jOm ceRitA pAsaL rUKUn ImAN..
ahaa...
jom masuk rukun iman yang ketiga, iaitu:
beriman kepada kitab-kitab
okay..
frasa kitab-kitab disebut merujuk kepada aper ek?
nampaknyer bukan kitab al-Quran sahaja yg kiter perlu beriman tp jugak ada kitab lain
haa..
mesti ader yg dah dapat teka..
betul!!
selain al-Quran al-karim, kiter juga perlu beriman dengan 3 kitab lain iaitu:
kitab taurat, injil dan zabur
Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa alaihissalam. Kandungan kitab Taurat mengandungi hukum-hukum syariat serta iktikad yang betul, benar dan diredhai Allah.
Kitab Zabur pulak diturunkan kepada Nabi Allah Daud alaihissalam. Kandungan kitab Taurat mengandungi fatwa-fatwa, doa, zikir, nasihat-nasihat atau peringatan yang mesti dijalankan oleh umat Nabi Allah Daud
sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-israk ayat 55 yang bermaksud:
Kami (Allah) telah memberikan kitab Zabur kepada Nabi Daud
Injil pula diturunkan kepada Nabi Allah Isa alaihissalam, mengandungi wahyu-wahyu Allah yang mengajar manusia kembali meyembah Allah
al-Quran al-Karim
haa.. kitab nie la yg paling terkenal@famous dikalangan kiter
ia merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi kiter nabi Muhammad saw pada 17 ramadhan (shahru al-mubarakah_bulan keberkatan)
melalui perantaraan malaikat jibril
di turunkan dalam bahasa arab
merupakan kitab terakhir yang diterima manusia sebagai petunjuk kepada pengamalan agamaNya yang suci
juger sebagai mukjizat yang menjadi bukti_dalil kenabian nabi Muhammad saw
ia diturunkan di Makkah dan Madinah
penyampaian al-Quran kepada kita adalah secara mutawatir
maksudnyer, secara berperingkat-peringkat
sebab itu dalam pengajian ulum al-Quran kiter ader pengkhususan dalam sebab nuzul ayat
aik? kene percayer kitab agama lain jugak ker?
saya nak tanyer...
aper yg kourank maksudkan dengan agama lain tu?
haa.. ader yg tak faham nie..
kiter berbalik semula kepada perkataan Islam itu sendiri
bagi saya, Islam itu bukanlah merujuk kepada agama yg di ajarkan oleh Rasulullah saw semata-mata
Islam itu lebih kepada suatu agama yang mana basic kepada kepercayaannya adalah:
mengabdikan diri kepada Allah swt, mengikuti perintahNya dan meninggalkan laranganNya
itu adalah Islam..
jadi, tidak kirelah dia umat nabi ibrahim ker, nabi musa ker, nabi daud ker, nabi Isa hatta umat nabi Muhammad sekalipun..
sekiranya dia mengabdikan dirinya kepada Allah, patuh_taat dengan perintahNya, meninggalkan laranganNya, maka dia adalah seorang Islam
aaaa.. maner aci cam tu..
hehe.. aci kat estet dik..
cuba kourank fikir..
firman Allah swt dalam surah ali Imran ayat 19 yg bermaksud:
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya."
kalau umat nabi terdahulu bukan Islam, maka mereka tak de la diterima oleh Allah swt
agama mereka.
justeru ditempatkan di nerakalah mereka.
kalau begitu, nampak sangat ketidakadilan Allah swt yg terkenal dengan sifat
Maha Adil
yg nie lagi la tak acik, bukan??
(,")
aper citer pulak dengan Bible..
baik! nama Bible digunakan kepada kitab Injil yang telah diselewengkan oleh pengikutnya
berpandukan nafsu mereka
segala ajarannyer telah di ubah-ubah dan diputar-belitkan sehingga berlaku percanggahan
antara 1 ayat dengan 1 ayatnyer yang lain
doktrin ketuhanan yg dikenali oleh mereka; iaitu tuhan anak, tuhan bapa dan roh al-Qudus
telah jelas membuktikan percanggahannya dengan konsep agama Islam
oleh itu, katakan 'TIDAK' untuk beriman dengan kitab Bible
p/s mari kita beramal, semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNyaameen
Comments
Post a Comment