view my entries with this:

Thursday, June 29, 2017

Camat ari raye!!


Assalamualaikum korang. Aq nak ucap selamat hari raya kat korang semua. Semoga happy2x selalu hendaknya. Bagi aq, raya tahun ni ada sedikit kelainan. Mungkin disebabkan faktor umur, baru aq terasa sayunya apabila ramadhan pergi. Apapun, masa tetap akan berlalu kan. Jarapnya, sempatlah berjumpa ramadhan 1439H pulak. Insyallah.. Doakan bersama ye..

Okaylah.. Tahun ni biasa2x je.. Raya rumah mak & bapak aq di Perak. Yes, aq sokong sangat tentang sebenarnya x de sistem giliran. Isteri opkos kena ikut suami kan.. And suami tanggungjawabnya kepada ibunya... So, kat sini aq rasa berterima kasih sangat sbb en hubby willing raya bergilir2x ni.. Hihihi...

Tentang budak tomey 2 org tu pulak. Kakak nia dah pandai merasa hari raya.. Dah kenal lagi raya... Dah kenal erti duit raya.. Selalu tapau duit raya kat ummie utk beli ais krim ke, mainan ke.. Seronok jugak.. And adeq farah pulak kan best friend kakak nia. So, apa yg kakak nia buat, she will follow. So, ummie pun x pasti adeq farah tu sebenarnya dah faham erti raya ataupun belum.

Tahun ni beraya di rumah saje. Bapak banyak hal and disebabkan faktor kesihatan, x de pun balik bagan datoh utk raya. Padahal dok semangat nak berjalan, tp x ke mana jua. Alhamdulillah, hari ni hubby ajak jugak pegi raya.. Yeay... Suka..suka..






Sebahagian gambar. Yg lain semua dah masuk insta. X larat dah asus ni nak tampung banyak2x gambar.. Kiki.. 

Sape yg follow kakak nia dgn farah, boleh g insta dengan ig "dausniafarah" ye.. Sape yg follow en hubby, yg perempuan, haip.. Ana x kasi follow2x.. Jealous tau.. Hahaham... Lelaki x pe.. Ngee...

So, tu je dulu kot. Dikesempatan ni jugak aq nak mintak maaf dekat semua reader blog aq ni kalau ada penulisan aq yg membuatkan korang terasa ke apa ke? Hahaha.. Sape dok area sepang, nilai.. Boleh drop alamat kat bawah.. Kot boleh jalan raya. Tp kena sediakan duit raya tau.. Hahaha.. Boleh x gitu.. Layan saje lah.. Kan..

Okay.. Tu dulu je kot.. Bye.. Salam alaik..






0 comments: