Ustazah pun menipu..

Assalamualaikum korang.. aq stress... stress kenapa pulak? Stress sbb menipu la.. nama je ustazah, tp menipu.. adakah patut.. betullah orang kata, nak tengok sesuatu, tengok la dkt tunjangnya.. bila tunjangnya senget benget.. yg bawah2x pun kompem lah senget jugak.. hmmm..... apa la citer sebenarnya ni...

Actually, tetiba nak buat entry ni lepas dengar perbulan ketua panitia dgn salah seorang ustazah td... kalau korang nak tau, dalam panitia pendidikan islam ada kena buat pelaporan... kenapa untuk pelaporan tu perlu ada penipuan.. kenapa budak yg x lulus perlu diluluskan.. semata2x nak tengok overall cantik.. semata2x nak puaskan hati pihak atasan supaya diorang tak pening menjawab.. ye lah, kalau diorang pening... cikgu sekolah pun pening... hakikatnya.... pihak yg tertentu ni.. sepatutnya tak perlu ada desakan untuk lihat keputusan yg cantik.. kalau semua cantik belaka.. mana nak nampak kelemahan.. kalau x de kelemahan, macam mana nak buat penambahbaikan.. dan lagi satu pihak tersebut kena ingat... apa yg nak dicapai oleh murid ada pada Allah.. dah Allah tentukan murid tersebut susah nak dapat... buat macam mana pun x dapat. Guru dah berusaha... selebihnya doa dan berserah pada Allah.. kalau rasa guru x cukup buat yg terbaik.. bimbinglah mereka.. jgn marah je tau.. jgn nak data je cantik tp pada hakikatnya hampeh dek kerana desakan oleh pihak tertentu.. senario macam ni mewujudkan penipuan dalam bidang pendidikan.. perlu ada ke penipuan ni hatta dalam kalangan ustaz ustazah pun begitu.. astaghfirullah.. kalau inilah natijah kalau wujud sistem yg canggih, better x payah ada sistem sbb matlamat sebenar x tercapai pun..

Actually, bukan bahagian agama je.. bahagian lain such as linus pun macam tu rasanya.. tolonglah wujudkan suasana pendidikan yg telus dan harmoni. Didik ibu bapa kepentingan pendidikan.. jangan kita paksa mereka masukkan anak ke sekolah.. bayar yuran tp, hakikatnya anak tersebut x berkeinginan nak belajar pun.. didik ibu bapa wujudkan persekitaran ingin belajar dalam diri anak2x..

Ps: tekadkan diri utk didik anak murid dgn lebih baik.. bismillah.. doakan sy dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam mendidik anak bangsa...


Comments

  1. Biasa la tu kak...kiranya tak nak susah la ni..same je macam kitorang..tak nak susah dan tak nak byk cerita...tolong luluskan je la semampu yang boleh...biasa la tu..tp tu la sepatutnya daripada peringkat sekolah lagi la perlu dibendung gejala ni supaya tak semakin menular sehingga ke peringkat universiti tapi ape kan daya..kita buat je la semampu kita ye kak...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI