ayah dan ibu...



assalamualaikum korang..
just wondering.. 

seorang ayah mengatakan kepada anaknya bahawa cucunya banyak meragam disebabkan oleh dosa ayahnya kepada dia...

tidak kah ayah itu terfikir pula, dosa apa yang dia lakukan sehingga anaknya melakukan dosa terhadap diri dia?

kadang-kadang kita bercakap dan memberi nasihat ikut sedap kita je kan... dan kadang-kadang nasihat itu terselit bersama ketidakpuasan hati dan bukan dengan niat asalnya untuk mendidik sebagaimana yang diajarkan oleh rasulullah... dan kadang-kadang nasihat berunsur perli itu terpalit ke muka kita sendiri.. bak kata pepatah, seperti orang meludah ke langit.. akhirnya air liur itu tertepek balik ke muka orang yang meludah...

tidak kah seorang ayah itu terfikir banyak bentuk dugaan yang Allah beri untuk menghapus dosa.. dia boleh nampak cucu yang meragam itu merupakan kafarah buat anak tp tak boleh nampak anak yang meragam itu merupakan dugaan yang Allah beri untuk menambah dosa anak itu...

tp, kenapa dia tidak boleh nampak anak yang melawan itu bukan sebagai kafarah dosa tetapi suatu kederhakaan yang tidak patut diberi kemaafan. adakah kata-kata setiap orang ayah itu betul sehingga anak tidak boleh menegur walau sedikit pun...

perlukan setiap permintaan yang dipinta itu perlu diiringi dengan kata-kata yang menghina. perlukan api yang sudah marak itu di simbah pula dengan gas gasolin yang mampu merobohkan sebuah rumah..?

orang yang tidak mengalaminya tidak akan faham dengan situasi yang mungkin berlaku...
tp, adakah anak yang derhaka itu akan dipersalahkan 100% di akhirat kelak. tidakkah seorang ayah itu tahu bahawa dia juga nanti akan dipanggil untuk ditanya mengapa anak itu menjadi derhaka.

janganlah kita pandang orang untuk dicari kesalahan.. seolah-olah diri kita betul sentiasa. bila keadaannya begitu, orang tersebut buat baik pun kita akan nampak macam membuang taik dekat kita. ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja yang tidak betul.. 

jagalah juga tutur bicara bila bergelar ibu dan bapa.. kata-kata kita kan doa buat anak-anak.. kalau asyik sebut perkara yang buruk je berkenaan anak, buruklah jadinya... jadilah seorang yang selalu positif, jangan bina keluarga dengan kata-kata yang negatif kelak anak akan berduka dan tiada kecemerlangan buatnya... dan akhirnya kita sendiri yang akan merana...

redhalah... redhalah... anak itu perlu di marah, tp jangan hilangkan redhamu darinya.. tiada redha darimu, susahlah dia.. dan apabila dia susah, kamu juga akan turut sama merasai kesusahannya.. dan apabila kamu tidak mengendahkan, sediakanlah jawabanmu di hadapan Allah kerana dia adalah amanahmu...

renungan buat kita bersama kerna dulu qu tak faham kenapa perlunya ibubapa bertanggungjawab terhadap anak yang derhaka (walaupun pada ideologi mereka sahaja)..


kalau salah, tolong betulkan ye.. saya budak tengah belajar...



Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

"Ali Setan 2" ada rupanya cerita nie...