view my entries with this:

Monday, April 25, 2011

kepentinGan ilMu MnatIQ

ilmu mantiq sangat penting di dalam kehidupan manusia...
ilmu mantiq merupakan ilmu yang menjadi pengukur kepada sesuatu idea sama ada ia dapat diterima sebagai logik atau tidak. ia merupakan asas panduan kepada penentuan sesuatu kenyataan sama ada dapat diterima atau tidak..

selain itu, ia juga merupakan asas kepada segala ilmu pengetahuan...
sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu mantiq, segala ilmu yang dipelajarinya itu tidak dapat diyakini kebenarannya.. justeru menimbulkan keraguan kepada idea atau pegangan yang dipelajari...

ilmu mantiq juga merupakan ilmu yang sangat berkait rapat dengan ilmu akhlak..
hal ini adalah kerana ia dapat menentukan sama ada sesuatu sifat itu adalah baik atau buruk..
atau bersifat mahmudah atau mazmumah..

dalam aspek akidah, ilmu mantik memainkan peranan yang sangat penting...
ia digunakan untuk membuktikan kewujudan Allah swt
ia digunakan sebagai hujah terutama dalam proses dakwah kepada golongan Aties yang tidak mempercayai adanya tuhan.

selain itu, dalam aspek syariah...
ilmu mantiq membantu manusia dalam mejatuhkan hukum ke atas sesuatu kesalahan...
hal ini dapat dilihat dalam kaedah kaedah al-Qiyas..
sebagai contoh: dalam menentukan hukum ke atas pengambilan dadah..


dengan mempelajari ilmu mantiq, seseorang itu akan lebih berkeyakinan terhadap setiap idea atau teori pemikiran yang dipegang..

sebagai kesimpulannya, ilmu mantiq adalah sangat penting di dalam setiap aspek kehidupan manusia
div class='comments' id='comments'>

2 comments:

  1. Cukup bagus artikel tersebut. Saya sangat setuju dengan artikel ne. Minta izin untuk copy buleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. selagi ia ilmu, sebarkanlah... (,") kalau dapat baiki kepada lebih baik, adalah lebih bagus... syukran (,")

      Delete