puitis minda

di saat dia pergi...
terasa waktu yg terdetik
hilang entah ke mana...
terasa jantung yg berdetak
luluh tanpa berita...
walaupun dunia penuh dengan aneka warna
namun yg terbayang di mata
hanya kain hitam yg gelap
penuh dengan duka...
penuh dengan luka...
penuh dengan sengketa...

ketika itu
takdir mula dipersoalkan...
kenapa perlu jadi begini?
mengapa perlu jadi begitu?
rintih sayu seolah-olah menjadi peneman setia kepada diri
sesal berserakah penuh menerkam ke lubuk jiwa
jauh membawa diri menyalahkan tuhan yang maha Esa

kiranya....
resah dan gelisah seumpama tidak berpunca...
jerih yang mengalir tanpa usaha...
hanya kata-kata kosong terungkap tanpa jalan cerita...

andai kata ini berlaku kepada diri
ingatlah
Allah telah menentukan jalan yang terbaik untuk hambaNya
Dia lebih mengetahui atas segalaNya
sedarlah bahawa keampunan yang empunya dunia tiada batasnya
tutuplah auratmu justeru berdoa
jadiKan dia sebagai peneman setia
kerana keampunan dariNya terbuka untuk semua hambaNya
alhamdulillah


p/s: nukilan asli diri sendiri
hehe...
enjoy

Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI