temuduga SPP j-QAF


assalamualaikum korang... belum sempat abis raya... dah kene interview pulak... so, kali nie temuduga spp untuk jawatan pegawai pendidikan siswazah DG 41.. at first, x de la nebes sangat... nak bace ape pun tak tau... so, main tibai je.. just bace sekali lalu je pasal NKRA, dasar2x pendidikan terbaru, nilai2x murni & kbkk.. utk pedagogi pendidikan just guna ilmu yg study kat ipg je dulu.. x de nya nak study lagi.. nota pown entah kat mane entah.. huhu.. sabor je la.. 


apepun, tanggal 15 ogos, my ayahanda sanggup menghantar..
tQ bapak sebab sanggup antar...
semoga Allah membalas jasamu di akhirat kelak sebab a'ya x mampu nak bayar your gives for me in this world.. alhamdulillah... insyallah..

so, x nak citer panjang.. nanti korang boring... sampai kat tempat temuduga (IPG ipoh), lagi dah tak masuk ape dah kalau bace pown.. huhu.. so, kebanyakan daripada kitorang redha je... utk hari sebelumnya aq difahamkan 2 orang telah gagal temuduga.. sebab ape? sebab pakaian. sorang tu dia pakai kasut but dan sorang lagi pakai pakaian gelap.. korang kalau boleh, pakai pakaian yang lembut, x gelap, tp jangan terlalu terang pulak sampai sakit mata pandang. dan lagi, name tag jangan lupe ea...

so, ruang lingkup soalan bergantung kepada penemuduga sebenarnya.. akan ada 2 penemuduga. pertama daripada SPP sendiri dan seorang lagi dari wakil JPN. kebanyakan soalan ditanya oleh penemuduga SPP. namun begitu, untuk temuduga SPP j-Qaf utk group aq, soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada islamic question. tp, jgn abaikan segala dasar sebab penemuduga utk bilik sebelah ada jugak di soal berkeneaan dengan dasar2x nie...

interview akan di jalankan antara 5 hingga 6 orang sekali gus... soalan akan di tanya secara umum dan semua candidate akan menjawab soalan tersebut. sebab itu, kalau korang ade banyak isi pown, jawab 1 point je sebab nanti kawan2x korang x de isi nak jawab.. kesian kat diorang.. based on penemuduga aq tu... dia nak jawapan yang ringkas tetapi tepat dan padat.. contoh maksud iman. jawapan-takrir dgn hati, membenarkan dengan lidah, membuktikan dengan perbuatan. itu sahaja jawapannya. jangan meleret2x sangat.

antara soalan utk group aq...
soalan dari wakil SPP: 
maksud ilmu
kbkk
falsafah pendidikan kebangsaan dari aspek keseimbangan emosi
dalam banyak2x daun, daun ape yang tidak tumbuh.. jawapan- daun pintu
bg soalan teka-teki beserta dengan jawapan..
asnaf zakat

soalan wakil dari JPN:
perkenalkan diri dalam bahasa arab
baca surah al-fatihah, al-ikhlas (ada group lai yang di minta bagi terjemahan)
tahiyyat awal (ade group yang kene doa qunut & terjemahan)
sedikit soalan tajwid asas..
solat jemaah (kalau imam kentut- apa yang perlu dilakukan oleh imam dan makmum bg menggantikan tempat imam)

sebelum terlupa, korang susun fail korang mengikut susunan yang dikehendaki oleh pihak spp..
masukkan sekali ic dan surat beranak dalam fail..

susunan fail-wajib ada
ic
surat beranak
spm
stpm/diploma
ijazah (bm & bi)
transkrip (bm & bi)
surat tawaran ke IPG (kalau x de, mintak kat ipg utk surat tawaran ataupun pengesahan student di sana)
sijil2x kokurikulum yang lain

utk salinan:
(salinan disahkan oleh pegawai kelas A)

checklist daripada SPP berserta gambar
ic
surat beranak
spm
stpm/diploma
ijazah (bm sahaja)
surat pengesahan daripada JPA
surat tawaran ke IPG
transkrip (bm sahaja)

alhamdulillah.. penemuduga sangat baik... semoga group kitorang akan lulus temuduga dan dipermudahkan segala urusan..
ameennn..
doakan kitorang ea...
mekaceh...


Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...