Cerita cinta ahmad ammar




Assalamualaikum korang.. sihat ke? Apa khabar aq di sini... tngah semangat nak habiskan sekurang-kurangnya 10 buku untuk pertandingan nilam untuk bahagian guru.. wakakaka.. niat asalnya nak menang hadiah.. tp, rasa seronok pulak.. sbb dah lama x baca.. bila dah start membaca.. rasa.. ya Allah.. ruginya la stop baca buku.... boleh kan gitu.. lebih2x lagi lepas baca buku kat atas tu...

So, hari ni nak buat review pasal buku ni... before baca buku ni.. aq just tau yg ammar ni mati syahid.. dalam kepala dok ligat la pk dia g misi keamanan kena bom ke apa ke.. rupanya tidak.. so, niat utama nak baca buku ni sebab nak tau siapa la si ammar ni sebenarnya...

Bermulalah kegagahan utk membaca buku ni.. sebab apa kegagahan sebab budak tonit berdua ni x leh tengok ummie dia baca buku.. mau lunyai buku tu di buatnya... eh, ke laut pulak.. hmmm.. 

Dari permulaan bacaan baru aq dapat tau ammar ni budak yg baik.. dilagirkan kedunia dengan misi yg besar oleh kedua ibubapa mereka iaitu dakwah... alhamdulillah.. masih ada parent yg begitu di dunia.. dan sbb kematiannya bukanlah kena tembak ke.. kena bom ke.. tp kena langgar ambulans... masa nie.. aq tak nampak lagi apa yg dikatakan kematiannya dikatakan satu fenomena... 

Masuk pertengahan pembukaan.. aq start fedap sbb aq nak tau pasal ammar.. tp ada pulak citer pasal organisasi tertentu.. dalam hati mula la.. " la.. ni nak citer pasal ammar ke atau nak angkat organisasi ni dgn populariti arwah?".. tp, tu la... dapat tau pasal ad video arwah main ney, alat muzik tradisional masyarakat turki.. so, badget nak tdo.. capai jap phone.. cari video tu kat youtube.. and terbuka la video2x lain berkenaan beliau... entah macam mana semangat nak habiskan buku ni membara je.. dan aq berjaya habiskan pada pkul 1.30 pagi...

Usai membaca... entah terasa macam ada satu impak yang sangat mendalam dalam diri... hati aq berkata:

1. Untunglah wahai ammar, anda dikurniakan syahid.. semoga tenang rohmu di sana...
2. Sungguh, sayang terasa kerana anda boleh menjadi ikon dalam dakwah di malaysia walaupun lengkhususan dalam bidang sejarah...
3. Sungguh, rugi terasa sbb kehilangan seorang pemuda yang berwawasan dalam hidup.
4. Tp, sesungguhnya Allah dah tentukan pengakhiranmu dalam keadaan yang baik. Dan telah tertulis di luh mahfuz anda syahid sebagai seorang ilmuan yg mempunyai misi yang lillahitaala..
5. Sungguh, teringin nak jadi seperti anda.. namun, dgn puteri 2 org di sisi.. agak mustahil sbb kini tindakan atas restu zauj..
6. Teringin nak berkenalan dgn anda dan harap dapat berkenalan dgn anda..
7. Timbul perasaan ingin tahu berkenaan kerajaan uthmaniah.. kalau dulu, masa belajar x de pngkhususan pun menceritakan situasi sejarah turki. Dan tak rasa nak ambil tahu pun.. tp, insyallah.. kini akan diusahakan..

Apapun, secara keseluruhan.. tak rugi la korang baca.. sekurang-kurangnya akan ada rasa ingin berdakwah dan menegakkan agama di muka bumi ni.. niat seperti ini pun sudah dapat pahala dari Allah tau.. dan aq tahu, aq memang tak mampu mempunyai misi seperti ammar.. tp aq akan praktiskan utk anak didikqu.. insyallah....



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI