view my entries with this:

Monday, July 31, 2017

cara keluar kwsp taraf pencen


assalamualaikum korang.. hye..hye..hye.. jumpa lagi.. kiki...
okay, kali ni nak share cara keluarkan kwsp.

1. pastikan korang dah dapat surat pengesahan taraf pencen
2. pastikan caruman kwsp tidak lagi dikenakan (cek slip gaji).. selagi masih ada potongan, tunggu lah korang ea.. macam aq, after dapat pengesahan, 4 bulan lepas tu baru stop potongan kwsp.
3. sediakan dokumen

ii. salinan ic
iii. pengesahan akaun (yang ni korang boleh mintak kat bank)
v. surat kelulusan pencen oleh JPA

korang g ke KWSP, tunggu turn untuk dapat nombor and tunggu nombor dipanggil. pegawai bertugas akan cek dokumen betul atau tidak, after korang turunkan cap jari.. selesai la.. macam aq hari tu, que nak ambik no yang panjang, siap sempat habis 5 muka surat buku aq baca. tu x campur, pandang amoi comel, pandang macha potong line... hahahaha.. macam2x... tp, nak jumpa pegawai tu x sempat duduk pun... laju je.. hahahaha..

semangat after 14 hari tunggu duit masuk. memang pegawai tu kata 21 hari bekerja.. tp, dalam blog kata cepat je prosesnya... siap ada yg cakap 4 hari dah dapat dah duit tu.. tp, majoriti kata 14 hari la... aq hari ni, masuk hari yang ke 18 bekerja.. still x masuk lagi pun. harapnya end of this week dapatlah.. doa-doakanlah ye..

macam mana nak kira aq x boleh nak share sebab aq pun tak tau macam mana pengiraannya.. cumanya nanti kalau aq rasa amaun x setimpal, baru aq nak roger2x pegawai yang berkenaan. sekian dulu ea korang... bye.. assalamualaikum..

update : after 20 hari bekerja aq dapat duit kwsp

0 comments: