taNda berSalIn turUn daRah.. part II



bismillahirrahmanirrahim..
hai korang.. selamat bercuti pada hari sabtu nie.. bagi yang bekerja, redhalah dan happy je okay. bekerja kerana Allah.. dapat pahala tau...

so, aq nak sambung story sebelum nie...
dalam pkul 1 lebih nak masuk pkul 2 aq gi la ke labour room.. after tukar baju bersalin pink yang kiut miut tu.. so, menunggu masa.. sementara tunggu doktor datang periksa, nurse bagi epidurel, ubat tahan sakit tu. kalau time nia dulu, doktor tanya dulu nak ke tak and kite boleh decide sama nak atau tak. tp kali nie nurse terus bagi je.. sambil menunggu tu, aq call my hubby.. saje hilangkan keboringan.. tp, ada satu perkara pelik berlaku. nurse kat luar ketawa-ketawa and nyorok-nyorokkan muka dari aq. aq blur tp, macam dapat agak benda tu mesti ada kaitan dengan hubby. dah transfer ke persint 8.. tekaan aq betul. diorang ingat my hubby tu adeq aq.. cis, tercabar rasa diri ini.. tp, layan je la... sebab tu aq post menda nie...



tertekan.. hahaha.. apepun, time nak deliver tu tak tau lagi citer tu.. after that baru tau. so, aq pun dalam tertanya-tanya tu biarkan je la masa berlalu. yang tak bestnya kali nie, nurse kata hubby tak boleh masuk. alamak.. time nia dulu dia la kekuatannya.. tp, ajaib, tetiba my hubby masuk.. yeay.. gumbiranya hati tak terkata.. so, ambik masa tu dok sembang dengan hubby.. sambil layan sakit contractio yg makin kerap..

x berapa lama lepas tu, doktor masuk untuk pecahkan air ketuban.. tp, doktor lelaki.. malunya rasa... tp, rasa sakit tu membuang rasa malu tu jauh di sudut hati.. aq pk nak cepat sudahkan peperangan nie je... 

tp, nak katanya.. sakit kali nie memang lebih lagi daripada masa beranakkan dania dulu. hadoi.. lepas pecah air ketuban tu lagi la. hubby masuk je terus menangis kat hubby.. hubby la dok pujuk.. huhu.. tp, memang sakit. sampai satu tahap aq teran je. time nie aq dah tak peduli orang lain dah. walaupun ada gas yang buat kita rasa kebas tu.. walaupun qu sedut banyak-banyak gas tu still x leh tahan. my hubby pun call nurse sebab aq dah start teran. bila cek bukaan rupanya baru 5cm.. nak tunggu berapa lama lagi.. doktor kata: "eh, awak jangan teran lagi tau, nanti luka besar". then, nurse keluar balik. diorang suruh rapatkan kaki. lepas diorang keluar, aq dalam keadaan rapat kaki tu aq teran. automatik.. sebab sakit tu. 2,3 kali jugak la sampai terkeluar la poops.. uwaaa.. malu.. tp, memang sebelum tu aq sakit perut, berak cirit pun. huhu..

sambung lagi. after 10 minit or lagi cepat dari tu.. doktor masuk sebab aq keep teran kan. tengok-tengok dah nampak kepala baby. so, operasi pun bermula...

alhamdulillah. selesai. perang berakhir pada 0304 pagi hari jumaat bersamaan 15hb 5 tahun 2015. pandai adeq nia pilih tarikh.. kiki.. kalau nak tanya pengalaman jahit tu, ada orang kata jahit tu tak sakit pun, sebab dah bagi ubat kebas. bagi aq, sakit nak beranak lagi sakit, tp jahit tu pun sakit jugak. time dania and kali ni sama je. aq ambik gas tu.. hahahaha.. tp, yang bestnya jahit kali ni tak senget2x macam time dania dulu.. so, memang rasa steady je la.. sedap je rasa sebab tak rasa sakit sangat kat bahagian jahit tu.

lama jugak dok labour room tu.. sambil pegang baby, sambil menginsafi diri. astaghfirullah. aq dok terpk kalau ini la sakit di dunia nie. macam mana la kat akhirat nanti. sakit yang macam nie je pun dah tak tertanggung dah rasa..

my hubby pun dah layu dah. ye la.. dari pagi bekerja tak berhenti. kan kitorang duk gotong-royong kemas bilik. pasang meja. lepas tu dia kene tunggu pulak bini dia. si kecik pulak nak kene ampu je. akhir kata kening hubby pun dah terangkat sebab nak tahan mata dari terlelap. so, aq dengan baik hatinya bagi pilihan kat suami. suruh dia balik dulu rehat and datang esok. tak lama lepas tu jugak aq kena tukar ke labour room lain. ganti bilik yang tak de kekosongan tu. redha je la. nasib baik ada bilik, orang lain dok kat corner je. kesian diorang.

so, kesimpulannya.. beranak dengan tanda turun darah lagi sakit daripada sakit contraction. sape yang dah keluar tanda nie, harap tabahkan hati. jangan rasa takut sangat. rilekz je tau. kalau korang takut, lagi sakit nanti sebab mind set kita dah set sakit..sakit... dan sakit. rilekz je okay. berserah diri banyak-banyak kepada Allah..

at last but not least.. aq nak perkenalkan kat korang.. 
Nur Farah Ibtisam binti Mohd Firdaus


doakan farah jadi anak yang solehah ea...
salam alaik wa barakallahu fik




Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI