4 TAHUN JATUH KATIL - KAKAK NIA


assalamualaikum korang... hari ni nak share cerita pasal kakak nia... so, sekarang umur kakak nia dah 4 tahun. nak dipendekkan cerita pukul 2.15am kakak nia jatuh katil masa tengah tdo. selalunya okay je dia walu jatuh katil pun.. x de kesan-kesan pun.... tp, kali ni, ummie perasan dia nangis pegang belakang badan.. so, dalam gelap tu ummie usap la belakang dia. terasa ada benjolan... ahhh.. sudah, ada tulang patah ke...?

terus aq bukak lampu, kejut abie tolong tengokkan, takut-takut kena bawak g klinik... bila tilik-tilik memang betul ada ketulan belakang dia. besar jugak.. lagi besar daripada telur puyuh, kecik sikit dari telur ayam.. aq x berani nak picit kuat-kuat sangat. abie yg tengokkan dalam mamai tu... tp, abie kata okay je. x de ape lah.. ummie dok risau sebab takut ada tulang patah...

sampai ke pukul 4.30pagi aq usap belakang kakak nia. tp, tak surut-surut pun benjol tu... risau sampai tak boleh tdo.. hampir pkul 5 pagi baru aq tertido.. so, esoknya aq ada lagi niat nak bawak ke doktor.. tengok reaksi kakak macam mana. nangis ke, x boleh jalan ke, x boleh bangun ke... tp, alhamdulillah.. macam pagi2x yg lain, kakak nia bangun akan cari ummie, senyum and lambai tangan.. aq tengok balik benjol tu. ada lagi.. aq tekan-tekan.. kakak nia kata kalau tekan bari sakit. aq aq tekan, kadang2x keras, kadang2x tak.. risau ummie tak habis lg.. sebab benjol tu betul2x sebelah tulang belakang.. tulang belakang kan bahaya sikit.. 

so, dalam pkul 10, ummie decide nak bawak jugak kakak nia g klinik. tp, abie kata biasa je.. tak de apa.. abie suh tuam dengan ais... oleh kerana akan kacau waktu nak ke sekolah.. aq delay la nak check..

esoknya, aq g jugak klinik check kakak nia sebab benjol tu masih ada lagi... alhamdulillah. doktor kata just soft tissue injury. tak de kaitan dengan tulang.. cara nak bg surut tuam dengan ais.. cold apa tah doktor kata.. tp, doktor kata mungkin ambik masa.. baru dapat tau ada tissue injury yg menyebabkan bengkak dan ambik masa lama nak surut... 

doktor kata lagi, kalau effect dari problem tulang belakang.. kaki akan jadi kebas, so, kalau boleh jalan, boleh lari.. lompat2x.. insyallah x de masalah.. selain tu, kalau muntah.. muntah ni selalu effect kat kepala.. pening-pening pun effect kat kepala. so, oleh kerana kakak nia x de gejala2x tu, insyallah la kakak nia okay... hari ni pun nampak okay je lagi... benjolan tu pun dah mengecil dah.. harap-harap x de apa la...

Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI