view my entries with this:

Thursday, January 22, 2015

anak sakit



assalamualaikum korang...
sape yg baca tajuk kompem risau pasal dania...
tp, nia bukan pasal dania tapi anak tekak aq...
perit je rasa...
dah 2 hari tak bercakap nie...
macam orang bisu pun ada...
merasa diri ini bagimana Allah tarik nikmat suara untuk bercakap...
lagi-lagi kerja aq sebagai guru....
suara seolah-olah segalanya buat aq...
bila tak de suara macam mana nak mengajar...
lagi-lagi tahun 1...
kalau tulis kat papan putih tu... agak-agak budak paham tak korang rasa...
har..har... aq tak cakap budak kelas hujung ni tak pandai...
kadang-kadang diorang pandai, iq mantap, tp x diberi kesempatan untuk belajar sebelumnya....

haa.. tercerita pasal budak kelas hujung nie...
ada jugak ea parent yang paranoid... tak percaya kat org lain...
perkara ni diberitahu oleh seorang rakan guru aq...
it was an unabality...

ada anak murid aq tu..
budaknya okay je...
comey pun comey...
tp, mak dia pulak lebih, mak dia pulak cakap anak dia tak boleh nak buat apa-apa kalau tak de dia...
nak kene suruh baru buat...
itu pun aq tengok dok desak-desak...
pada parent yg rasa diri kita macam tu, cuba lose sikit mind...
cuba percaya kat anak.. jangan la sebut anak tu x boleh.. x boleh...
doa tu...
bila mak dok control everything... jatuh moral anak ni.. and lagi satu perkembangan anak untuk mencapai perkara yang maksimum adalah terbatas...
ye, betul kita kene control anak kita...
tp, berpada-padalah, kalau perkara itu tak melanggar syara' dan tidak membahayakan... biar anak cuba...
perkara ni berkaitan dengan perkembangan otak anak...
such as me... kih..kih..kih..
aq tak kata la aq perfect... and aq tak pandai mana pun sebab kemalasan selalu melanda...
tp, aq bersyukur dikurniakan kedua ibubapa yang baik...
apa yang aq rasa aq nak buat, my parent akan approve selagi benda tu tidak merosakkan diri aq sendiri...
sebab tu time sekolah, macam2x aq try...
sampai satu tahap, masuk pertandingan peringkat daerah sebab suka berlatih lagi daripada belajar dalam kelas... ngee...
kalau nak disenaraikan la... aq sempat merasa:
1. bola jaring
2, hoki
3. bola baling
4. catur
5. dam
6. aerobik
7. tarian
8. nasyid
9. koir
10. choral speaking
11. pantun
12. pidato
13. silat
14. berzanji
15. bertilawah
16. khat
17. kawad kaki
18. badminton
19. bola tampar
20. kuiz kesihatan
21. mewawancara (editorial majalah sekolah)
22. pengawas
23. pengawas pusat sumber
24. kompang
25. tabla & kompang (instrumen untuk nasyid)
26. syair
27. bersajak
28. menembak
29. boria
30. pt pagi vs pt petang vs pt malam
31. gerak ikut bearing
32. survival dalam hutan
33. gali kubu
34. buat serangan dan pertahanan
35. lalu paya tetiba lalu tengah2x seberang
36. x mandi selama seminggu
37. berjalan sejauh 25 kilometer dengan bebanan 8 kilo ++
39. cycling 27 km
40. berkayak
41. angkat bot 4 tan
42. tunggang motor
43. drive kete
44. jahit baju kurung based on youtube semata
45. anyaman bunga guna riben

macam-macam la...
banyakkan... aq tak de la terror dalam semua benda... tp, dapatla pengetahuan berkaitan dengan perkara-perkara di atas...
cuba bayangkan berapa banyak kelas aq skip...
sampai sekali tu bapak pesan " jangan aktif sangat kat sekolah... sijil je banyak.. keputusan teruk "..

huhu...
so, nak didik anak korang biar sebati la...
apepun alhamdulillah...
yang sebenarnya Allah yang memberi kesempatan tersebut kepada aq..
dengan izinNya..
so, sentiasalah berikan galakan kepada anak-anak, dengan pengawasan yang berpatutan..
sekian....




0 comments: