mantik part III

pagi kourank!!
semangat pagi2x dah selak notes utk exam khamis nie...
muehehehe...
baek!!

dalam ilmu mantik klasik terdapat beberapa kaedah pembuktian yang diguna pakai. 

i. secara kiasa, tamthil, bidalan atau anologi
ii. pembuktian secara percanggahan
iii. silogism sama ada dalam bentuk induksi atau deduksi
iv. pembuktian secara usulan bersyarat

  pembuktian secara kiasan juga di kenali sebagai tamthil, bidalan atau analogi

sebagai contoh:
pensyarah: adakah kamu nampak tuhan? tidak pernah ada manusia yang nampak tuhan, jadi tuhan itu tidak wujud...
pelajar: prof, adakah manusia nampak akal? tidak pernah ada manusia yang pernah melihat akal maka prof tidak berakal..

dalam hal ini, pandangan pelajar tersebut dilihat lebih logik. hal ini adalah kerana walaupun akal tidak dapat dilihat, namun diketahui bahawa akal itu wujud. dalam hal ini dia membuktikan bahawa tuhan itu wujud dengan mengkiaskan tuhan dengan akal. walaupun tuhan tidak dapat dilihat, tuhan tetap wujud...

pembuktian secara percanggahan...
sebagai contoh:
ahli falsafah: adakah anda percaya kewujudan tuhan?
ahli sufi: semua orang percaya sedemikian.
ahli falsafah: saya tidak percaya bahawa tuhan itu wujud.
ahli sufi: oleh yang demikian, siapakah yang mencipta manusia.
ahli falsafah: tentulah ibu bapa mereka.
ahli sufi: sekiranya begitu, kenapa terdapat ibubapa yang tidak mendapat anak yang mereka ingini sebagaimana kemahuan mereka? mereka mahu anak yang comel tetapi mereka dapat anak yang tidak comel. mereka mahukan anak yang pandai, tetapi mereka mendapat anak yang bodoh.

dalam hal ini, pandangan ahli sufi dilihat lebih logik kerana sekiranya ibubapa menciptakan anak, sudah tentu mereka akan enciptakan anak mereka mnegikut kriteria yang mereka kehendaki. ahli sufi telah mencanggah pendapat ahli falsafah menggunakan hujah yang logik


andai diberikan emas permata
ku pilih senyumanmu
andai kupunyai mahligai indah
ku hadiahkan untukmu

dalam berjuta bintang berkelipan
kau bagaikan kejora
antara ribuan mata manikam
takkan ku biarkan engkau tenggelam

di dalam jaga ku tercari-cari
di dalam tidur termimpi
siapakah gadis misteri..
belum puas ku temui

yang ini selingan sahaja okay...
tidak termasuk dalam my notes..
harap ambil perhatian...
muehehehehe...

pembuktian secara ketiga ialah pembuktian secara silogism..
silogism merupakan pembuktian yang mengeluarkan 2 premis untuk mendapatkan satu kesimpulana atau natijah..

sebagai contoh:
premis I: setiap yang tersusun ada penyusunnya
premis II: peristiwa alam ini merupakan sesuatu yang tersusun
natijah: maka, alam ini ada penyusunnya

atau:

premis I: setiap yang memabukkan adalah haram
premis II: arak itu memabukkan
natijah: maka, arak itu haram

ia berlaku sama ada dalam bentuk induksi atau deduksi

yang terakhir adalah pembuktian secara usulan bersyarat:
sebagai contoh:
premis I: jika anda lulus STPM, anda layak untuk masuk universiti
premis II: suraya lulus STPM
natijah: maka suraya layak untuk masuk universiti

dalam kaedah yang terakhir ini, ia menggunakan usulan bersyarat iaitu 'jika' dan diikuti dengan 'maka'...

mantik part III: tamat

Comments

Popular posts from this blog

mAnyaKnyer baju tENtera neYh.. ish..ISh..

teks graduasi tahun 6

TRACE JAWI