jOm ceRitA pAsaL rUKUn ImAN..




okay, rukun Iman yg kedua:
beriman kepada malaikat-malaikat


malaikat merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah drpd cahaya.
saya menyebut malaikat-malaikat sebab malaikat ada banyak


Menurut sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia"





kire, lebey kurang macam nie la..huhu..
nampak tak gambarannyer?




jadi, cuba la kourank kire, manusia ader beraper, pastu buat kire2x..my blogger semua mantap bukan bab kire2x neyh? hehe..


mereka ini disifatkan oleh Allah dengan sifat patuh dan taat kepada Allah
taat di sini juger bermaksud tidak pernah ingkar akan perintah Allah
statement kat atas nie sy letak sebab budak falsafah buleh deny_timbulkan persoalan lain sebab diorang nie pakar dialektika
hehe..
malaikat-malaikat juger tidak mempunyai jantina sama ada lelaki, perempuan, jantan mahupun betina




tiba-tiba saya tertanya:
adakah malaikat mempunyai akal?
sebab mereka tahu yg mana adalah perbuatan baik dan jahat
sebagaimana yang ditentukan malaikat yang ditugaskan untuk mencatat amalan kiter: manusia
hmm..
diorang ader akal ker?
haaa...
kalau kourank nak tau..
malaikat juger mempunyai akal, juga mempunyai roh
tp, diorank tidak diciptakan dengan nafsu

sama ada seks, makan, minum aper tah lagi membeli-belah
tak macam manusia
ngee..(,")
oleh yang demikian, mereka sentiasa taat kepada the One yg menciptakan mereka dan kiter semua
sebagaimana firmanNya dalam surah al-tahrim ayat 6 yang bermaksud:

 (Malaikat) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.

ada 10 malaikat yg kiter wajib tau:
1. malaikat jibril: malaikat jibril ditugaskan untuk menyampaikan wahyu
2. malaikat mikail: ia ditugaskan unutk mengawal kesejahteraan manusia; seperti menghantar hujan, angin, kesuburan tanah dan lain2x..
3. malaikat israfil: tugasan malaikat israfil adalah berkaitan dengan hari kiamat; iaitu ketika tiba hari kiamat dan ketika manusia dibangkitkan dengan meniup sangkakala
4. malaikat izrail: malaikat izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa
sama ada manusia atau makhluk lain yang bernyawa
hal ini termasuklah binatang walau sekecil semut sekalipun
ader tak kourank terfikir pasal tu
hmmm..
5. malaikat munkar
6. malaikat nakir
malaikat munkar dan nakir bertugas menyoal manusia di alam kubur
mereka akan datang dengan keadaan yang menakutkan sekiranya kiter berat amalan kejahatan
manakala mereka yang beramal dengan amalan kebajikan, akan didatangai dengan wajah yang indah
subhanallah
7. malaikat rakib: ia bertugas unutk mencatit amalan kebaikan
8. malaikat atid: malaikat atid pula bertugas mencatit amalan yang buruk_jahat
9. malaikat malik: ia bertugas menjaga penghuni neraka
10. malaikat ridwan: ia bertugas menjaga penghuni syurga







p/s mari kita beramal, semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya
ameen

Comments

Popular posts from this blog

teks graduasi tahun 6

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...