view my entries with this:

Wednesday, July 29, 2015

en fiRdauS.. romAntik Ke?



assalamualaikum korang...
may korang berbahagia sentiasa...

so, entry kali nie pasal apa pulak ea..
actually nak memuji hubby sendiri.. tp, takut korang termuntah pulak baca.. so, main point nya aq cerita pasal novel yg aq baru baaca je la...

dalam sebulan nie aq cuba habiskan satu novel yang dipinjam daripada adeq aq... 
tajuk dia : Dia.. isteri luar biasa...
and seperti biasa, novel lebih menyerlah daripada tengok cerita...
for me la kan...
lebih touching aq rasa bila baca novel ni....
ngeh..ngeh..

tp, aq tak sangka pulak bila baca novel tu...
personality my hubby rupanya lebih kurang Raden Amzar...
bab-bab lain x de la sama..
my hubby tak de la sebijak husband Dewi yang berpangkat professor tu...
kaya pun tak jugak... just kerja makan gaji je...
keluarga pun x de la sebahagia Dr Amzar tu..
isteri dia pulak jauh la beza dengan si Dewi tu..
isteri en firdaus ni tergolong dalam golongan biasa je.. x de yg speacial sangat untuk diceritakan.. huhu..

tp, rupanya antara personality yg ada pada my hubby, penulis novel akan kategorikan dalam romantik... romantik ke en firdaus nie?..
baru aq sedar... most of gambaran maya dalam kotak fikiran aq berkenaan dengan cara layanan Raden Amzar rupanya sama dengan suami...

bila fikir-fikir balik, lepas jadi mommy kepada 2 puteri nie, tahap kesabaran aq memang merudum.. cepat je nak moody, cepat je nak tension, cepat je nak naik angin... and most of the time en firdaus akan coolkan.. ye la.. adegan peluk-peluk, gosok belakang, kiss kepala & pipi... memang cara dia tenangkan aq bila tngah mengamuk... kalau diikut ego lelaki, susah nak tahan kot.. boleh saja kaum diorang pedesing keluar rumah cari ketenangan dengan kawan-kawan...

and en. firdaus nie memang suka menyakat.. kalau dia tension, buat muka badak je, aq akan jadi lagi tension daripada dia... dah la duduk rumah mak mertua kan.. kalau dia tengah marah tu, rasa macam a girl yg duduk tepi corner je... uuuwwaaaaa...

and, most of the time jugak en firdaus nie banyak sabar.. ye lah.. jika nak dibadningkan dengan ego lelaki...
selalu je nak buat statement besar2x yang kata THEY ARE ALWAYS RIGHT.. benci je kan... huhu...
tp, alhamdulillah... rupanya ramai jugak lelaki yang tolerant... 

so, bila ada je adegan romantik yang ada dalam citer tu, rasa seolah-olah sama je.. tu yang syok baca tu...
and pergaduhan dan main tarik tali tu sebenarnya salah satu ramuan dalam rumah tangga kita..
yang penting, kita kena sentiasa berhati-hati daripada sikap lalai sebab syaitan memang bersorak bila berlaku perceraian nie...

so...
overall cerita tu okay la...

betul jugak, kadang-kadang org yg free hair nie la yang baik... perempuan bertudung nie mulut macam longkang, hati busuk... tp, kenalan aq yg bertudung okay je la... tak de la yg busuk hati pun.. mungkin certain2x tp jarang la jumpa... konklusinya, don't judge a book by it's cover.. sebab tu orang kata kalau tak kenal maka tak cinta...
and tak bermakna pulak aq  sokong kepada budaya free hair ni sebab terang-terang syariat suruh tutup auratkan...
aq kan ustazah (x berapa nak ustazah sangat la kan).. hmm... bila nak jadi ustazah sejati neyh? korang doakan ye...
aminnn...
tp, apa yang mampu kita mampu buat untuk patuh syariat, patuh la... mungkin kita akan lalai, tp bila kita sedar, cubalah yang terbaik untuk terus mengindahkan perhubungan suami isteri nie...

apepun, boleh la baca buku novel tu buat kudap-kudap kepala...
so, selamat membaca ea... till d next entry..


Tuesday, July 21, 2015

tenangkan diri bila takde rezeki...



assalamualaikum korang..
pernah nampak tak tajuk entry macam nie..
sape peminat blogger abg ben kompem pernah ternampak tajuk entry beliau baru2x ni yg berbunyi begitu...
bila nampak je tajuk entry abg ben nie, aq laju je klik link blog beliau sebab sekarang poket tngah kosong.. so, untuk masa sekarang nie kalau tak de duit kompem la pening kan... 
hua..hua..hua... rupanya bukan x de rezeki abg ben ni... dapat rezeki...

tp, tak pe...
aq nak share beberapa tips yg my hubby telah tanamkan dalam kepala hotak nie.. keh..keh...

actually, secara jujurnya aq kalau bab duit nie, manage tak pandai.. sampai kesempitan memang menyebabkan fedup pada diri pada tahap yang maksimum.. mana taknya, sekarang nie semua based on that thing.. dunia akhir zaman le katakan...

before nie aq ada masalah besar juga bab duit nie bila mana kerani sekolah lama kata aq tak layak cuti bersalin bergaji tu.. so, kena bayar balik gedebuk macam tu.. aq nie bukannya org berada.. mana la nak cekau duit banyak tu... ha.. mula la hati gundah gulana... sampai org sekeliling jadi mangsa kerunsingan diri...

tp, untuk insiden baru nie, kerani sekolah yang lama jugak stopkan gaji menyebabkan gaji aq delay sampai 4 bulan.. sekarang nie sengkek sebab tak bergaji la... tp, alhamdulillah.. aq dapat terima dengan baik.. mungkin sometimes keluar jugak runsing tu.. tp, tak selalu macam dulu..

korang tahu, semuanya ada solusi...


bagi mereka yg kat luar sana tu yang pening bila tak de duit...
tenang... sebab konsep utamanya adalah semua rezeki tu adalah hak milik Allah.. kita nie hanya meminjam je.. kalau Allah kata ko tak de rezeki, buat la macam mana pun.. kompem tak dapat punya.. tp, Allah tu kan Maha Adil.. tak kan la org yg berusaha bagai nak rak Dia nak abaikan.. so, bila kita berada di dalam kesempitan, mintak la pada Dia.. sebab Dia yang bagi rezeki kat kita.. bukan bos kita, bukan orang lain... bos and orang sekeliling tu cuma perantaraan je...

yang keduanya, rezeki sebenarnya bukan diukur melalui harta sahaja...
duit, rumah, kereta, tanah, emas... nie benda2x yang terang-terangan kita faham tentang rezeki...
tp, adakah kita sedar bahawa anak tu rezeki, kesihatan tu rezeki, masa terluang itu adalah rezeki.. so, gunakanlah sebaiknya...

dan secara jujurnya, aq pernah berdoa kepada Allah supaya jadikan aq kaya...
tp, bila fikir-fikir balik, terasa diri nie tamak dihadapanNya... nauzubillah...
ada hikmah rezeki yang kita dapat just banyak tu je... jadi, redhalah dengan apa yang ada..

pada dasarnya aq masih mengomel tentang GST, tp aq tak de la pening sangat masa tak berduit...

ada tips daripada seorang bangsa Cina berkenaan dengan rezeki...
first, buat baik kepada ibubapa kita..
second, berkawan rapat dengan orang yang berjaya...
third, banyakkan bersedekah.. jangan lokek..

dan ada 1 buku yang bagus berkenaan dengan rezeki nie, tp aq lupa la tajuknya..
apapun, secara rumusannya rezeki boleh didapati melalui sedekah, solat dhuha, bacaan al-Quran, doa, solat hajat, berzikir dan lain-lain lagi... tp jangan lupa ea.. usaha tetap usaha tau.. jangan amalan kat atas tu buat tp goyang kaki kat rumah... hhmmpppp... 

so, till d next entry..
salam alaik...




Tuesday, July 14, 2015

majlis khatam quran



assalamualaikum...
selesai sudah majlis khatam Quran dan majlis penutup program ihya' Ramadhan SKJHT2..
nak katanya, seronok dapat pegang balik adobe photoshop.. salah satu benda yang aq suka buat time siswazah dulu menggodeh benda nie la..
and time pra-sijil dulu pun dapat mark yang best from lecturer..
tu yg makin gemar tu.. keh..keh...

so, ni la hasil kerja beberapa jam..


ingatkan kena bahagian slide je.. last minute baru tau jadi mc..
mula-mula steady je.. ingatkan sampai akhir majlis boleh steady..
rupanya-rupanya baru kena mike, tgn terus  gigil... fuh2x.. penat buat senaman pernafasan time tngah break...
fobia sebenarnya sebab time palapes dulu nak kena sepak disebabkan salah protokol.. sikit je pun salahnya dah nak kena sepak... so, fobia la sampai ke sudah,,,
kah2x.. tp, okay la sebab kat sekolah protokol tak macam army.. lagipun ada penyampaian hadiah... nak bagi budak diam tak leh la nak protokol sangat kan,, so, layankan aje.. just terfikir apa pandangan GB sebab dia leftenan.. huhu...

????


seronok tengok budak dapat duit raya.. and my piteri yang 2 orang tu pun dapat juge.. yeay...

tp sorry la tak leh nak repay sebab aq x masuk gaji utk 4 bulan.. uuuwaaaa...
layankan je la....






Sunday, July 5, 2015

tips simpanan pendidikan untuk anak



assalamualaikum korang...
hmm... sekarang ni asyik pk duit je.. padahal duit tu sementara kat dunia je.. tak bawak ke akhirat pun.. tp, untuk masa kini, aq tak boleh nafikan kepentingan duit...

oleh kerana aq bukanlah jenis orang yang menyimpan, jadinya aq pun ambil pelan takaful...

actually, kat sini ada  metode yg korang boleh guna untuk simpanan pendidikan anak-anak...
yang pertamanya korang boleh simpan dekat dalam bank yang tak guna kad atm macam tabung haji...
so, duit dalam akaun tu susah la nak dikeluarkan dan korang tak kan sewenang-wenangnya nak belanjakan duit tu.. benefit lain simpan dalam tabung haji... korang boleh daftar haji... kalau korang nak buat dengan tabung haji la... ngee... 

tp, bagi aq, aq ambik pelan takaful...
apa bestnya pelan nie, yang pertama saving la.. selagi tak capai tempoh matang memang tak boleh keluar duit...
second, aq tak payah nak risau bab sedekah.. sebab setiap bulan melalui pelan ni aq sumbangkan kepada tabung khairat dalam takaful.. seolah-olah setiap bulan aq bersedekah sama ada bulan puasa ataupun tak.. diam tak diam rupanya aq dah membantu orang lain melalui sumbangan tersebut.. kalau nak terima sumbangan tersebut, jom la join takaful.. 
dan lagi, aq juga dilindungi.. walaupun pelan tersebut untuk anak, tp, pelan takaful ni akan lindung aq dan anak aq.. two in one macam tu...
dan lagi, pelan takaful yang aq ambik ni adalah affordable untuk org macam aq yg mana rate dia serendah 70 hinggit je sebulan...

so, best kan.. haha... jom la ambik pelan pendidikan takaful ni.. berbaloi tau...

siapa yang rasa berminat untuk ambik pelan takaful ni boleh pm aq kat sini or email kat doubledeeya@gmail.com


golongan pertengahan tertekan



assalamualaikum korang..
sekarang nie ekonomi negara semakin mendesak rakyat...
nak tak nak aq pun terasa jugak bahang kehangatan kegawatan ekonomi yang bakal dihadapi nanti...
kalau sekarang nie, hidup kita secara sederhana, namun pada hakikatnya dah cukup-cukup je.. itupun x boleh nak shopping sakan.. kalau shopping je kompem bulan tu sakit sebab poket kosong...

ye lah, pak menteri dok sedapkan hati rakyat dengan bermacam-macam statement...
ada yang kata sebulan just guna lebih kurang rm100++ untuk minyak kereta.. tp, my family punya badget minyak kete sebulan rm400++.. itu tak campur tambang erl lagi, tambang monorel lagi...
so, statement tu memang x boleh pakai...

dan lagi ada yang kata nak hadapi ekonomi sekarang raya tak payah la balik kampung...
orang yang bagi statement macam ni memang kurang moral dengan ukhwah dan persaudaraan..
dah la nak bagi mak ayah bulan-bulan pun tak lepas... melawat diorang pun tidak.. kalau aq sebagai mak ayah, ya Allah sedih gila kot.. kita dah susah payah besarkan anak sampai berjaya tengok2x tak menjenguk pun.. bukannya selalu, time raya tu...
so, aq rasa statement nie pun tak boleh nak pakai....

dan ada yang kata kalau tak mampu beli minyak kereta, pakai la basikal...
kalau bab aq nie, kerja kat kl.. stay kat selangor sebab hubby kat sini.. mintak tukar kat kpm x lepas...
tak kan nak gi kerja naik beskal... pada-pada la kalau nak keluarkan kata-kata tu pun.. macam orang yg tak de otak je.. oooppsss... kasar tak bahasa nie...?
tp, seriously, ekonomi kini memang menekan rakyat terutamanya golongan pertengahan macam aq nie...

kalau orang kaya memang tak terasa sangat la.. kalau orang miskin, diorang merupakan golongan yang akan mendapat bantuan.. golongan pertengahan ni la yg tersedak-sedak...
semoga diberi kesabaran untuk menghadapi dugaan nie..
amin...



Friday, July 3, 2015

sad friday..



dunia memang upside down...
tatkala aq respect kat dia.. dan tatkala aq bersyukur dia hadir dalam hidupqu.. tatkala aq kagum dengan ketabahan dia.. tatkala aq teruja dengan tenaganya... dalam sekelip mata hitam semua dek gara-gara tampak ketidak ikhlasan dalam diri...
ketika mana dirinya terasa diperhambakan dan dipergunakan... adakah kemalasan diri membuatkan dia diperhambakan.. adakah rasa bahagia dimanjakan itu membuatkan dirinya rasa dipergunakan?

kecewa, berkecai rasa jiwa.. betullah tekad diri mengatakan supaya jangan pernah meminta pertolongan darinya kerana pertolongan dan rasa dimanjakan itu adalah berlawanan daripada apa yang dia rasa... diperhambakan & dipergunakan..
walhal tidak sedetik pun diri ini terniat untuk melakukan demikian...
ya.. semua itu terjadi ketika mana tampak keperibadian rasulullah saw sebagai suami kepada khadijah dan aisyah dalam dirinya...

hilang rasa respect itu.. it just fade away sedikit demi sedikit dan akhirnya menampakkan semula luka lama...
biarlah diri ini sendiri.. sekiranya nampak diri ini berada dalam kepayahan, biarkanlah.. tak perlu dimanjakan atau dibelai...
kerana kasihmu seolah-olah menuntut balasan... ketika diri dalam kesedihan tak perlu berikan kemaafan kerana lafaz maaf itu hanya luaran dan pada batinnya diri ini yang bersalah di mata sang imanmu...

jika terjadi perpisahan, apa yang perlu aq lakukan kerana lafaz keluarga itu dirimu cuba kikiskan...
walaupun syurga di bawah telapak kakimu tetapi muhasabah diri... benar-benar layakkah dirimu memegang syurgaku...

so, silent is the best thing to do..
when i speak we'll argue..
so, just silent.. just silent for a moment will do...