Bleeding Pregnancy

Bleeding Pregnancy : 1st experience

assalamualaikum korang dan salam sejahtera.
dah 3 bulan baru nak tulis blog balik. Choi... 

Image result for laughing


selama tidak bersiaran, sepanjang itu jugaklah kak nad dapat tau kak nad dah mengandung lagi... so, amrina akan jadi kak cik lah lepas ni.. lepas tu, serius nak stop.. nnt kak nad citer. 

Hari ni kak nad just nak share pengalaman pertama kak nad bleeding during pregnancy. cemas gila sebab kalau tengok kat drama ke filem ke.. bleeding je risiko sangat nak keguguran kan...

jadi, al-kisahnya.. kak nad teraktif di sekolah. salah sendiri jugak.. huhu... during work period memang rasa macam ada bendalir keluar.. tp, kak nad ingatkan kak nad terkencing dalam seluar... hahahaha.. malu nak bgtau.. tp, masa ni memang rasa rahim dah turun sebab sakit dekat abdomen.. then, 1.15 petang kak nad balik rumah rehat. masuk jam 6.30 petang, keluar darah sikit campur bendalir. panty jadi pinky gitu.. masa ni risau jugak.. air ketuban ke, bleeding ke.. sbb tak pernah alami benda2x ni sepanjang 3 kali pengalaman mengandung.. so, lepas maghrib kak nad ajak abg g hospital putrajaya..

oleh kerana malam, kitorang terus pegi emergency. tp, kena tolak kes kak nad ke sakit puan. pergi lah wad bersalin walaupun belum buat buku.. sampai giliran ambik bp, cek air kencing, scan baby, cek bawah. doctor kata x de ape.. boleh balik.. alhamdulillah.. seronok...

bila sampai rumah, time nak tdo.. tetiba keluar darah lagi.. en abg suruh pakai pad. nak g hospital balik macam sia2x sbb baru je pegi kan... so, dalam resah tu.. biar kan je la.. ni dah redha je kalau keguguran.. huhu.. tengah malam terasa basah, rupanya pad bocor. banyak jugaklah darahnya... dah risau dah ni.. tp, en abg rilekz je. dia suruh tukar pad je. esok paginya baru kak nad g klinik..

keputusannya okay jugak.. walaupun bleeding 2 pad... doctor suruh continue ubat kuat rahim and vitamin ja...

drama dan filem ni buat kak nad gabra je.. ceyt.. kak nad tanya doctor.. "doctor... bleeding ni benda biasa je ek? kalau keluar lagi tak yah pegi klinik ke?" doctor jawab, "memang benda common. kecuali kalau bleeding berterusan, atau sudah sampai tempoh nak bersalin atau keluar darah macam ketul2x daging. tu yang bahaya." oooo.. pengetahuan baru.. so, tak yah caye sangat la citer kat tv korang tu.. buat gabra lebih je.. cuma doctor kata kalau bleeding lagi just datang klinik untuk ambik mc.. atau terjadi 3 benda yg dia cakap kat atas..

so, bagi korang yg first time bleeding tak banyak masa pregnancy, jangan gabra key.. rilekz je.. tp, jumpa jugak doktor untuk kepastian.. jangan tak pegi langsung pulak.. kang jadi apa2x jangan salahkan kak nad key.. kak nad just share pengalaman kak nad je. lain orang, lain caranya tau... 

yang pasalnak stop mengandung tu nanti kak nad citer lain kali pulak ya.. bye korang...

Comments

  1. allahuakhbar.. seramnya dengar. saya fobia sket la bab bab macam ni walaupun x penah mengalami proses mengandung. seriau dengar.. jaga diri bebaik.
    xmooolaaa active sangat k..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI