tenangkan diri bila takde rezeki...



assalamualaikum korang..
pernah nampak tak tajuk entry macam nie..
sape peminat blogger abg ben kompem pernah ternampak tajuk entry beliau baru2x ni yg berbunyi begitu...
bila nampak je tajuk entry abg ben nie, aq laju je klik link blog beliau sebab sekarang poket tngah kosong.. so, untuk masa sekarang nie kalau tak de duit kompem la pening kan... 
hua..hua..hua... rupanya bukan x de rezeki abg ben ni... dapat rezeki...

tp, tak pe...
aq nak share beberapa tips yg my hubby telah tanamkan dalam kepala hotak nie.. keh..keh...

actually, secara jujurnya aq kalau bab duit nie, manage tak pandai.. sampai kesempitan memang menyebabkan fedup pada diri pada tahap yang maksimum.. mana taknya, sekarang nie semua based on that thing.. dunia akhir zaman le katakan...

before nie aq ada masalah besar juga bab duit nie bila mana kerani sekolah lama kata aq tak layak cuti bersalin bergaji tu.. so, kena bayar balik gedebuk macam tu.. aq nie bukannya org berada.. mana la nak cekau duit banyak tu... ha.. mula la hati gundah gulana... sampai org sekeliling jadi mangsa kerunsingan diri...

tp, untuk insiden baru nie, kerani sekolah yang lama jugak stopkan gaji menyebabkan gaji aq delay sampai 4 bulan.. sekarang nie sengkek sebab tak bergaji la... tp, alhamdulillah.. aq dapat terima dengan baik.. mungkin sometimes keluar jugak runsing tu.. tp, tak selalu macam dulu..

korang tahu, semuanya ada solusi...


bagi mereka yg kat luar sana tu yang pening bila tak de duit...
tenang... sebab konsep utamanya adalah semua rezeki tu adalah hak milik Allah.. kita nie hanya meminjam je.. kalau Allah kata ko tak de rezeki, buat la macam mana pun.. kompem tak dapat punya.. tp, Allah tu kan Maha Adil.. tak kan la org yg berusaha bagai nak rak Dia nak abaikan.. so, bila kita berada di dalam kesempitan, mintak la pada Dia.. sebab Dia yang bagi rezeki kat kita.. bukan bos kita, bukan orang lain... bos and orang sekeliling tu cuma perantaraan je...

yang keduanya, rezeki sebenarnya bukan diukur melalui harta sahaja...
duit, rumah, kereta, tanah, emas... nie benda2x yang terang-terangan kita faham tentang rezeki...
tp, adakah kita sedar bahawa anak tu rezeki, kesihatan tu rezeki, masa terluang itu adalah rezeki.. so, gunakanlah sebaiknya...

dan secara jujurnya, aq pernah berdoa kepada Allah supaya jadikan aq kaya...
tp, bila fikir-fikir balik, terasa diri nie tamak dihadapanNya... nauzubillah...
ada hikmah rezeki yang kita dapat just banyak tu je... jadi, redhalah dengan apa yang ada..

pada dasarnya aq masih mengomel tentang GST, tp aq tak de la pening sangat masa tak berduit...

ada tips daripada seorang bangsa Cina berkenaan dengan rezeki...
first, buat baik kepada ibubapa kita..
second, berkawan rapat dengan orang yang berjaya...
third, banyakkan bersedekah.. jangan lokek..

dan ada 1 buku yang bagus berkenaan dengan rezeki nie, tp aq lupa la tajuknya..
apapun, secara rumusannya rezeki boleh didapati melalui sedekah, solat dhuha, bacaan al-Quran, doa, solat hajat, berzikir dan lain-lain lagi... tp jangan lupa ea.. usaha tetap usaha tau.. jangan amalan kat atas tu buat tp goyang kaki kat rumah... hhmmpppp... 

so, till d next entry..
salam alaik...




Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI