bidang keberhasilan utama negara (nkra)
assalamualaikum kourank...
salam hari selasa...
hihi...
hari nie aQ nak citer pasal bidang keberhasilan utama negara (nkra)...
actually, benda nie aQ dapat tau time buat preparation untuk interview kpli..
kalau tak memang tak tahu langsung la...
kih2x..
nasib baik la dapat interview kpli kan..
ngee..
so, dalam banyak2x bidang yg kerajaan ingin bangunkan...
terdapat beberapa bidang yang dititik beratkan bagi mencapai matlamat wawasan 2020...
oleh itu terciptlah NKRA nie...
bidang keberhasilan utama negara atau dikenali sebagai NKRA boleh dianggap sebagai satu tindakan permulaan atau satu titik permulaan pelan tindakan yg termaktub di dalam Program Transformasi Negara (GTP)...
GTP telah dilancarkan oleh perdana menteri Malaysia yg ke-6 iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 20 Januari 2010 dengan berprinsipkan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamanakan...
ada 6 nkra yang telah diputuskan oleh kabinet iaitu:
i. mengurangkan jenayah
ii. mengurangkan rasuah
iii. meningkatkan taraf pendidikan
iv. meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
v. mempertingkatkan struktur asas luar bandar
vi. memperbaiki pengangkutan awam di kawasan bandar
bagi nkra yg pertama, (agensi peneraju: polis diraja dan majlis perbandaran) kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar jenayah melalui beberapa tindakan yg matlamat akhirnya adalah:
i. indeks jenayah dapat dikurangkan
ii. persepsi awam tentang keselamatan dapat ditingkatkan terutamanya dari segi keselamatan
iii. orang awam akan yakin dengan sistem keadilan yg sedia ada berikutan prestasi yg baik
bg nkra yg kedua pulak.. (agensi peneraju: suruhanjaya pencegah rasuah) matlamat yg ingin dicapai adalah:
i. pengawalselia dan peguatkuasa kembali yakin kepada sistem pentadbiran yang ada
ii. mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan kerajaan
iii. menangani rasuah besar
utk nkra yg ketiga, (agensi peneraju: kementerian pelajaran malaysia) berpegang kepada matlamat seperti berikut:
i. pendaftaran kanak2x berumur 4 dan 5 tahun ke pra sekolah dipertingkatkan
ii. pelajar dapat menguasai LINUS (literasi dan numerasi) selepas 3 tahun pembelajaran
iii. prestasi sekolah dipertingkatkan jugak..
iv. prestasi guru besar dan pengetua ditingkatkan melalui program pengurusan prestasi
nkra yg keempat, (agensi peneraju: pejabat daerah).. keberhasilan yg perlu dicapai adalah:
i. kaedah penyampaian yang inovatif, cepat, dan kos yang
rendah
ii. Memperbaiki proses pengurusan dan pentadbiran sedia ada bagi mengurangkan masa
yang diperlukan
iii. Mempermudah dan bekerja rapat dengan pembekal untuk memastikan
bekalan kesediaan jentera yang menukupi
iv. Memastikan pengurusan program yang efektif dengan memantau projek
dengan rapi, melalui Sistem Pemantauan Projek (II).
ahaaa... dah sampai ke nkra yg kelima (agensi peneraju: majlis daerah) dengan keberhasilan berikut:
i. Menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah
ii. Melaksanakan bebebrapa inisiatif berimpak tinggi dengan segera dan
membuat persediaan bagi tindakan jangka panjang
iii. Meletakkan penggerak bagi memastikan penyampaian inisiatif.
dan bg nkra yg terakhir, (agensi peneraju: majlis perbandaran)....
i. Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya
ii. Merangsang permintaan bagi menarik perhatian rakyat menggunakan
pengankutan awam
iii. Mengahalang kenderaan berat dari memasuki kawasan perniagaan
pusat
iv. Penyusunan semula agensi kawalselia: usaha ini adalah penting untuk
memastikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
p/s: kourank sebagai rakyat malaysia sekurang-kurangnya kene tau pelan kerajaan nie tau...
barulah kiter jadi remaja yg baik kepada negara..
Comments
Post a Comment