haze in Malaysia



assalamualaikum korang...
sibuk orang cerita pasal jerebu sekarang nie kan...


ohooo...
i can't see the twin tower...
same la kat tempat aq..
bukit yang 500 meter tu pown dah di tutup oleh jerebu nie....

so, jerebu nie ape sebenarnya?
menurut wikipedia, it says that ----

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.


dan semalam aq dengan tidak sengaja tertengok discovery pasal jerebu nie...
aq ingatkan yang latest...
rupanya jerebu masa tahun 1997 dulu...
apepun, jom kite kongsi...
oleh kerana time aq tengok tu dah separuh discovery tu berlalu, so aq share ape yang aq tengok dan dengar je oke...

ohooo...
antara faktor utama jerebu pada tahun tersebut adalah usaha membuka tanah di kalimantan, Indonesia...
antara penyumbang terbesar kepada fenomena jerebu nie...
fenomenanya adalah seperti berikut:
pengusaha-pengusaha dan pelabur-pelabur dari dalam dan luar Indonesia berhasrat untuk membuka tanah di kawasan yang tersebut...
mane kite nak tau langkah yang kite ambil akan membawa kepada bencana kan...
tp, x pe..
kite jadikan pengajaran..
dalam kes yang tersebut, kelemahan atau kesan kepada pembukaan tanah tersebut tidak terlalu di ambil perhatian...

kawasan hutan yang diteroka di kalimantan itu merupakan suatu kawasan yang sangat berharga kerana ia terdiri daripada kawasan tanah gambut yang sangat baik untuk pertanian...
namun begitu, pengusaha tanah mengambil jalan mudah dengan membakar kawasan tersebut...
kos rendah, kerja senang..
based on nature je kan..

tp, rupanya keadaan jadi tidak terkawal..
hal ini adalah kerana tanah gambut mudah terbakar dan api susah diapadamkan berikutan tanah yang kering selain pembakarannya bukan sahaja melibatkan kawasan dataran tetapi tanah gambut itu sendiri juga terbakar...
akar-akar pokok kayu pula menjadi bara dan merumitkan lagi pemadaman api di kawasan tersebut..
selain itu, pembukaan tanah ketika itu juga melibatkan berjuta-juta hektar tanah dan menyukarkan lagi usaha memadamkan api...

tambahan lagi, asia tenggara ketika itu dilanda el nino..
hujan monsun pulak lambat...
hmmm...
soooo....

pihak bomba dan tentera Malaysia diarahkan untuk membantu pemadaman api di kawasan tersebut...
sebab jerebu tu sampai ke negara kita dan mengganggu kesihatan masyarakat kite..
kalau korang tengok discovery tu, memang teruk kot team bomba masa tu...
dengan equipment yang berat...
nak berdepan dengan panas api tu lagi...
dengan kurang air..
dengan udara yang tak elok...
aq dapat bayangkan.. mesti lagi dahysat dari latihan ofensif and defensif skot aq dulu..
sehinggakan motivation diorang down giler..
hampir 3 minggu memerah tenaga..
dengan kesihatan yang tak menentu...
memang down diorang time tu...
pegawai la kene mainkan peranan tingkatkan motivation diorang dari semasa ke semasa..
sehinggalah pada hujan turun dengan lebatnya..
bukan main suka lagi abang2x bomba kita...
alhamdulillah...
Allah turunkan hujan juga...
esoknya, langit clear...
semua org seronok terutama abg bomba dan penyelamat..
dapat la diorang balik semula ke Malaysia..
dan mereka di angggap sebagai wira negara..
memang patut pown..
tp, kuasa besarnya adalah Allah, jangan lupe tu...
apabila kite berusaha, insyallah Allah akan bantu juga...
but at the end, yg aq nak tegaskan kat sini...
that nature beat the nature..
hebat kan kuasa Dia..
kalau nak diikutkan kederat kite manusia nie..
nak lawan dengan nature disaster...
hmmm...
no komen lah kan...

(,")
subhanallah...
so, jom kite doa semoga Allah turunkan hujan untuk jerebu kali nie..
dan jangan suka-suka nak bakar secara terbuka...
aq nak ingatkan kembalui..
walaupun kejadian itu berlaku di Indonesia, kite x boleh nak letakkan sepenuh kesalahan ke atas mereka..
sebab negara kite pun ada menyumbang seperti pembakaran sawah padi bagi penyuburan tanah sawah dan sebaginya..

and saintis menambah lagi satu jalan penyelesaian di mana, kawasan tanah gambut perlu dibasahi dengan air di mana, empangan perlu dibina dan sistem saliran perlu dibuat bagi mengelakkan kawasan tersebut mudah terbakar...
tp, bagi aq... kalau kawasan tersebut terbakar jugak, ia memang mudah dikawal..
tp, kalau tindakan lambat di ambil, ia juga menyumbang kepada jerebu nie...
sebab ape?
sebabnya, tanah gambut yang basah, lebih banyak mengeluarkan asap daripada tanah gambut yang kering..
pada dasarnya, x payah la bakar hutan secara besar-bersaran nie..
pokok makin sikit, dunia makin panas...
oksigen makin kurang... bila pembangunan pesat membangun, udara pown jadi x elok..
bila tibe saat macam nie, aq terpk...
bestnya dok kat suasana kampung..
dekat sungai... rasa sejuk dan damai jew..
betol x korang???

hihi... till d next entry...

sorry tau... ayat berterabur je rasa coz menulis secara rawak gitu..
idea memang tidak tersusun dengan baik.. huhu..





Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI