jOm ceriTa pAsaL ruKun IslAM IV



bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum kourank...

haaa...
dah lama sangat nie...
kali nie, i nak citer pasal rukun islam yang keempat iaitu...
membayar zakat...

ape benda zakat nie?
macam selalu dengar...

okay.. zakat nie maksud dia..
mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu, pada masa tertentu, kepada golongan yang tertentu...

kalau kourank nak tau..
zakat nie dapat kita bahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. zakat fitrah
ii. zakat harta

di sini, i nak sentuh lebih kepada zakat fitrah...
kerana yang wajibnya zakat fitrah nie la...
hatta kourank still baby pun...
kene bayar zakat fitrah nie...
nanti i cerita, key...

ahaaa...
siapa yang kene bayar zakat nie?
so, mereka-mereka yang perlu membayar zakat ini adalah mereka-mereka yang bergelar muslim (beragama islam)...
hartanya pulak cukup dan lebih untuk menampung keperluan diri dia dan tanggungannya termasuklah isteri, anak-anak hatta khadam-khadamnya sekalipun...
tp, zaman sekarang nie dah tak de dah kot kan...
ngee...

jadiknya, kalau kafir tu, tak payah la bayar zakat...
yang nak makan pun tak de duit, tak dapat nak bagi makan anak ngan isteri... diorang pun x perlu bayar zakat sebab diorang nie la golongan yang dapat menerima bantuan zakat yg kite bagi....
indahkan Islam...
subhanallah...

kadarnya pulak berapa?
kadar zakat fitrah nie adalah segantang makanan asasi bagi sesebuah negeri...
kalau yang makan gandum, bagi la segantang gandum...
kalau macam kite kat malaysia nie makan nasi...
bagila segantang beras...
biar lebih, kurang jangan key...
so, kalau kourak nak bagi seguni beras tu, alhamdulillah...
(,")

namun begitu, pada zaman sekarang nie..
bagi memudahkan pentadbiran dan pengurusan harta zakat nie..
kite dibolehkan untuk membayar zakat dalam bentuk nilai...
sebagai contohnya, aq yg duduk kat perak nie...
lebih kurang RM 7...
yang mana nilai ini adalah sama nilai dengan segantang beras...

nak bagi@bayar kat sape?
di sini ada dua kaedah....
sama ada kourank nak bagi terus kepada golongan yang boleh menerima zakat ini...
ataupun kourank bagi dekat golongan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta zakat ini....
paling mudah, pejabat agama Islam la kan....
kan dah ada bahagian Zakat dan Baitulmal..
so, pegi je kat pejabat agama and bayar...
walaupun begitu, adalah lebih baik kite gi bayar kat pejabat agama supaya pengagihan yang dibuat adalah sama rata kepada mereka yang memerlukan, insyallah...
senang dan mudah saje...
kan?
(,")

perhatian kepada bapa-bapa dan anak-anak:
anda juga perlu membayar zakat fitrah untuk diri anda dan tanggungan anda...
kalau aqorg perak dan merupakan seorang suami yg punyai isteri, maka jumlah zakat yg aq perlu bayar adalah:
RM 7 x 2 = RM 14
kalau ada anak, maka:
RM7 x ___ individu = RM ___
kene la kire ea....

masanya bila pulak?
okay, masanya adalah di sepanjang bulan ramadhan sehingga terbenam matahari pada hari terakhir bulan ramadhan...
maksudnya, dari hari pertama kite puasa... sampai la masa berbuka utk hari terkahir kite puasa...

persoalan yg timbul kat sini adalah pembayaran zakat bagi baby yg beru lahir...

baby yg baru lahir:
i. sebelum terbenam matahari hari terakhir ramadhan, hatta 1 minit sekalipun, wajib bagi warisnya utk membayarkan zakat bagi baby tersebut...
ii. selepas terbenam matahari hari terakhir bulan ramdhan, tak perlu bayar zakat..

sekiranya kita tidak sempat utk bayar zakat sebelum matahari terbenam pada hari terakhir bulan ramadhan..
kite masih diberi waktu untuk membayarnya sehingga sebelum solat sunat aidilfitri pada 1 syawal..
Islam itu agama yang mudah...
betol x?
alhamdulillah...

insyallah...
semoga kourank dilimpahkan dengan rezeki yang lebih dengan perkongsian rezeki kourank dengan saudara seislam kite...
wwwweeeee....
(,")

till d next entry..




Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI