jOm ceRitA pAsaL rUKUn ImAN..
sudah tidak sabar nak abiskan bab rukun iman nie sebab idea makin lama makin berkurang
hahaha..
manusia memang tidak sempurna
dari ilmu sudah dapat dibuktikan
jadi, berdoalah kiter supaya sentiasa mendapat bantuan dariNya
di bukakan mata kiter, hati kiter dan juga minda kiter
ameen
okay, rukun iman yang ke-5 pulak adalah:
beriman kepada hari kiamat
kourank tahu, saya selalu ter'confius' hari kiamat dengan hari akhirat
mungkin saya sorang jer mengalami masalah neyh
huhu
malunyer!!
tak per, belajar utk membezakan keduanyer dengan sebaik mungkin, key..
hehe
maybe sebab ejaannyer hampir sama lorh
uhuhuhu
aish.. ader yg senasib dengan saya upernyer..
tak per, kiter belajar key
ahaa..
kiamat vs akhirat
cam lebey kurang jer
saper setuju angkat kaki
hehe..
kesian kourank, tak yah sampai angkat kaki
thumb's up sudah
kiter, sebagai umat islam kene percaya bahwa hari kiamat itu akan berlaku suatu hari nanti
hari kiamat ini merujuk kepada hari di mana dunia dan alam semesta ini musnah
sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-haj ayat 7 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya...
ketika hari kiamat nie, digambarkan bahawa:
Matahari itu digulung
bayangkan matahari yang sfera tu tergulung, kirenyer hilang main point_pusat graviti, akan berselerak la larva2x panas ke angkasa
Bintang-bintang yang ader kat langit akan jatuh
Gunung-gunung akan tergerak dr tempat kedudukan diorang yang sebelumnya kukuh
Bintang-bintang yang ader kat langit akan jatuh
Gunung-gunung akan tergerak dr tempat kedudukan diorang yang sebelumnya kukuh
permukaan bumi yang tergerak sikit pown boleh jadi tsunami yang terbukti memusnahkan beberapa buah bandar dengan dahsyatnyer, aper tah lagi kalau gunung-gunung tu di sentak drpd kedudukannya
bayangkan aper yg akan terjadi, fikir-fikirkanla
ibu yang mengandung akan keguguran
ibu yang mengandung akan keguguran
harta benda dah tak diendahkan, time nie org yg paling cintakan harta dia sayang kan harta dia sangat2x pown dah tak takkan pandang harta tu
Binatang-binatang buas dan liar berkumpul
lautan pulak jadi bahang seperti lautan api
lautan pulak jadi bahang seperti lautan api
Dalam al-Quran, Allah swt telah menyatakan beberapa tanda hari kiamat
pada awalnya, tanda-tanda kecik kiamat akan diperlihatkan
lepas tu, tanda-tanda besar pulak akan berlaku sebelum kiamat sebenar
subhanallah, Allah swt dah bg amaran awal untuk hambaNya manusia
nak tau tak tanda2x nyer
tanda-tanda kecil hari kiamat:
- Penaklukan Baitulmuqaddis
“ | Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari p/s nampak bukan.. sekarang baitul maqdis telah jatuh ke tangan zionis israil | ” |
- Zina bermaharajalela
“ | "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim p/s astaghfirallah al-'azim, peliharalah diri kami Ya Allah. | ” |
- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
p/s ooo.. sekarang pemimpin lebih tertumpu kepada mereka yang arif tp, pada certain2x perkara sahaja.. tak macam dulu, pada zaman Rasulullah saw agama diutamkan, sahabat yang arif pada zaman tertentu akan setia kepada Rasulullah saw dan membantu baginda dalam menadbir negara
- Bermaharajalela alat muzik
“ | Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah p/s ermm.. saya juga sangat sukakan seni muzik. huhu.. zakkirna Ya Allah ala ma tuzhkiru alaina | ” |
- Menghias masjid dan membanggakannya
“ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. p/s juga bermaksud, masjid banyak but just as hiasan semata. antaranya masjid kristal. orang yang datang untuk cuti-cuti malaysia lebih ramai daripada org yg melakukan ibadah di dalamnya. | ” |
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ | Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim p/s nie pasal jiran tak bertegur sapa. masing-masing tak nak mengalah. tak nak mintak maaf atas kesalahan. sampai time rayer pown tak nak saling memaafi. nie senario kat kampung saya.. dekat kawasan rumah, nak tegur pasal jual nasik waktu siang time bulan puasa pown kene pikir 2, 3 kali sebab nanti masam muker, kene tengking.. jangan main2x sampai ada peristiwa ajak bersilat lagi.. ish..ish..ish.. tu tak kire main lempar kasut, batu.. mentang2x umah dia tinggi sikit dr umah kiter kan.. astaghfirullah al-azim | ” |
- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
p/s termasuk tak org exam utk periksa jer? ooopppsssiieee.. ader org terasa. huhuhu..
- Ramai orang soleh meninggal dunia
“ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad | ” |
- Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ | Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani | ” |
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ | "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad | ” |
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ | Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." | ” |
- Bulan sabit kelihatan besar
“ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani | ” |
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ | Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim p/s haa... yg nie terutamanya iklan syampoo.. semua tak leh pakai. kalo betulla sumer iklan tu, dah takder rambut org buruk dah.. semua lawo. bahkan artis pown ader rambut tak lawo, nampak rambut rosak. kalau pakai tudung, bukankah lebih mudah. rambut pun tak yah nak iron2x.. kesian rambut tu panas.. | ” |
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ | Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad | ” |
- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim | ” |
- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa
- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari | ” |
- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ | Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai p/s tp, sekarang ader yg warnakan rambut diorang warna golden white nak nampak mude? camner? hehe.. point kat sini, nak nampak mude la..hihi.. | ” |
- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
p/s haa.. gaduh. pas ejek bn, bn ejek keadilan.. betul ker? entah.. saya tak ambik port sebab saya tak suka gaduh2x..choungmal?? really?? hehe.. u think?
- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
- Orang akan melakukan homoseksual.
- Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
- Berkurangnya sifat amanah
- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
p/s wahai kaum adam.. anda dijadikan ketua kepada kaum wanita. oleh itu, bijaklah dalam mengambil segala tindakan..
- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ | Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnyapenyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi | ” |
- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
- Memandang rendah kepada darah
“ | Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad | ” |
- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ | Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad | ” |
- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ | Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. | ” |
- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ | Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah | ” |
- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ | "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim | ” |
- Banyaknya berlaku gempa bumi
- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ | "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari | ” |
- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ | Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. aper kater kourank tick yg maner dah berlaku.. banyak bukan??? saya raser 90 percent semua dah jadik.. tatotnyer saya!! (- -)".. tanda-tanda besar hari kiamat
waa.. panjangnyer.. stop la dulu.. kourank nie kalo panjang2x jadik tak syok nak bacer.. kalo ader soklan, kiter bincang lain tempat ek? night.. assalamualaikum.. | ” |
Comments
Post a Comment