MINIT MESYUARAT PIBG


assalamualaikum korang...
hari ni aq nak share minit mseyuarat PIBG. last year, ada ajk yang usulkan untuk buat minit yang lebih baik. aq anggarkan dah okay sangat.. rupanya belum lagi.. hahaha.. asyik kena tegur je SU ni.. nasib baik ajk semua sporting je.. muahahaha... so, en. azmi sharekan minit dia. i don't know la ni minit company dia ke, taman perumahan dia ke.. but.. sangat bagus la aq rasa.. dah x perlu nak sediakan borang maklum balas bagai.. sebab semuanya ada dalam 1 minit mesyuarat.. korang tinggal update je la..

kalau nak softcopy, komen or tinggalkan email ye.. tq.. macam biasa.. atas sekali jangan lupa letak letter head korang ye.. utk isi, jangan tiru sangat sbb aq tak berapa nak pandai meminitkan minit.. wahahaha.. 



_____________________

No. Pendaftaran : JPNS / 0121

MINIT MESYUARAT

       MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE-4
TAHUN 2017
SESI 2017/2018
SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR

                                                 
KEHADIRAN




No
Nama
Jawatan
Catatan

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

EN. SHAHRIN BIN KAMARUDIN
EN. AZLAN SHAH BIN M. JOHARI
EN. KHAIRUL AZMI BIN YAHAYA
PN. NURUL NADIAH BINTI KAMARUZZAMAN
PN. NOR YUSIDA BINTI MAT NOR
PN. NORLILA BINTI NORDIN
EN. MUHAMMAD SYUKRI BIN  HASAN
PN. AZAWIAH BINTI AMAN
PN. NOORAZLIN BINTI MANSOR
EN. SYAMSUL ANUAR BIN ABD NASIR
EN ABD. RAHMAN BIN MOHD NOR
EN. MOHD HOMRI BIN DAUD
EN. MOHD HANY BIN SAMID


EX-OFFICEO
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA AGUNG
BENDAHARI KEHORMAT JAWATANKUASA GURU
JAWATANKUASA GURU
JAWATANKUASA GURU
JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA IBU BAPA




KEHADIRAN – JEMPUTAN




No
Nama
Jawatan
Catatan

1
2
3
4

EN. SHAMSUDDIN BIN ABDULLAH
PN. HJH. MISRAJAH BINTI OSMAN
EN. NOOR IZZUDIN BIN MAT ZAIN
PN. HAMZAM BIN ABD RAZAK

GPK KURIKULUM
GPK HEM
BIRO PIBG
BIRO PIBG


                                          
TIDAK HADIR  – AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT




No
Nama
Jawatan
Catatan
1
2
3
4

5
6
PN. HANISAH BINTI KAMARUDDIN
EN. MOHD SOLLEH BIN ABDUL
EN. MOHD SKURI BIN HASAN
CIK HAMIROS AZURA @ NURUL HUSNA BINTI HAMID
PN. ZAIZIRA BINTI MAD ZIN
EN ROSLI BIN ZAINUDDIN





JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA GURU
JAWATANKUASA GURU
JAWATANKUASA GURU

JAWATANKUASA IBU BAPA
JAWATANKUASA IBU BAPA

BERSEBAB
BERSEBAB
BERSEBAB
BERSEBAB

BERSEBAB
BERSEBAB



Bil
Perihal
Tindakan
Status

1.0


1.1

1.2



UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. AZLAN SHAH BIN M. JOHARI)

Ucapan aluan dan terima kasih kepada ahli yang hadir.

7 buah sekolah di daerah Seremban akan mengadakan sekolah 2 sesi pada tahun 2018 termasuk SK Batang Benar. Ia juga sebagai penguat kepada keperluan bangunan atau sekolah baru di daerah Seremban.





Makluman


2.0

2.1

2.2




2.3




2.4



2.5











2.6




2.7


2.8


2.9



UCAPAN EX-OFFICEO PIBG (EN. SHAHRIN BIN KAMARUDIN)

Ucapan terima kasih kepada ahli yang hadir.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang memberikan komitmen yang tinggi kepada setiap program yang di adakan di SK Batang Benar pada tahun 2018. Harapan agar ia diteruskan pada tahun akan datang.

Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, En. Shamsuddin bin Abdullah akan menamatkan perkhidmatan pada 7 November 2018. Jemputan kepada ahli untuk menghadiri majlis bagi meraikan beliau pada hari tersebut.

Persekolahan 2 sesi pada tahun 2018 tidak dapat dielakkan. Harapan agar ia mampu mendorong pihak pembangunan sekolah untuk menambahbaik struktur SK Batang Benar.

Antara usaha penambahbaikan struktur sekolah yang perlu diusahakan:

2.5.1  pembangunan bumbung dataran yang menelan belanja sebanyak RM200,000 hingga RM300,000.
2.5.2  Pembinaan kabin yang merangkumi 4 bilik darjah, 2 bilik air dan 2 bilik persalinan.
2.5.3  penyelenggaraan pagar sekolah
2.5.4  Pembetulan siling di kelas tahun 6
2.5.5  Tingkap dan pintu di setiap bilik darjah yang bermasalah, dan
2.5.6  Lantai simen yang berlubang di kelas kabin

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) akan diadakan pada 17 November 2017. Jemputan kepada ahli untuk hadir memeriahkan majlis. Terdapat beberapa penambahan anugerah seperti kehadiran cemerlang, anugerah NILAM dan tokoh murid.

Cadangan untuk menyediakan murid dengan buku catatan bagi mendidik budaya belajar dan berguru dalam kalangan murid.

Keputusan UPSR bagi tahun 2017 adalah pada 23 November 2017.

Bilik bersebelahan dewan yang tidak digunakan akan diubahsuai dan dibaikpulih sebagai bilik penyimpanan dokumen dan pencapaian sekolah.


















Makluman























Makluman






































3.0

3.1




3.2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS (NO.MINIT: 3/2017)

Minit mesyuarat AJK PIBG kali ketiga tahun 2017 sesi 2017/2018 dicadangkan pengesahan oleh En. Abd Rahman bin Mohd Nor (AJK PIBG)dan disokong oleh En. Mohd Hany bin Samid (AJK PIBG) tanpa sebarang pindaan.

Perkara-perkara berbangkit.

3.2.1     Minit 4.2.6 mukasurat 4 : tabung sekolah

Cadangan supaya tabung tersebut diletakkan dikawasan yang mudah diakses seperti pondok pengawal.

3.2.2     Minit 7.7 mukasurat 5 : coffee and lunch break (UPSR)

             Cadangan supaya tidak menyediakan makanan pedas dan minuman yang berlebihan kepada murid.

3.2.3     Minit 7.2 mukasurat 6 : program Sambutan Hari Jadi (Jun – Disember)

              Tarikh ditunda ke 10 November 2017 dan bersama program Hari Kanak-kanak SK Batang Benar tahun 2017.

3.2.4      Minit 7.9 mukasurat 6 : kelas IT

              Akan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad.


Minit 7.10 mukasurat 7 : sumbangan kertas A4

              Keluarkan surat kepada ibu bapa sebelum cuti sekolah tahun 2017.


 3.2.5     Minit 7.12 mukasurat 7 : penyerahan buku teks

              Buku teks hanya akan diserahkan selepas sekolah menerima buku aktiviti bagi tahun 2018. En. Azlan Shah mencadangkan agar surat akur janji diserahkan pada hari yang sama penyerahan buku teks supaya ibu bapa boleh menyemak kondisi buku yang diterima.

3.2.6     Minit 7.15 mukasurat 8: memutuskan tarikh bagi program PIBG tahun 2018.

             Ahli memohon pihak sekolah membuat perkongsian takwim sekolah bagi membolehkan pemilihan tarikh bagi program di bawah PIBG.











En. Noor Izzudin bin Mat Zain


Makluman




Makluman





En. Shamsul Anuar



Setiausaha Agung




Pn. Azawiah binti Aman






sekolah































Belum dijalankan




Telah diedarkan kecuali murid tahun 2.




Telah diedarkan melalui emel

4.0

4.1




4.2






LAPORAN KEWANGAN PIBG

Laporan kewangan PIBG bagi kewangan yang berakhir 31 Oktober 2017 dicadangkan pengesahannya oleh En. Mohd Homri bin Daud (AJK PIBG) dan disokong oleh Pn. Noorazlin Binti Mansor (AJK PIBG) dengan pindaan.

Perkara-perkara berbangkit.

4.2.1     Keluarga yang telah membayar sumbangan PIBG telah meningkat.

4.2.2    Cadangan oleh En Mohd Homri agar terma bayaran pada lajur pendapatan ditukar.

4.2.3     Bendahari memaklumkan bahawa pihak sekolah menerima RM20 bagi setiap pendafatran SSPN/SSPN-I murid tahun 1. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG.











Makluman


Bendahari Kehormat


Makluman













Selesai.

5.0

5.1


5.2





5.3


5.4

5.5



5.6



STATUS PERSEKOLAHAN 2 SESI TAHUN 2018

Pada tahun 2018, SK Batang Benar akan menjalankan sesi persekolahan 2 sesi.

Cadangan waktu sesi persekolahan tahun 2018 adalah seperti berikut :

5.1.1  Tahap 1 – 1.20 hingga 6.00 petang
5.1.2  Tahap 2 – 7.20 pagi hingga 1.10 petang

Masih terdapat 140 orang murid di daerah Seremban yang masih tiada penempatan sekolah pada tahun 2018.

Bilangan guru akan bertambah berikutan pertambahan bilik darjah.

En. Mohd Homri mengusulkan supaya kebajikan guru juga diambil kira berikutan saiz bilik guru yang tidak dapat menampung keseluruhan guru yang akan bertambah.

En. Khairul Azmi mencadangkan supaya satu taklimat kepada ibubapa berkenaan persekolahan 2 sesi diadakan bagi memberi pencerahan kepada ibubapa dan penjaga. Hal ini bagi menyediakan anak-anak bagi sesi persekolahan tahun 2018 yang baharu.



Makluman


Makluman





Makluman


Makluman


makluman


AJK

























Diadakan pada 11/11/2017

6.0

6.1




6.2


6.3




6.4



6.5

6.6



6.7



6.8




6.9



6.10











6.11


HAL-HAL LAIN

En. Mohd Hany mencadangkan agar membuat senarai murid yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat dibantu oleh PIBG sendiri dan juga badan-badan kebajikan lain seperti zakat dan baitulmal.

Pn. Hamzam mencadangkan supaya saluran bantuan baitulmal diwar-warkan kepada ibubapa semasa hari pendaftaran tahun 1.

En. Abd Rahman mencadangkan supaya surat yang mewar-warkan kejayaan program diberikan kepada ibubapa. Sebagai contoh : kejayaan dalam pengurusan program Hari Keusahawan Tahun 6.

Satu taklimat berkenaan Virtual Learning Environment (VLE) akan diadakan pada 11 November 2017 iaitu pada hari yang sama dengan taklimat persekolahan 2 sesi SK Batang benar tahun 2018.

Kabinet yang rosak akan dibaik pulih digunakan semula.

En. Mohd Homri mengingatkan kepada ahli agar mengunakan kewangan PIBg dengan cara berhemah termasuklah pembelian barangan yang bersesuaian dengan harga.

Pn. Hamzam menyuarakan pandangan berkenaan kualiti papan putih yang rendah di bangunan kabin. Tulisan pada papan putih sukar untuk dipadam dan memberi kesan kepada PDPc.

Pn. Hamzam juga menyeru ahli agar bersama-sama berusaha meningkatkan prestasi Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2018. Pusat Sumber Sk Batang Benar telah mendapat tempat di peringkat Negeri Sembilan.

En. Khairul Azmi mencadangkan supaya sekolah mengupah RELA bagi mengawal lalu lintas di hadapan kawasan sekolah terutama pada waktu sibuk.

Sumbangan PIBG kepada program-program akan datang adalah seperti berikut:

BIL
PROGRAM
JUMLAH
1
Hari Anugerah Cemerlang
RM 4637
2
Jamuan taklimat unikliq dan 2 sesi
RM450
3
Hari kanak-kanak
RM700 + RM1110 (transisi) = RM1810
4
Persediaan pertandingan softball
RM720
5
Makan pengawas UPSR
RM390
Jumlah
RM8007

Sepatah dua kata daripada En. Shamsudin bin Abdullah sebelum menamatkan perkhidmatan beliau.




AJK




Sekolah


Makluman




Makluman



AJK

Makluman



Sekolah



Makluman




Sekolah



Makluman











Makluman










Selesai


























KIV

7.0

7.1



7.2

7.3

7.4




PENUTUP

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan maaf di atas kerjasama semua AJK PIBG yang sudi sudi berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa bagi sesi 2017/2018 ini.

Harapan agar komitmen dapat diteruskan pada tahun 2018.

Mesyuarat akan datang adalah pada 27 Januari 2018 (Sabtu).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.11 petang.










Makluman








































Disediakan Oleh
Disahkan Oleh




PN NURUL NADIAH BINTI KAMARUZZAMAN
Setiausaha Agung PIBG
SK Batang Benar




EN. AZLAN SHAH BIN M JOHARI
Yang Dipertua PIBG
SK Batang Benar

Tarikh : 3 Januari 2018
Tarikh : 3 Januari 2018


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI