rakyat kene faham GST...


assalamualaikum...
GST.. sibuk orang bercakap pasal gst nie...
ye lah.. dah nak start kan on 1 april nie...
ada beberapa hari je lagi nie....
and hari nie aq pun nak menambah jugak... kiki....
bukan ape, just nak menyaurakan ketidaksedapan hati dalam perkara nie...

yang pertamanya, percentage gst bukan ke lagi rendah dari sst... tp, kenapa harga barang makin tinggi...
sebab sst hanya dimansuhkan pada nama sahaja ke tetapi secara praktikalnya tak dimansuhkan pun... dan mungkin sebab tu jugak peniaga macam tak kisah pun sebab keuntungan from sst tu still ada...
benarkah?
jeng..jeng..jeng...

yang keduanya, from gst.. pendapatan negara akan bertambah. adakah duit rakyat tersebut akan digunakan dan disalurkan dengan betul...
bukan untuk buat konsert yang merosakkan akhlak, bukan untuk acara keraian yang menyebabkan pembaziran makanan dan sebagainya, bukan untuk peralatan yang hanya nampak gah mata dunia tetapi fungsinya sama je dengan peralatan biasa yang berbeza cuma harga, lebih digunakan untuk majlis-majlis yang berbentuk pendidikan dan pembentukan akhlak yang baik dalam kalangan masyarakat, lebih digunakan untuk membantu golongan miskin dan golongan-golongan yang tidak terbela, lebih kepada pembangunan pendidikan dalam negara, bukan untuk membayar hutang yang berpunca daripada individu, bukan untuk lawatan yang tidak bermanfaat dan atas tujuan bersuka-suka...
jeng..jeng..jeng..

ketiganya, kenapa hukum Allah diorang tak fikir nak buat macam nie....
isu hudud contohnya... negara kita kan negara Islam, kenapa nak fikir pendapat agama lain? kan Islam ada hak priority dalam pengurusan dan pentadbiran.. lagipun, kalau terang betul2x diorang boleh je faham...
kenapa dalam isu hudud beri statement x sesuai dijalankan sbb ada rakyat bukan Islam..? zaman nabi dulu tak de yahudi, musyrikin dan nasrani ke?
gst boleh pulak...
kenapa kata rakyat masih tak bersedia untuk terima hudud?
gst boleh pulak...
kenapa hukum Allah tak ditegakkan seperti gst (cukai a.k.a jizyah)?
negara Malaysia nie betul ke negara Islam nie?
jeng..jeng..jeng...

yang keempat, kalau pentadbiran Islam dulu, orang Islam bayar zakat, termasuklah zakat harta and emas...
yang bayar jizyah nie orang bukan Islam...
tp, dalam Malaysia nie, orang Islam.. zakat kene bayar, jizyah pun kene bayar...
untung la orang bukan Islam dalam negara Malaysia nie...
huhu...
jeng..jeng..jeng...

aq yg kerja kerajaan nie pun, tanpa gst dah rasa tersepit...
hutang banyak, personal, pendidikan, kete, minyak pegi balik kerja, tambang erl 'plus' monorel, hutang ngan bapak, barang anak, nak makan lagi....
semua tu je.... abis gaji dalam bank... sampai nak tolong mak bapak yang sekolahkan, bagi pelajaran kat kite pun tertangguh2x...
terasa kesal sangat dalam diri, tp nak buat macam mana...?
ni kan pulak ada gst...
bila taraf kehidupan meningkat, rakyat tak dapat hidup dengan proper.. tu yang ada belia gi mencuri, merompak, meragut, melacurkan diri, jual dadah...
rosak rakyat...
rakyat sendiri tak mampu nak beli rumah, rumah dalam negara ada yang ownernya singapuran, Jerman... nie yang dah disoal siasat oleh my father in law...
asalkan gaji diorang 6000++ layak beli rumah...
rakyat sendiri setakat mampu menyewa je....
rakyat memunpang dalam negara sendiri...
walaupun mungkin percentage nya tu sikit... tp, itulah hakikatnya....
buruh asing pun penuh dalam negara.. mydin kat kl tu kalau cuti penuh depa saja.. dah macam dok negara luar je rasa padahal mydin kl je....
bila ramai buruh asing ramai, pengaliran keluar matawang malaysia lagi banyak keluar daripada pengaliran masuk... buat la promotion tourism banyak mana pun...
bagi benifit kat negara ke?
jeng..jeng..jeng...


apapun, gst tetap akan berjalan lepas nie...
harapnya pemimpin2x kerajaan contohilah cara hidup Rasulullah dan pemimpin Islam yang terdahulu...
ada rakyat miskin, pemimpin pun terasa miskinnya...
bukan ada rakyat tak makan, x de rumah.. pemimpin bersenang lenang...
mungkin itu gaji mereka yang bergelar pemimpin..
tetapi berpada-padalah...
sebagai negara Islam, tegakkanlah agama Islam di Malaysia nie...
jangan diikutkan sangat telunjuk orang kafir yang mengingkari kewujudan Allah...
nabi dah nampak dah situasi nie yang mana pada akhir zaman nanti orang Islam akan ikut cara kafirun satu persatu...
tetapi jauhkanlah untuk negara kita nie..
jauhkanlah ya Allah....

--------------------------------------










Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI