kpli j-qaf kene guna bahasa arab ke?



assalamualaikum korang...
ada yang bertanya...
kpli j-qaf kene guna bahasa arab ke?
haaa... so, aq nak cerita kat sini..
x pasti kenapa beliau bertanyakan soalan tersebut..
mungkin ia berkaitan dengan kelayakan ataupun dia memang ambil bahasa arab tapi tak berapa nak pandai macam aq..
huhu...
so, aperpun persoalannya...
j-qaf memang memerlukan bahasa arab...
terutamanya j-qaf bahasa arab lah...

sebelum mengulas lebih lanjut.. aq terangkan sikit ape dia sebenarnya kpli j-qaf nie...
kpli j-qaf nie merupakan idea bekas perdana menteri kita "pak lah"..
hmm.. bila guna pak lah nie, x bermakna aq x hormat dia.. cuma rasa lebih mesra...
terima kasih pak lah di atas usaha nie - syukran jazilan ana ucapkan..
and, kpli j-qaf nie menekankan penguasaan bacaan yang betul, penguasaan dalam bacaan dan penulisan jawi, penguasaan dalam fardhu ain dan pengenalan dengan bahasa arab...
j-qaf nie jugak dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pendidikan islam, bahasa arab dan pendidikan khas...

berbalik kepada persoalan tadi...
bahasa arab itu akan menjadi sangat penting sekiranya korang memilih kategori bahasa arab sebagai bidang korang...
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran tak de masalah sangat sebab nak ajar budak sekolah rendah nie mudah sahaja..
namun begitu, sekiranya korang tak berapa nak pandai bahasa arab, korang akan mengalami masalah time exam nanti... if korang dah biasa menggunakan kalimah bahasa arab, it's okay la.. kalau x... hmmm.. agak susah jugak la sebab aq pernah tengok soalan budak2x arab nie.. memang x reti nak jawab unless korang bertekad untuk study dengan jayanya dalam tempoh hampir 1 tahun setengah semasa melanjutkan pengajian di IPG...

ohoooo... kalau kate bahasa arab nie sebenarnya tak asing dan tak lari dari diri setiap muslim..
jadi, dalam kategori pendidikan Islam dan pedidikan khas j-qaf nie pun sama je..
perlu juga kepada bahasa arab.. sebab ape? bahasa arab tu bahasa al-quran dan bahasa arab tu bahasa syurga...
tp, untuk 2 kategori nie, kalau korang ada asas bahasa arab tinggi time tingkatan 5 pun dah okay dah..
ia bukan menjadi satu beban laa...
sebab soalan semua dalam bahasa melayu time exam nanti...

tahun 2013 merupakan tahun pengambilan pertama DPLI j-qaf..
dan aq difahamkan oleh pensyarah, sangat ramai yang terpilih untuk temuduga termasuklah mereka yang berada di luar bidang pengajian islam nie..
sehinggakan yang bahagian engeneering pun terpilih untuk temuduga...
walaupun terdapat ramai di antara mereka yang mampu menjawab soalan temuduga dengan fasih, namun sekiranya setakat untuk mencuba nasib.. aq sarankan tak perlu...
pensyarah aq menggagalkan ramai daripada mereka kerana tidak menepati ciri-ciri yang beliau kehendaki..
terutamanya mereka yang salah dalam membaca al-quran...

dan aq juga nak nasihatkan kepada mereka-mereka yang nak apply...
juga mengingatkan diri aq  sendiri supaya...
sentiasa perbetulkan niat sekiranya nak masuk dalam bidang nie...
insyallah... Allah akan permudahkan jalan antum...
tetiba aq nak ucap "alhamdulillah"..
alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk memilih bidang nie..
alhamdulillah kepadaNya kerana membawa aq ke jalan kebikan...
dan kepada korang, semoga sentiasa berusaha menjadi seseorang yang lebih baik dari semalam...
doakan aq menjadi seorang ustazah yang diredhaiNya...
ikhlas membimbing anak-anak ke jalan yang diredhaiNya juga...
okey?
syukran jazilan...


Comments

Popular posts from this blog

teks graduasi tahun 6

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...