene pangkah.. habis jatuh confident anak tu... x percaya diri sendiri jadiknya nanti. dan yang lagi teruk, anak-anak gemor menipu.. ye la, kalau bgtau yg betul je asyik kene marah.. baik tipu.. aman dunia kan... so, tolong la elakkan...

panjang lebor jugak kan.. kih..kih... just nak share pengalaman kengkawan dan diri sendiri.. yg ni just my opinion.. mungkin kalau ada ibubapa diluar sana yang mungkin ada point of view yg berbeza boleh la share.. sebab mungkin pandangan aq ni ada yang salah.. this is just what i see...

semoga hari kalian bahagia...
daaaaaaaaa...



Saturday, December 13, 2014

wordless saturday



bismillah....
is everything will going to be fine?
hmmm.. sekarang nie dah tak leh nak senyum semanis dulu...
rasa macam bertimbun masalah... kalau dulu boleh selfie2x badjet muda dalam dunia maya..
tp, sekarang semua macam terbantut....
adakah cara hidup ini membantutkan segalanya...
aq dah tau jawapannya... sudah tentu la tidak...
manusia sendiri yang menimbulkan masalah...
Allah tak pernah beri masalah kepada kita..
mungkin Allah ada menguji tp aq sedar masalah ni berpunca daripada manusia sendiri...
kesedaran yang macam mana lagi yang perlu difahami? jalan yang mana perlu aq pilih? jalan yang mana yang paling terbaik? respon apa yang patut aq berikan...
terlalu banyak yang hati ini nak luahkan tapi tiada tempat...
Aq tau Allah akan sentiasa mendengar keluhan hambaNya...

sebentar...
aq tersedar, aq akan usahakan...
doakan kehidupan ini akan lebih ceria tanpa masalah yang menyebabkan penuaan kepada wajah nie..
huhu...
bismillahirrahmanirrahim...