view my entries with this:

Monday, February 23, 2015

cara mudah download from youtube...



assalammualaikum korang...
sape ada masalah nak download from youtube? sila angkat tangan...
aq salah seorang daripada korang la awalnya...
sebab x de software ape entah...
so, sekarang dah tak perlu dah software tu...

korang boleh download dengan mengubah url dia sahaja...
it's a kind of software i guess...
tp, by online la...
so, aq ajar korang hari nie eh...

apa yang korang kene buat adalah...
korang open video yang korang nak download dalam youtube...
korang pause dulu video tu...
kemudian.. dekat alamat url dia...
sebelum perkataan youtube tu korang taip ss...

nak senang... korang klik link kat bawah nie...
follow je apa dia ajar okey...
gud luck...

https://www.youtube.com/watch?v=IubsfPD9U9Q




Monday, February 16, 2015

tips dapat duduk erl...



assalamualaikum korang dan selamat pagi...
adui.. x de idea langsung nak buat teks MTQ..
huhu..
so, share tips ngan korang sikit...
tp, tips ni utk sape yang naik erl pkul 7.30petang...
selalunya time pack memang ramai yang tak dapat duduk dalam erl tu...
kalau dari kl central nak ke salak tinggi macam aq alamatnya kene la berdiri 30 minit lamanya...

so, utk sape yg melalui keadaan yang sama dengan aq...
dalam memastikan korang dapat tempat duduk...
korang kene ada kat station selewat-lewatnya 15 minit...
macam aq, selalunya before 7.15petang tu aq dah menapak kat station erl kl central tu and terus beratur je sebab selalunya train akan sampai 2,3 minit before depart..
tp, kalalu 7.15 tu biasanya train dah sampai and akan depart pkul 7.30....

sekian je.. bye..bye...


in lOve with neelofa hijabstyle?..



assalamualaikum korang...
siapa tak kenal neelofa angkat tangan...
hihi... sape tak kenal, sila google pelakon, pengacara canteq dan comel nie eh...
so, terbaru ke? rasanya tak de la baru sangat neelofa hijabstyle nie...



alhamdulillah.. dah bertudung dah neelofa nie and baju dah mula nampak sopan berbanding dulu...
satu penghijrahan yang sangat baik...

tp, berkenaan dengan this style, actually masih tak cukup dalam syariatnya...
muslimah digalakkan pakai tudung dengan melabuhkan tudung tersebut supaya menutup dada...
but this style i think still menampakkan dada kita...
so, dari segi syar'i masih tak cukup dalam penutupan aurat..

so, sape yang fall in love with this style.. make sure korang labuhkan sikit shawl tu utk tutup bahagian dada korang...
selamat berhijab muslimahs...
(,")



Wednesday, February 11, 2015

tips nak lajukan vle frog sekolah..



assalamualaikum korang....
hallu..hallu semua.. harap korang ceria tatkala membaca entry ni....
cop!! haaa.... hal ini hal government...
speacial case utk guru2x yang manage vle frog sekolah masing-masing....
by the way... aq dapat satu tips hari ni, maka dengan 1 tip ini jugak la aq share dengan korang....

based on perkara sebenar... selalunya ppd akan pantau perkembangan vle frog setiap sekolah...
betul kan.. tak tipu kan...
so, kalau penggunaan vle frog rendah, ppd akan turun padangla tengok kenapa tak berjalan vle frog nie...

so, 1 tip yang aq dapat adalah... para guru yang berada di sekolah...
kite ada guna banyak sistem kat sekolah kan...
such as apdm, e-operasi, i-think, e-penyata gaji, saps etc...
so, link kan sahaja url sistem2x ni kat dalam vle frog korang...
dan selepas itu, setiap kali korang nak gunakan sistem tersebut... korang bukak la melalui vle frog...
so, makanya akan terbuka vle frog setiap kali korang nak bukak sistem tersebut....

sekian....



guru-tukar sekolah-gaji



assalamualaikum korang..
ehem..ehem... baru lepas busy berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan...
macam-macam jenis orang dalam dunia nie...
nasib baik most of them okay...
tp, ada sorang daripada ppd bangsar tu...
ish, kerek betul... staf lelaki... nasib baik aq tak nampak muka...
hmmm...

so, sekarang timbul masalah berkenaan dengan gaji pulak...
based on apa yang dah terjadi kepada aq....
aq dapat penempatan semula selepas membuat rayuan dari johor, dapat la kat kl...
aq berpindah setelah dokumen yg perlu diserahkan kepada suruhanjaya perkhidmatan pendidikan di proses...
my coursemate dah selesai berkenaan dengan gaji...
aq tersangkut pulak... bezanya antara kitorang...
my kawan tu buat rayuan, bila terima surat melapor utk sekolah lama, dia tak pegi sebab masih dalam pantang... and dalam pantang period tu pulak dapat surat penempatan semula...
so, dia terus melapor di sekolah baru dan proses dokumen yang diperlukan di sekolah baru...
so, smooth je la perjalannya...

as me, aq pergi melapor dulu walaupun dalam pantang sebab takut jawatan tersebut digugurkan...
jadi, dokumen yang diperlukan aq proses kat sekolah lama....
bila bertukar ke sekolah baru, kerani sibuk bertanyakan tentang dokumen dari sekolah lama...
bayangkan setelah 7 bulan berkhidmat kat sini, masih tak dengar berita...
kakak kerani dah risau pasal gaji aq sebab takut terus stop macam tu je tanpa khabar berita....
sebab pembayar gaji masih belum bertukar pada pihak kl... masih johor yang bayar...
kalau tidak ada kolaborasi antara dua negeri, mungkin kl tak bayar gaji sebab tak dapat info aq bertukar dan johor stop gaji sebab dapat info aq sudah bertukar negeri...

so, sapa yang runsing mengalami situasi yang sama... jangan risau...
aq jelaskan serba sedikit perkara nie, key....

dalam kes aq, sekolah tunggu surat pengesahan pelantikan dan slip gaji untuk gaji jawatan DG (from DC)
then, berurusan berkenaan dengan compatible antara gaji DC dan DG di Johor dahulu baru dokumen tersebut dihantar ke sekolah baru...
jadi, pusat pembayar gaji akan berubah setelah proses tersebut selesai di pihak sekolah lama...
tp, lama jugak la nak tunggu....
setahun jugak...
so, jangan stress okay.. steady je tau...

insyallah, gaji korang takkan stop terus macam tu je...
cumanya korang kene pastikan dokumen yang korang hantar ke spp itu betul di proses oleh kerani...
supaya proses pelantikan jawatan korang betul berlaku..
kalau miss kat situ yang problem tu kot...
so, selamat beramal....


Monday, February 2, 2015

mak nyah dalam toilet ladies..



assalamualaikum korang...
taukan mak nyah tu ape....
hari tu jadi betul2x pada diri...
pernah jugak aq sembangkan perkara nie dengan hubby...
effect yg akan berlaku kalau biarkan je berleluasa gejala mak nyah dan kebenaran kepada lelaki untuk berpakaian seperti wanita...
melalui hukum dah sememangnya haram kalau lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya...
tp, tu la... kesal dengan keputusan mahkamah yang membenarkan perbuatan tidak bermoral tu...
dah la dua daripada hakim tu melayu...
ish..ish.. terkilan bertul...


dan minggu lepas...
jadi depan mata... ingat nak membuang dalam toilet tu...
masuk2x je, cuma ada 2 org je dalam toilet tu...
termasuk aq ada 3 la...
actually, diorang tngah dok bersembang pasal barang private diorang yg sepatutnya diceritakan oleh kaum wanita...
at first sight,yang seorang tu aq x assume ape2x pun sebab cantik...
muka bujur sirih...
cuma dada leper la sikit...
tp, sorang lagi tu dok sikat rambut beria semacam je...
jarang aq jumpa perempuan yang berdandan dengan lentik tangan yang over nie....
sekali keluar suara,,,
mak, jantan...
terbantut aq nak membunag.. tunggu sampai kat sekolah je la gayanya...

dunia zaman sekarang... kalau tatkala tu aq tak perasan, then bukak tudung betulkan rambunt...
kan dah dedahkan aurat... x pasal-pasal je...
dan nasib baik la diorang tu mak nyah...
kalau GS (gila seks) sengaja pakai macam perempuan masuk toilet perempuan macam mana...
nauzubillah...

p/s: ke... kene sediakan satu lagi toilet untuk mereka yg kecelaruan identiti nie...
ish....