pengajaran berkesan


assalamualaikum korang. sekarang aq tengah membaca buku. hal adalah bg memenuhi nilam untuk guru. guru pun ada pertandaingan jugak. inovasi ni dilakukan oleh sahabat merangkap kakak kat sekolah ni, teacher hamiros azura...

so, saje nak share, share ke, actually lebih kepada dapatan kepada aq baca. baru bab satu ni. punya la lama. maklumlah dah ada kerjaya, dah ada suami, dah ada anak. nasib tak sambung master, kalau tak, entah bila la nak habis... hahahahaha...

okay, bab 1 dalam buku ni bgtau untuk pembelajaran berkesan adalah dengan menitikberatkan motivasi dalam pdp. bukan sahaja untuk budak tp guru juga. sbb guru nak mengajar kena ada motivasi, and murid nak belajar pun kena ada motivasi. semua benda dalam hidup ni nak kena ada motivasi, hatta nak basuh kain, nak lipat baju pun kena ada motivasi, kalau x, bersepah la rumah dengan baju. aq la tu... hahahahahaha... pocah rahsia den. lagi2x orang yg pemalas macam aq ni. memang banyak kena ada motivasi. usually, aq bukak youtube la. house management contohnya..

okay, memang kena ada motivasi tp, macam mana?
dalam buku ni cuma ada bgtau
1. murid kena tahu apa matlamat yang hendak dicapai dalam aktiviti
2. bagi murid lemah, kena sediakan matlamat yang mudah untuk dicapai
3. penguasaan guru atau masteri dalam subjek (murid boleh trace tau kalau cikgu ni pandai ke tidak, lagi2x murid zaman sekarang ni)
4. kepelbagaian bahan bantu mengajar

oleh kerana aq seorang yang praktikal. bacaan ni saje tak cukup buat aq. teori, semua orang boleh cakap, tp, nak buat tu.. adoi... sebenarnya banyak cara. cuma nak dengan tak nak je. apa yg aq boleh buat, rasanya la...

1. berkawan dengan kawan2x yang sentiasa semangat dalam mengajar. korang boleh buat pbl (project based learning) dengan rakan2x.. or, dekatkan diri dengan seorang yg master dalam mengajar sbb tu berkawan dengan kakak-kakak lebih bagus berbanding berkawan dengan adeq2x.. ilmu korang akan berkembang je rasa. setiap guru mesti ada kelebihan dia. so, dia boleh ambik cara korang dan korang boleh ambik cara dia. 

2. untuk bahan, sebenarnya aq ni memang malas nak buat bbm kecuali using it. kalau ada masa tu.. memang mengadap je la lappy ni.. sayangnya, banyak bahan2x masa praktikal dulu hilang bersama lappy yang rosak. huhu... tp, ingat ye korang.. cara murid belajar ada banyak, nak guna it selalu pun walaupun interesting bagi kebanyakan budak, ada jugak yg old school. suka lagi membaca dr main komputer. u all akan jumpa jugak budak jenis ni sorang dua dalam kelas. so, nak tak nak kena guna banyak bahan jugak.

3. and yups, sebelum mengajar, tengok matlamat. kalau kita sekarang ni standard pembelajaran la kan. fokuskan dekat situ je la. kalau nak kemahiran membaca, fokus dekat bacaan budak2x.. kalau kemahiran menulis, fokus dengan kemahiran menulis. tp, aq ni better ajar kelas belakang.. ye la.. ikhlas dalam mengajar kan. budak kelas belakang ni memang susah nak dapat tangkap apa yg kita nak diorang dapat, jadi, standard pembelajaran memang tahap rendah je. kebanyakan masalah diorang ni adalah blur dan juga x boleh fokus. aq pernah dapat murid yg pandai tp x boleh fokus dalam kelas. ada je benda dia nak buat. dalam dunia dia. budak2x macam ni korang kena tegas. bila dia dapat step macam mana nak belajar dan fokus. memang sekejap je, dia akan tinggalkan kawan2x dia jauh kebelakang..

secara tuntasnya, boleh aq simpulkan. motivasi aq adalah anak2x yg aq didik. bila aq faham diorang, sayang diorang, korang akan ajar dengan ikhlas and secara automatik motivasi untuk mengajar tu datang. cuma x de la superb macam guru cemerlang. tp, masih boleh digunakan daripada x nak mengajar langsung kan. cikgu2x macam ni hampeh, keisan budak..

oh, lupa.. dan lagi satu, elakkan dari menghadapi masalah kewangan dan masalah keluarga. benda2x ni memang akan mengganggu daily life korang utk mengajar. terbukti pada diri dan rakan2x yang bermasalah di sekolah. jadi, nak pilih suami, pilih yg betul2x kakak.. nak pilih isteri, pilih yang betul2x.. nak berhutang, kalau boleh janganlah berhutang.. ia hanya menyebabkan kehidupan anda diselubungi komplikasi, kemurungan dan kemendungan. 

bagi aq, betul kata orang, 5 tahun pertama perkahwinan memang mencabar. sangat2x mencabar..also defect me a little bit. tp, alhamdulillah dan insyallah. semoga Allah menjadikan keluarga aku bertambah baik dan bertambah baik. sentiasa positifkan diri. setiap ketentuan Allah itu kan ada hikmahnya. kita akan berada di tapok lama kalau kita tak berubah. jadi berubah lah.. chaiyokk guys... positif selalu okay. senyum selalu okay... till d next entry.. daaaa.. salam alaik..


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI